Bab 1

1K 15 0
                                    

Sedar tidak sedar, Farisya Humairah sudah berusia 21 tahun dan sedang belajar di Universiti Islam Malaysia dan mengambil kos perubatan . Janjinya kepada Puan Qaisarah dan Encik Luqman masih terngiang - ngiang . Sungguh, dia amat rindukan kasih sayang mama dan papanya . Sejak mereka berdua meninggal, Farisya Humairah dibesarkan di Rumah Anak Yatim Darul Riaayah . Peritnya ketika itu, hanya tuhan sahaja yang tahu . Itu salah satu faktor yang membuat Farisya Humairah berubah menjadi liar . Hidupnya kini sudah berubah . Bukan dia yang minta untuk jadi begini, tetapi takdir tuhan, tiada siapa yang tahu . Farisya Humairah bersiap siap seperti biasa untuk keluar ke kelab malam bersama rakan baiknya, Melisa .

"Keluar lagi?"

Tanya Khairina, rakan sebiliknya . Ah, ini yang menyampah duduk dengan Khairina . Pasti ada yang dia mahu bebelkan . Selalu tidak puas hati melihat orang lain senang .

"Ya"

Aku menjawap malas . Sudah nampak aku bersiap, sudah tentulah nak keluar . Tanya soalan bodoh lagi kenapa?

"Kau tak penat ke setiap malam keluar?"

"Sukahati aku lah . Tak pakai duit kau pun"

Semak sahajalah perempuan ini .

"Memanglah kau tak pakai duit aku . Tapi kau tak takut dosa ke, Isya? Dosa besar ni . Kau nak masuk neraka ke? Bawak bawaklah bertaubat, Sya . Insyaallah, tuhan akan terima taubat kau"

Panas sahaja telingaku mendengarnya . Nak jadi ustazah bagi ceramah tak berbayar pula dia . Aduh, rimas betul lah .

"Aku tahu lah apa aku buat . Kau tak perlu nak menyemak dalam hidup aku"

Kataku lantas berlalu keluar dari bilik sewaku . Malas hendak melayan ustazah itu . Suka sangat menyibuk . Aku terus masuk ke dalam kereta Myvi yang baru dibeli beberapa bulan lalu lantas bergerak menuju ke kelab malam Bukit Bintang .

                           💍💍💍

"Beb, apahal lambat? Kau ni"

Marah Melisa . Bengang .

"Sorrylah . Kau tahu kan roomate aku tu . Dok ceramah pula dia . Hish, menyampah aku"

Aku meminta maaf . Aku tahu Melisa kalau bengang memang lain macam sikit . So aku kena bersabar .

"Hmm, takpelah . Weh, malam ni semua handsome handsome beb! Melting gila do"

Melisa mula menggedik . Haih, kawan aku ni memang pantang nampak lelaki . Mula lah dia .

"Not bad lah . Eh, esok aku tak dapat datang kot . Pihak universiti aku tu lah . Ada panggil seorang ustaz lah apelah untuk aku . Haish stress"

Kataku lalu meneguk minuman keras . Hmm, terasa bertenaga .

"Ala . Sunyilah kau tak datang"

Melisa menghasut . Aku tersenyum sebelum berkata

"Sebab tu lah malam ni aku nak enjoy ngan kau"

"Yeah, come on babe . Jom lah menari . Kau ni boring lah"

Melisa menarik tanganku . Nak taknak kami pun menari bersama . Haha . Aku sudah mula rasa pening akibat meminum minuman keras tadi . Ah, duniaku melayang .

Terima kasih awakWhere stories live. Discover now