Part 1 MiraMukhriz

739 41 62
                                    

"Haahahahaha"

'Seronok benar suami isteri baru kahwin itu bertepuk bertampar di ruangan menonton televisyen. Bukankah setiap bilik di rumah ini ada set televisyen sendiri? Perlukah mereka berdua menunjuk kemesraan di khalayak umum?' Semuanya hanya di dalam hati Izrail. Mukhriz dan Mira perlu dia hormati.

"Assalammualaikum", Izrail memberi salam.

"Walaikumsalam, Iz. Penat ke?", sapa Mukhriz.

"Hai, kalau abang balik keja abang rasa bertenaga ke?", tanyanya

"Bie, I siapkan minum petang. You dan Izrail boleh tunggu di laman", Mira meminta diri.

"Terima kasih Mira", ucap Izrail.

Mukhriz dan Izrail melangkah ke luar rumah.

"Mana bonda abang?", tanya Izrail.

"Bonda ada high tea bersama persatuan sekaligus dia hantar kad jemputan untuk family dia",jawab Mukhriz.

"Abang dah ready ke bersanding kali kedua ni?", tanya Izrail sambil senyum

"Kau perli ke Iz?", perasan akan senyuman senget Izrail itu sambil bertanya.

"Abang, manalah tahu tiba-tiba janda abang mengamuk. Kan abang ada ex meroyan?", balasnya.

"Tak akan dia berani buat camtu dia kan Tengku Hani. Dia akan jaga status dan nama keturunan Tengku dia Iz", jawab Mukhriz.

"Engkau ni sibuk risaukan abang, kau bila nak kahwin?", tanya Mukhriz tiba-tiba.

"Nak kahwin apa? Calon pun tak da", jawabnya.

"Engkau tu yang memilih Iz. Kau nak perempuan yang macam mana?"

"Perempuan yang tak gedik. Tak terhegeh-hegeh. Tak teruja dengan coklat tak teruja dengan bunga tak teruja dengan Tengku. Itu paling penting". Mukhriz mengeleng. Tingginya taste dia ni.

Mira datang menatang dulang minuman. Pada mata Izrail, Mira Edora memang sempurna tapi, jari jemari Mira yang lentik dan ketawanya yang kuat bila di acah oleh Mukhriz menyebabkan dia tidak gemar. Dia hanya inginkan wanita yang sempurna di matanya. Lagi satu, Mira seorang sarkastik sepertinya dia tidak mahu. Tapi Mira baik. Kenapa pula dia perlu menjadikan Mira sebagai aras standard?

"Kenapa dengan kau ni Iz? Termenung pulak", kata Mukhriz.

"Abang, Iz kena ke KL petang ni. Ada malam gala fesyen. Sebagai icon korparat, Iz kena hadir", katanya.

"Minumlah dulu Iz", pelawa Mira.

"Terima kasih Mira. Kalau tinggal dengan korang ni gemuklah Iz nanti" Izrail berseloroh disambut tawa kecil Mira dan Mukhriz. Cucur udang di cecahnya dalam sos cili. Masakan Mira sentiasa sedap tidak menghampakan. Dia senyum agaknya dia perlukan gadis dari Sarawak juga kot. Bisik nya.

***************************

Dia melangkah penuh yakin di karpet merah pada malam gala itu. Baju merah menyala sendat paras atas lutut memang menyerlahkan penampilannya. Dia mesti kelihatan anggun dan menawan. Dia memasuki pintu utama ballroom tersebut. Beberapa orang artis beramah mesra dengannya. Maklumlah jenamanya sedang meletop sekarang.

"Hai, Diamond. Lama tak jumpa. Kalau boleh I nak ke butik you. Mungkin boleh buat cover sikit untuk pereka fesyen yang tengah laris sekarang ni", Helen Q menyapa Intan Qaslina atau nama glamournya Diamond.

"Boleh, apa salahnya. Tapi you kena call dulu. Kalau boleh I nak minta you cover fesyen baru I, Helen, thanks you ingat kat I". Dia tidak akan mensia-siakan tawaran baik dari Helen Q. Dalam meneraju dunia fesyen dia perlu bertindak segera jika tidak dalam tempurung lah business kau.

Sesekali beberapa artis tempatan mengambil gambar bersamanya. Malam ini sahaja dia mengeluarkan 10 pasang rekaan baru untuk artis bergaya sakan.

Dia berpuas hati dengan zaman kegemilangannya.

"Intan".

"Huh, siapa yang memanggil aku dengan nama yang tidak glamour ni bisiknya di dalam hati", bisiknya. Dia menoleh.

"Dee", teriaknya kuat. Diana Wahi. Senior aku semasa aku di Universiti Malaya dulu.

