PART 11

3.9K 126 33
                                    


Kai bangun selepas dia merasa bahawa ada sesuatu berada di atas lengannya. Dia membuka mata perlahan - lahan dan melihat Krystal sedang nyenyak tidur dia atas lengannya. Muka Kai dengan Krystal rapat sekali sehinggakan Kai dapat merasai hembusan lembut nafas Krystal yang terkena lehernya. Mata Kai terhenti tepat pada bibir yang mempunyai kesan luka akibat tamparannya semalam. Hati Kai terasa amat sakit mengingatkan perbuatannya ke atas Krystal dan dia amat menyesali perbuatan itu.Ini semua terjadi kerana egonya yang amat tinggi, dia tidak mahu memberitahu kepada Krystal bahawa dia amat menyayanginya. Tangan Kai tidak lepas daripada terus menyentuh bibir Krystal yang luka itu.

Sentuhan Kai menyebabkan Krystal terganggu sedikit lalu mengalihkan dirinya dengan Kai tetapi dia masih dibuai mimpi. Sekarang Krystal sedikit jauh daripada tempat tidur Kai.
Beberapa minit setelah terjaga, Kai bangun dari perbaringannya lalu menggeliat malas. Dia berpaling ke arah Krystal dan melemparkan senyuman ke arah gadis itu walaupun dia tahu Krystal tidak dapat melihatnya.Kai mengusap rambut Krystal kemudian satu ciumin diberikan pada dahi Krystal dan berlalu keluar dari bilik itu.

Setelah Kai keluar dari situ, Krystal membuka matanya lalu air matanya deras mencurah ke pipinya. Sebenarnya Krystal telah terjaga dari awal pagi malah sebelum Kai bangun lagi. Dia terjaga semasa Kai sedang menyentuh mukanya tetapi dia takut untuk membuka mata. Dia tidak tahu kenapa tetapi hatinya sangat senang apabila Kai mencium dahinya dan dia seperti dapat merasakan keikhlasan dari senyuman yang terbit dari bibir Kai. Dia tidak tahu sama ada Kai benar2 sudah berubah ataupun hanya lakonan dia sahaja untuk membuatkan Krystal jatuh ke tangannya. Melalui luahan hati Kai semalam Krystal dapat merasai bahawa Kai menyayanginya dengan setulus hati. Ya, Krystal telah mendengar segala luahan hati Kai semalam.

Flashback

" Kenapa kau nak sangat tinggalkan aq? Kau tahu tak yang aku sayangkan kau? Aq buat semua tu sebab aq tak suka kau rapat dengan lelaki lain. "

"Kalau kau sayangkan aku, kenapa kau layan aku macam ni? "

"Kau seksa aku macam binatang...kau tak pernah kesah tentang perasaan aku, tentang diri aku. "

"Kau hanya pentingkan nafsu kau saja, baran kau, cemburu kau. "

...........................

Selepas selesai bersiap, Krystal duduk di hadapan meja solek untuk meletakkan ubat di bibirnya. Selesai melakukannya Krystal keluar dari bilik lalu terserempak dengan Kai yang juga baru keluar dari biliknya. Bilik mereka terletak bersebelahan antara satu sama lain. Kai menilik muka Krystal dengan lama kerana dia ingin melihat luka di muka Krystal. Baru sahaja Kai hendak menyentuhnya tetapi Krystal dengan pantans mengelak daripada Kai. Perbuatan Kai semalam masih segar dalam ingatan Krystal membuatkan dia membenci lelaki itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sleep With EvilWhere stories live. Discover now