Part 6 Dari Kerana Mata

472 20 5
                                    

Sedar tidak sedar sudah jam 1 petang dia belum menjamah sebarang makanan. Dari pagi dia begitu sibuk sehingga terlupa makan tengah hari. Dia bangun ingin keluar. Pergi ke restoran berhampiran dan makan. Matanya tertangkap kelibat Syafinaz duduk di pantry. Dia mengintai di daun pintu. Kelihatan Syafinaz sedang makan bekalannya. Hanya roti berintikan jem atau sardin. Mungkin. Tengku Izrail menghampirinya. Entah kenapa hadir satu rasa pelik dalam dirinya.

"Syafinaz, jom ikut saya". Akibat terkejut dengan sergahan Tengku Izrail, roti dari pegangan Syafinaz terlucut dan jatuh ke lantai.

Syafinaz kaget. Kelam kabut dia mengutip sisa rotinya dan memasukan kembali ke dalam kontena. Izrail seperti biasa dengan muka ketatnya hanya memerhati.

"Cepatlah ikut saya", pintanya tanpa mempedulikan Syafinaz yang terkocoh-kocoh mengemas mejanya.

Syafinaz hanya mengangguk dan membontoti Tengku Izrail. Tengku Izrail berjalan laju ke arah lift. Mereka hanya saling memerhati di dalam lift. Seperti biasa Syafinaz dengan kurung cotton bunga-bunga yang agak lusuh warnanya. Wajahnya kelihatan sedikit gentar. Risau.

Tengku Izrail terus menghala ke keretanya.

"Masuklah, tak akan kau tunggu aku bukakan pintu?", sergah Tengku Izrail.

Segera Syafinaz membukakan pintu lalu melabuhkan punggungnya di tempat duduk penumpang. Tengku Izrail mula memandu tenang. Dia hanya menuju ke restoran berdekatan. Keadaan cuaca yang panas dan keadaan jalan yang sesak tidak mungkin membenarkannya melalui perjalanan yang jauh dari pejabat.

Tengku Izrail memakirkan kereta di restoran makanan segera. Syafinaz terpinga-pinga di dalam kereta. Bingung,'mengapa McDonalds?' Pertanyaan itu menerjah benaknya.

"Eh, keluarlah tak akan nak tunggu I bukakan pintu?", sergah Tengku Izrail.

"Maaf, Tengku", Syafinaz membuka pintu dan terburu-buru keluar dari kereta. Mereka menuju ke restoran berdekatan.

"Jom, temankan I makan", segaris senyuman terbit di bibir Tengku Izrail. Matanya dan Tengku Izrail bertentang seketika. Syafinaz mengalihkan pandangan matanya. Terasa malu. Jauh disudut hatinya timbul satu rasa yang maha pelik.

Pasangan itu memesan makanan. Syafinaz hanya mengangguk pesanan Tengku Izrail, sungguh dia merasa amat kekok. Dia merasa amat tidak tenteram. Entah mengapa dia perlu berhadapan dengan situasi sebegitu.

"Kenapa you diam, Syafinaz?", Tengku Izrail memecahkan kesunyian.

"Uhuukkk...", Syafinaz tersedak air milo.

Tengku Izrail menghulurkan tisu.

"Tengku tak boleh cakap elok-elok ke tanpa mengejutkan saya? Tadi Tengku tumpahkan makanan saya. Tengku, bawa saya ke sini macam saya tahanan perang. Sekarang Tengku sebabkan saya tersedak air milo", Syafinaz bersuara.

"I cuma ..."

"Cuma apa? Tengku tak reti nak minta izin elok-elok? Saya tak buat bising dah kira elok. Baik Tengku diam. Saya nak makan. Saya lapar", Syafinaz menghayati burgernya tanpa memandang Tengku Izrail.

Tengku Izrail terpinga. Buat kali pertama ada perempuan menjawabnya dengan lancar. 'Eh, bukan Diamond adalah perempuan pertama? Tapi, perwatakan didepannya lebih istimewa. Diamond kelihatan seperti princess rebel. Di depannya seperti Snow White atau Cinderella. Cinderella kah dia?', bisik hatinya.

"Ermm..Tengku..", Syafinaz memecah kesunyian antaranya dan Tengku Izrail.

Tengku Izrail mengangkat wajah. Dia menjungkitkan keningnya. Merenung tepat ke anak mata Syafinaz lalu membuatkan Syafinaz kehilangan kata. Kaku. Masa terhenti seketika.

