"Medina. Boleh aku tanya kau sesuatu?" Soal Mikail Naufal apabila mereka melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengan tasik yang sangat indah itu.
"Tanya sajalah." Balas Medina Batrisya.
"Kau masih ada perasaan dekat aku tak? I mean, kau masih sukakan aku?" Soal Mikail Naufal.
"Soalan jenis apa ni?" Medina Batrisya tersentak.
"Jawablah please, i just wanna know if you still love me or not." Mikail Naufal merenung tepat ke arah wajah Medina Batrisya.
"Nope, i don't love you anymore. Lagipun aku dah bertunang, lagi sebulan dah nak menikah." Medina Batrisya menunjukkan cincin di jarinya.
"Ohh serious kau dah bertunang? Tahniah. Untung bakal suami kau nanti." Mikail Naufal tersenyum penuh makna.
"By the way kenapa kau tanya aku soalan tadi tuh ya?"
"Saja nak tahu. Kalau aku cakap dekat kau yang aku cintakan kau macam mana?" Soal Mikail Naufal.
"Jangan mengadalah, kau pun dah bertunang dengan Lydia kan." Medina Batrisya menumbuk lembut bahu Mikail Naufal.
"Hahahaha gurau sajalah, jomlah balik dah lewat petang ni." Ajak Mikail Naufal.
"Ok jom." Medina Batrisya mengikut langkah Mikail Naufal.
"Drive elok-elok weh. Nanti kirim salam dekat mak kau." Mikail Naufal berpesan.
"Ok kau pun drive elok-elok, esok jumpa dekat tempat kerja bye." Medina Batrisya menghilangkan diri ke dalam perut keretanya.
Mereka masing-masing berpecah di simpang jalan dan memandu ke arah rumah masing-masing.
***
"Assalamualaikum mak. Medina balik ni." Medina Batrisya memberikan salam sebaik sahaja tiba di hadapan pintu rumah."Waalaikumussalam. Kamu dah makan?" Soal puan Aisyah.
"Belum lagi mak." Jawab Medina Batrisya sambil membuka kasutnya.
"Haa kalau macam tuh pergilah mandi dulu lepas tuh kita makan sekali ya." Puan Aisyah mengusap kepala anaknya.
"Ok mak." Medina Batrisya mengangguk sebelum berjalan memasuki biliknya.
Puan Aisyah sibuk menghidang lauk untuk di makan sebentar lagi bersama Medina Batrisya.
"Wahh wanginya bau, mak masak apa?" Soal Medina Batrisya yang baru muncul.
"Apa yang wanginya? Mak masak sambal tumis udang dengan telur goreng saja." Ujar puan Aisyah.
"Sambal tumis udang? Wahh favourite Medina lah. Hihi." Medina Batrisya mengambil dua buah pinggan lalu mencedok nasi putih.
"Semua makanan yang mak masak kamu kata favourite kamu Medina oii." Puan Aisyah tertawa.
"Hahaha yala mak, makanan yang mak masak semua sedap-sedap." Medina Batrisya memuji keenakan masakan maknya.
"Yala Medina. Kamu dah bersedia ka untuk bernikah? Tinggal lagi sebulan sahaja lagi." Soal puan Aisyah tiba-tiba.
Medina Batrisya yang sedang mengunyah nasi di dalam mulutnya secara spontan tersedak.
"Uhukkk uhukk."
"Ishh kamu ni makan tuh elok-elok sikit kan dah tersedak." Puan Aisyah menghulurkan secawan air.
Dengan pantas Medina Batrisya meneguk air minuman tersebut lalu mengurut-urut dadanya.
"Kenapa mak tanya macam tuh?" Soalnya.
"Yala mak kena tanyalah."
"Hurmm, Medina ready kot entahlah." Jawabnya perlahan.
"Mak sayang kamu Medina, mak rasa ini yang terbaik untuk kamu lagi pun sampai bila kamu nak membujang? Umur kamu tuh dah 27 tahun dah." Puan Aisyah sudah mula membebel.
"Hurmm yala mak." Medina Batrisya mengangguk lemah.
"Ehh mak, Medina lupa. Tadi Mikail kirim salam."
"Waalaikummusalam." Jawab puan Aisyah.
"Dah cepat habiskan makanan tuh, lepas tuh pergi solat dah pukul berapa ni." Puan Aisyah bangun dari duduknya menuju ke sinki.
"Ok mak."
YOU ARE READING
Cerita Cinta Kita
RomanceMikail Naufal dan Medina Batrisya, merupakan rakan sekelas sejak berada di tingkatan 1 . Kenakalan mereka sering menjadi topik hangat perbualan guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut. Dalam diam ternyata Medina Batrisya menyukai Mikail Naufal...