Semasa aku kecil , aku tinggal di sebuah rmah sewa , dua tingkat . Kedua ibubapa aku bekerja jadi aku selalu berseorangan di rumah selepas aku pulang dari sekolah .
Satu petang , semasa aku pulang ke rumah , dalam rumah itu gelap . Aku memanggil ibuku ,
"Ibu ?"
Dan aku terdengar suara seseorang menjawab ,
"Yaaa ?" Dari tingkat atas .
Aku memanggil ibu sekali lagi dan mendapat jawapan yang sama . Aku rasa ibu memanggil aku , jadi aku naik ke atas .
Apabila aku sudah sampai di tingkat atas , aku memanggil ibuku sekali lagi , dan mendapat jawapan seperti tadi .
Rasanya dari bilik yang berada di hujung sekali .
Aku berasa tak sedap hati , tapi disebabkan ibu memanggil ku , aku segera ke bilik itu .
Tapi baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam , pintu depan dibuka oleh ibuku yang ditangannya penuh dengan barang barang dapur .
Aku lega . Aku berjalan menuju ke bawah , tapi sebelum itu aku melihat kembali ke bilik itu .
Aku ingin turun , tapi langkah aku terhenti dan mata aku terus memandang pintu bilik itu .
Terbuka perlahan .
Dan ,
aku ternampak seseorang bermuka pucat ,
sedang memandang aku .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Author tau , bukan kat pintu , tapi kira macam tu lah muka si hantu .