Bab 13

1.9K 46 0
                                    

   "Assalammualaikum ibu. Nahh kari kepala ikan." Mikail Naufal menghulurkan bungkusan itu kepada ibunya.

   "Waalaikummusalam, haa balik pun kamu. Lewat pulak hari ni. Kamu beli dekat mana kari kepala ikan ni?" Soal puan Hasnah sambil berlalu ke dapur.

   "Mikail tak belilah tapi makcik Aisyah bagi."

   "Makcik Aisyah? Ya Allah apa khabar dia sekarang?" Soal puan Hasnah.

   "Dia sihat ibu, dia kirim salam. Ibu, abah mana?" Soal Mikail Naufal.

   "Abah kamu ke masjidlah kejap lagi baliklah tuh."

   "Ibu. Kejap lagi abah balik, Mikail ada benda penting nak bincang." Ujar Mikail Naufal.

   "Benda penting apa tu? Haa yala tapi kamu tu pergi mandi dan solat dulu."

   "Baiklah ibu."

***
   "Haa Mikail, benda penting apa yang kamu nak bincangkan tadi?" Soal puan Hasnah setelah mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu.

   "Mikail nak kahwin." Jawab Mikail Naufal beserta dengan senyuman di bibir.

   "Dengan Lydia ka?" Soal encik Zainul.

   "Bukan abah, dengan orang lain."

   "Hah? Orang lain? Siapa pulak orang tuh Mikail? Lydia macam mana?" Soal puan Hasnah terkejut.

   "Medina. Mikail nak kahwin dengan Medina."Jawab Mikail Naufal.

   "Jangan main-main Mikail, Lydia kamu nak letak mana? Tak baik mainkan perasaan anak orang." Tegas suara encik Zainul.

   "Macam ni abah, ibu. Sebenarnya Lydia dah putuskan hubungan kami. Family dia nak satukan dia dengan abang sepupu dia. Kalau abah dengan ibu nak tahu, Medina sekarang berkerja sebagai PA Mikail." Terang Mikain Naufal panjang lebar.

   "Oh macam tuh ka cerita dia. Ha tak apalah kalau macam tuh. Jadi kamu nak suruh kami pergi masuk meminang Medina lah?" Soal encik Zainul.

   "Ya abah, tapi kita kena plan dengan makcik Aisyah dulu lah. Mikail tak nak Medina tahu pasal pertunangan ni." Terang Mikail Naufal lagi.

   "Kamu tahu alamat rumah baru makcik Aisyah? Esok abah kamu cuti boleh lah ibu dengan abah pergi sana." Puan Hasnah tersenyum.

   "Boleh saja ibu." Mikail Naufal tersenyum.

   "Baguslah kalau macam tuh Mikail, abah dengan ibu pun tak sabar nak timang cucu."

***
   Keesokan harinya, Mikail Naufal tiba dihadapan rumah Medina Batrisya untuk menjemputnya ke tempat kerja.

   Kelihatan Medina Batrisya sudah berdiri dihadapan rumah dengan muka yang masam , menanti kedatangannya.

   "Asal muka kau masam semacam? Macam tertelan asam selori saja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   "Asal muka kau masam semacam? Macam tertelan asam selori saja." Soal Mikail Naufal sebaik sahaja Medina Batrisya memasuki keretanya.

   "Yang kau lambat tuh kenapa? Kau suruh aku siap awal-awal tapi kau pulak yang lambat." Medina Batrisya mendengus.

   "Sorry, jalan jem. Kau dah sarapan?" Soal Mikail Naufal.

   "Belum." Balas Medina Batrisya sepatah.

   "Kalau macam tuh jom kita pergi sarapan." Mikail Naufal memecut laju keretanya.

***
   "Assalammualaikum." Puan Hasnah memberi salam.

   "Waalaikummusalam, ya kejap-kejap." Sahut puan Aisyah.

   "Ya Allah Hasnah, kau rupanya. Suami kau pun ada sekali. Jemputlah masuk." Terkejut puan Aisyah bila puan Hasnah datang ke rumahnya.

   "Ada apa kamu berdua datang ke sini?" Soal puan Aisyah sambil menghidangkan minuman dan kuih-muih.

   "Sebenanya kami berdua ni datang ada hajat. Ehh sebelum tuh Medina ada tak?" Soal puan Hasnah.

   "Apa hajatnya tuh? Medina tak ada, dia baru saja pergi kerja tadi."

   "Sebenarnya kami nak masuk meminang Medina untuk anak kami Mikail." Terang encik Zainul.

   "Nak masuk meminang Medina untuk Mikail?" Soal puan Aisyah inginkan kepastian.

   "Ya, Mikail yang suruh kami datang. Kamu terima tak kalau Mikail kahwin dengan Medina?" Soal puan Hasnah.

   "Kalau aku, aku terima tapi kau tahulah kan aku kena tanya Medina dulu."

   "Ehh jangan tanya Medina, Mikail kata dia tak nak Medina tahu pasal pertunangan ni."

   "Lah macam itu pulak. Ha kalau macam tuh baiklah, aku terima."

   "Baguslah kalau macam itu, esok kami datang lagi untuk bagi cincin tunang. Jadi besanlah kita tak lama lagi ya." Puan Hasnah tersenyum gembira.

Cerita Cinta Kita Where stories live. Discover now