Siapa layan Twitter ? Author pun ada twitter jugak , tapi tu lah , active tu rasa nya kadang ya , kadang tak .
Cakap pasal Twitter , ada satu hal misteri terjadi di aplikasi famous ni ..
Seorang lelaki yang berusername strayedaway telah pun berkongsi satu rakaman voicemail yang baru didapatnya .
Voicemail tu senanya cakap military codes . Ala , macam A tu Alpha , B tu Bravo , C tu Charlie .. kiranya diorang macam bagitau satu ayat dan huruf pertama ayat tu ada ayat sebenar .
Korang pepandai lah faham .
Nak dijadikan cerita , benda ni yang voicemail tu cakap (selepas military codes tu ditranslate)
DANGER SOS IT IS DIRE FOR YOU TO EVACUATE BE CAUTIOUS THEY ARE NOT HUMAN SOS DANGER SOS
dan kata si penerima , ada satu koordinat diberi .
Dan bila di cek , benda tu kat kawasan sekitar Africa . Tapi , ada satu lagi username dari reddit , bagitau , ada sedikit kesilapan tentang pencarian koordinat tu .
Dan koordinat tu sebenarnya di kawasan MALAYSIA . Ya , MALAYSIA .
Dan tempat tu dimana MH370 terputus hubungan dan tidak dapat dihubungi.
Selepas tu , penerima original post satu mesej ,
Akhiri posting yang baru sahaja anda bagikan tentang rekaman di ponsel anda .
Ya . Ni bahasa indon . Tapi kebanyakan orang cop bahasa ni malaysia . Entahlah .
Kata si penerima , mesej ni dia terima 3 hari SEBELUM voicemail tu . Masa tu dia kat luar rumah dan berada di dalam kereta . Tiba tiba dia nampak satu lelaki misteri tangkap gambar rumah dia dengan menggunakan flash dan masa tu jam 3 PAGI .
Dan ada lagi satu username kata , ADA HURUF S SEBELUM DANGER KALAU DENGAR BETUL BETUL . Jadi maknanya voicemail ni on loop .
Adakah mungkin ini sebenarnya rakaman sebenar kotak hitam MH370 ?
wallahualam . Hanya allah sahaja yang tahu .
YOU ARE READING
Creepypasta
HorrorJangan pernah cakap "Aku tak percaya benda ghaib." Sebab , 'benda' tu mungkin ada kat sebelah kau . #9 in HORROR - 6.4.2018