Intan Qaslina berlari anak di halaman rumahnya. Syed Al-Ameen Wakeed mengejarnya. Gelak tawanya riang.
"Baby, saya tak pernah gagal tangkap awak tau", katanya sambil mengacah Intan Qaslina di fountain kesayangan Datin Qastina.
"Itu, sebab saya sahaja nak awak tangkap saya. Sahaja nak mengalah", Intan Qaslina masih mengacahnya.
Intan Qaslina berlari ke arah lain pula. Dari arah belakang dia memeluk pinggang Intan Qaslina. Mereka rebah bersama di atas rumput. Ketawa dan gembira.
"Saya dah tangkap awak, baby. Mana upah saya?", Al-Ameen bersuara.
Intan Qaslina mengucup pipi Al-Ameen. Al-Ameen tersenyum puas. Dia dan Intan Qaslina sudah kenal lama. Dia selalu bertandang ke rumah Intan Qaslina. Tambahan pula, rumah mereka tidak jauh. Dalam lingkungan kawasan yang sama. Dia mengenali Intan Qaslina sejak dia berusia 7 tahun. Intan Qaslina hanya setahun lebih muda darinya. Ibu bapa mereka bersahabat baik. Rakan perniagaan. Dia dan Intan Qaslina pula mula menunjukan minat antara satu sama lain. Mama selalu menghantarnya dirumah Intan Qaslina, kerana mama selalunya sibuk dengan pusat kecantikannya.
Dia terlalu biasa dirumah Intan Qaslina. Dia dan Intan Qaslina bersekolah di sekolah yang sama. Ketika Intan Qaslina berumur 14 tahun hubungan mereka menjadi pasangan kekasih. Masa itu semuanya indah. Mereka melalui zaman remaja yang gemilang. Sama-sama ponteng sekolah. Sama-sama melepak di kompleks beli-belah.
Dia rindukan kenangan bersama Intan Qaslina. Dia rindukan suara Intan Qaslina.
Dia sepi. Ubat sepinya hanya Intan Qaslina.Apa pun terjadi dia mesti miliki Intan Qaslina kembali.
"Al-Ameen, jauh termenung?", Puan Dhiya bertanya satu-satunya anak lelaki tunggalnya itu.
"Mama, Meen cuma teringat kawan lama mama, Mummy Tina. Lama Meen tak jumpa dia", balas Al-Ameen.
"Sejak kamu ke Dubai, memang kita orang jarang jumpa Meen. Tambahan pula auntie Tina kau sekarang dah jadi datin. Sibuk dengan persatuan memanjang", ada rasa terpinggir di hatinya apabila Qastina tidak meluang masa bersamanya.
"Tu lah, mama tak nak aktifkan diri dengan kumpulan datin. Kan mama hilang kawan. Kalau mama aktif dengan aktiviti sosial tak da mama sunyi. Kan?", Al-Ameen mengusik mamanya.
"Papa kamu tu yang tak nak gelaran dato' tak nak jadi dato' Syed. Mama pun tak fahamlah. Dah dua kali dia tolak gelaran Dato'. Kali ketiga nanti mama nak juga paksa dia ambil", kata-kata itu di sambut dua beranak itu dengan gelak.
"Mama, mama masih ingat Intan?", tanya Al-Ameen.
"Buah hati kamu tu ke? Mama dah anggap Intan macam anak mama. Tapi, kamu tahu kan kamu puncanya Intan menjauhi mama?", Al-Ameen telan liur terasa ada duri ditekaknya sindiran itu untuk dia dari mulut mamanya.
"Mama, itu semua salah faham. Tak akan mama pun tak percayakan Meen?", sedikit gusar bila mamanya meraguinya.
"Meen, kalau pelanduk tak termakan umpan jerat tak akan mendapat pelanduk Meen. Mama, nak masak dulu. Mama tak nak kamu lukakan Intan. Intan juga anak mama", Puan Dhiya meninggalkan anak tunggalnya. Dia pasti apabila Syed Al-Ameen Wakeed kembali pasti menuntut untuk disatukan dengan kekasih lamanya.
Syed Al-Ameen Wakeed berlalu. Dia perlu kembali bersemangat untuk memujuk Intan. Sudah terlalu lama dia memberikan masa untuk Intan merawat hatinya yang membeku seperti ais itu. Malah Intan benar-benar melupakannya. Tidak mengenalinya bersungguh-sungguh Intan menafikan mengenalinya. Dia tahu Intan berbohong. Segera dia berkemas langkah pertama dia perlu bertandang ke rumah mummynya Datin Qastina.
***********************
Loceng pintu pagar rumah besar itu dia bunyikan. Terkocoh-kocoh Pak Samad ke pagar. Seperti mengenali figura lelaki di depannya. Cuma dahulu tubuh anak muda itu kecil dan kurus. Kini lebih berotot. Pak Samad tersenyum. "Syed Al-Ameen", terpacul satu nama di bibir Pak Samad. Lebar senyumnya lalu membuka pintu pagar. Syed Al-Ameen terus menyalami Pak Samad "Pak Samad apa khabar?", tanyanya.
YOU ARE READING
Cinta Si Malaikat Maut
RomanceIni ialah sequel dari Mira Edora. Seperti yang kamu kenali. Aku Izrail. Tengku Izrail Tengku Mokhtar. Namaku buat semua staff aku gentar. Hakikatnya kuasa itu bukan pada nama tapi pada mulut aku yang membidik dengan tetap mengalahkan peluru machine...