"Ehemm", satu suara berdehem mematikan lamunan mereka.

"Tengku, Syafinaz. Hai", kedua-dua menoleh ke arah suara itu.

"Kak May, buat apa di sini?", tanya Tengku Izrail.

"Makan dengan anak-anak. Kan lunch hour?", jawapan kepada pertanyaan dihadiahkan dengan senyuman penuh makna oleh Maisarah.

"Ohh..saya kebetulan jumpa Syafinaz di sini. Saya temankan dia makan", balas Tengku Izrail.

"Ohhh..", Maisarah hanya menganga mulut. Seperti tidak percaya. Dia percaya Tengku Izrail mempunyai agenda. Tapi, biarlah.

"Saya balik pejabat dulu Tengku", Maisarah berlalu dengan dua anaknya.

"Apa yang you nak katakan tadi, Syafinaz?", tanya Tengku Izrail.

"Mengapa bawa saya ke sini?", tanya Syafinaz.

"Saja, nak temankan you makan", balas Tengku Izrail.

"Tak payahlah. Tengku makan sendiri je, jom balik", ajaknya.

"Kejaplah. Air saya belum habis lagi", balas Tengku Izrail.

"Kan boleh bawa. Minumlah dalam kereta", Syafinaz berdiri. Lantas berjalan menuruni tangga dan ke parkir kereta. Tengku Izrail berlari anak mengejarnya.

**********************

Kadang-kadang ada kenangan menyesakan dan mengharukan. Intan melepaskan keluh maha panjang.

"Miss Diamond. Ada orang nak jumpa", wajah Ella pembantu kedainya direnung tanda tanya.

"Ok", tanpa bertanya siapa dia ke depan.

"Boleh saya bantu?", tanyanya.

"Hi, saya Lily Aishah. Pembantu Tengku Maimunah, sekaligus planer untuk malam amal Yayasan Ruby", Lily Aishah memaniskan wajah. Huluran tangannya di sambut Intan Qaslina.

"Hai, Lily. Saya Intan Qaslina. Apa yang dapat saya bantu Lily?", balas Intan Qaslina.

"Miss Diamond, Tengku Maimunah sudah berbincang dengan ahli persatuan untuk menempah lima pasang baju khas pada malam gala nanti. Lima pasang baju khas pada malam itu akan dilelongkan. Baju tersebut mestilah eksklusif. Terbaru dan tiada dalam pasaran", terang Lily Aishah.

Lily diam seketika. Sebelum menyambung bicaranya. Intan Qaslina hanya memerhati.

"Untuk baju istimewa tersebut mestilah bernilai RM 2000 setiap pasang. Jadi, Tengku Maimunah akan membayar RM 10000 untuk lima pasang baju tersebut", ujarnya lagi.

"Tetapi Miss Diamond perlu mereka sepasang gaun pengantin berpadanan dengan tuxedo untuk malam amal tersebut yang akan menjadi lelongan terakhir. Lelongan terakhir ini berharga RM 10 000. Jadi bagaimana Miss Diamond?", Lily berharap agar Intan Qaslina dihadapannya setuju. Daripada pandangan mata kasarnya Intan Qaslina kelihatan seorang yang cerewet.

"Okey. Setuju. Siapkan kontrak, I sign", Intan Qaslina tersenyum.

Lily mengeluh lega. Jika Intan Qaslina tidak bersetuju dia terpaksa menapak ke pereka lain untuk memenuhi permintaan bossnya.

"Sekiranya kontrak siap, saya akan ke sini. Saya akan hubungi Miss Diamond", kata Lily.

Intan Qaslina mengangguk. Dia perlu mereka tujuh pasang baju dalam masa empat bulan. Terasa singkat. Dia ingin bercuti ke luar negara. Ke Milan atau Paris, atau Rom. Entah. Dia hanya senyum simpul di depan Lily Aishah.

"Lily Aishah, terima kasih kerana memilih saya, sampaikan pada Tengku Maimunah ya?", Intan Qaslina bersuara.

"Insya Allah Cik Diamond. Saya nak minta diri dulu", balas Lily Aishah.

"Terima kasih juga Lily. Jumpa lagi", ucap Intan Qaslina dia menghulur tangan.

Lily Aishah melangkah keluar dari butik. Tinggal satu masalahnya, mencari peragawati untuk enam pasang baju tersebut. Dia mengeluh. Dia perlu mendapatkan bantuan agensi model.

----------+++++++---------------

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Terima kasih atas penantian anda.....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Si Malaikat MautWhere stories live. Discover now