Sehun memasuki kelasnya sebaik saja menghantar Baekhyun.Nasib baik Kim sonsaengnim yang garang tu tak masuk mengajar lagi.Dia mencari Chanyeol di tempat duduknya namun hampa.Chanyeol masih tak masuk kelas lagi.
"Suho-ssi.Kau ada nampak Chanyeol?"
"Oh,tidak.Dia belum masuk lagi ke?Pergi cari dia sebelum Kim sonsaengnim datang"
"Baiklah"
Sehun segera keluar daripada kelas untuk mencari Chanyeol selepas mendapat keizinan ketua kelasnya itu.Dia pergi ke sekitar bangunan itu namun masih tidak menjumpainya.
'Mana Chanyeol?Dia masih bersama Kyungsoo ke?Kenapa lama sangat?Nanti Kim sonsaengnim masuk.Ini baru masa pertama dah nak ponteng'
Sehun segera pergi ke atap sekolah kerana tiada tempat lain lagi.Akhirnya,dia menemui Chanyeol yang duduk di bangku sambil menundukkan kepala.Sehun mendekatinya dan terdengar seperti Chanyeol menangis.
"Hey,jangan menangis Chanyeol.Mana sifat coolmu?"
Chanyeol langsung menolehkan kepalanya kearah sumber suara tersebut.Betapa terkejutnya dia melihat Sehun yang tersenyum nakal.
"Oh,Sehun-ah.Kau buat apa disini?"ujar Chanyeol dan terus menghapuskan air matanya dan bersikap cool seperti biasa.
"Aku mencarimu di kelas tapi kau tak ada.Aku lantas mencarimu di sekitar sekolah dan Kim sonsaengnim akan masuk kelas.Kau tahu sifat baran sonsaengnim kita tu.Dan kau pula menangis disini.Jika aku membawa telefon tadi,aku akan mengambil gambarmu dan sebarkan satu sekolah.Huahahaha.Aauch!!!Sakitlah!"Sehun mengadu sakit kerana Chanyeol memukul kepalanya dengan kuat.
"Jika kau membuat seperti itu,aku akan membunuhmu"Chanyeol memberikan pandangan tajam kepada Sehun yang menggosok kepalanya yang sakit.
"Itu baru Chanyeolku.Kau tak takut jika Kyungsoo melihatmu seperti itu?Aku boleh bayangkannya"Sehun terus membuat pose berfikir+(muka nak minta lempang).
"Oh Sehun!Kau mahu dibunuh?Baik aku masuk ke kelas sekarang daripada layan orang gila"Chanyeol berlalu pergi meninggalkan Sehun yang masih dengan posenya.
"Yak!!Hyung!!!!Tunggu!"
'Mianhae Chanyeol hyung.... '
.
.
.
Baekhyun duduk di tempatnya selepas dihantar dan berterima kasih kepada Sehun.Kyungsoo yang sedang membaca buku terus melihat Baekhyun dengan perasaan bersalahnya.
"Baekhyun..Kau masih marah?Maafkan aku.Jika kau nak,aku akan putuskan hubunganku dengan Chanyeol"ujar Kyungsoo dengan lembut.
Baekhyun menolehkan kepalanya dan tersenyum seperti tiada perkara teruk berlaku pada dirinya.Itu membuatkan Kyungsoo rasa lebih bersalah.
"Tidak,Kyungsoo.Aku akan terima kenyataan ni.Kau adalah sahabatku.Dan aku tak ada hak nak tentukan hidup Chanyeol.Nampaknya dia memilihmu,jadi kau orang yang bertuah dapat berkencan dengan orang yang popular di sekolah.Chukkae."
"Baek...jangan membuatku lagi bersalah"Kyungsoo merasa ingin menangis selepas mendengar ucapan Baekhyun.
"Ani.Kau tak perlu rasa macam tu.Aku akan mengalah demi kawan baikku yang seperti burung hantu ni"Baekhyun segera mencubit pipi Kyungsoo dengan kuat dan tertawa seperti tiada hari esok.
"Yak!!Kau membuatkan pipiku sakit.Aku akan membalas perbuatanmu"
"Ommo!Hantu datang!!!"Baekhyun segera berlari sambil tertawa.Dan terjadilah kisah kejar mengejar sambil menjerit didalam kelas.
'Syukurlah dia masih boleh tertawa.Maafkan aku Baek.Aku akan cuba tidak sakiti kau lagi dan menjadi sahabat yang baik.Mianhae'
.
.
.
"Omma,aku pulang.."Baekhyun memasuki rumahnya dengan langkah yang malas dan terus duduk disofa bersebelahan ibunya.
"Ouh.Baekkie nak makan?"
"Tidak,omma.Baekkie tak lapar.Bye"Baekhyun bengkit dari duduknya dan menaiki tangga untuk kebiliknya.
'Kenapa dengan Baekkie?Dia sakitkah?Kenapa mukanya masam sejak balik tadi?'
Ibu Baekhyun hanya boleh melihat Baekhyun yang meninggalkannya dengan tertanya-tanya.
Baekhyun mengunci pintu bilik dan meletakkan begnya di kerusi meja belajar.Dia ingin mandi,badannya terasa sangat melekit dan berbau.
Setelah mandi,Baekhyun menghempaskan badannya ke atas katil dan menatap siling biliknya.Tanpa disedari,air matanya mengalir dengan laju.Baekhyun berfikir cara untuk melupakan Chanyeol demi Kyungsoo namun gagal.
'Byun Baekhyun.Lupakan Park Chanyeol.Dia milik sahabatmu'
Baekhyun memberikan semangat untuk dirinya dan tertidur dalam keadaan yang masih menangis.
.
.
.
.
Hai.Typo sentiasa menghantui.Kalau ada apa2 yg perlu diperbaiki just comment and dont forget to vote!😘😂
Chapter 6 is private.Sila follow kalau nk tahu sambungannya!😄

ANDA SEDANG MEMBACA
Lonely Love (Chanbaek)
FanfictionTittle: Lonely Love Author: Han Jimin Main Cast: Chanyeol Baekhyun (GS) Kyungsoo(GS) Sehun Other Cast: Kai Luhan (GS) Summary: Byun Baekhyun yang mencintai Park C...