"Wow, kau nampak chantique Dee. Aku tak sangka wartawan alam sekitar perlu vogue sungguh", kata Intan Qaslina. Intan Qaslina mempunyai sebutan slanga tersendiri. Baginya ini adalah jati diri yang membezakan dia dan orang lain.

"Kau apa khabar babe?", tanya Diana Wahi.

"Well, my dear, macam apa yang kau nampak sekarang sihat segar dan walafiat", ujarnya.

"Dah ada calon untuk kahwin ke babe?", tanya Diana lagi.

"Tanya orang. I baru 27 babe. Muda lagi. You tu dah nak masuk 30 babe. Tak kahwin lagi? You masih dengan Dato' Mirza ke?", Intan Qaslina merendahkan suaranya.

"You, dia cinta pertama babe. Walau I nampak ala tomboy sikit tapi jiwa I ni wanita tau. I nak kenalkan you dengan seseorang tau, jom", Diana Wahi menarik tangan Intan Qaslina. Intan hanya mengekori.

"Hai,Izrail. I nak kenal kan you dengan kawan I. Intan Qaslina, Tengku Izrail, kita orang kawan sekolah dulu", Diana Wahi memperkenalkannya dia senyum. Menghulur tangan kepada lelaki di hadapannya. "Hai,Tengku Izrail. I pereka fesyen, I ada jenama sendiri iaitu Diamond. You boleh ke butik I, jika ader mase".

"Hai", Izrail membalas pendek. Menyambut tangan Intan acuh tak acuh.

"Ni ke yang you kenalkan Diana. Huh, you tahu kan I tak suka perempuan gedik. I pantang tau. Cakap pun I dengar macam si Coco Mix are jer", Izrail berbisik.

"Dee, mana you jumpa lelaki mulut tak berinsurans ni? Hei, you ingat I kebulur sangat nak berkenalan dengan you? Please lah. Huh. Kau fikir kau kacak ke?", Intan Qaslina mula membidik. Manakan tidak tiba-tiba sahaja si Izrail ni mengatakan dia gedik. Walhal ini memang caranya. 'Gedik ke aku?' Hatinya berbisik.

"Eh, memang aku kacaklah. Bukan macam kau muka Melayu cakap ala British belajar bahasa Melayu", Tengku Izrail panas. Belum ada wanita di dunia ini berani bertanya padanya kau fikir kau kacak ke? 'Eeee...geramnya aku',hatinya berbisik.

"Hei, kau baru kenal aku, aku memang Melayu lah. Memang ni cara aku bercakap. Kau ingat kau hebatlah cakap orang sesuka hati kau? Eh, aku tak ada temu janji dengan kau lah kat sini. Siapa nak kenal dengan kau, malaikat maut mulut longkang", Intan Qaslina hilang sabar. Marahnya sudah sampai ke tahap maksima.

"Izrail, bukan dia lah. Aku kenal kan dia sebab dia pereka fesyen yang jenama sedang mengharum di negara kita. Mana tahu kau nak pakai baju pengantin ke apa ke. Kau ni kenapa?", Diana membentak. Keterlaluan Izrail mengatakan sesuatu di depan Intan Qaslina.

"Dia ni nak pakai baju pengantin Dee? Huh, memang tak lah. Mana ada perempuan nak dengan lelaki mulut longkang tahap malaikat maut macam ni", Intan Qaslina sekali lagi bersuara.

"Eh, aku tak ingin nak pakai pakaian pereka gedik macam kau. Pakai pun macam tak cukup kain je aku tengok. Kau ingat kau glamour ke gedik?", Tengku Izrail tidak mahu mengalah.

"Memang aku glamour dari kau lah. Itu aku pasti", Intan Qaslina menjawab lagi. Menarik nafas dan ingin menyambung.

"Sudah. Aku minta maaf Intan", pinta Diana Wahi. Dia menarik Izrail pergi.

"Diana, bukan salah kau pun salah beruk makan belacan ni", Intan Qaslina bersuara dan berlalu tanpa menunggu jawapan dari Izrail.

Dihatinya memang menyumpah si malaikat maut mulut longkang itu. Izrail pula benar-benar geram dengan si gedik bermulut laser itu. Sungguh dia geram. 'Perempuan gila', bisiknya. Dia berlalu. Dia tidak ada mood untuk terus berada di situ dia ingin pulang ke rumah segera.

-------------------------&--------------------------

Untuk semua pembaca. Komen dan kritikan anda amat saya hargai. Terima kasih semua. Saya belum fikir nak letak cover apa... Nantilah yang penting saya menemui anda dengan karya baru.

Salam sayang.
Jmj

Cinta Si Malaikat MautWhere stories live. Discover now