"Nu'man Zakwan,apa semua ni!?!!Ayahnda tak pernah ajar kamu buat benda macam ni.Ilmu pertahankan diri kamu bukan untuk memukul orang."Gertak Tunku Abdul Nik Huzaifah
"Tak ayahnda,Wan cuma nak selamatkan tu err..err.." Ish mulut ni asal tak boleh nak sebut ni.Takat nak sebut rakan hatinya menegah bila mahu sebut crush minda menegah adeh..pening la.
"Selamatkan sapa!!!???"Jerkah Tungku Abdul Nik Huzaifah sekadar mendapatkan maklumat lebih terperinci sedangkan apa yang berlaku sudah Iwan dan Cikgu Mohammad,guru disiplin SMETAP ceritakan.Saja mahu menduga sebab musabab memandangkan anaknya selama ini tak pernah campur tangan dalam masalah orang lain yang kecil mahupun besar gajah.
"Aaa...selamatkan crush Wan si Zulfa Nabila Mohd Zam..." Aduh mak asal mulut ni terlepas siap dengan nama lagi.Malu!Mukanya memerah.Nanti mesti ayahnda marah.
"Haahaa..ha bagitau pun penatnya nak korek rahsia hati si anak teruna ayahnda yang sorang nih.Ayahnda sebenarnya tahu kenapa kamu selamatkan dia.Iwan dah cerita.Cikgu Mad pun dah terangkan kat ayahnda.Macam ni la anak ayahnda bakal suami mithali macam ayahnda juga..haha...baguss." Tanganya mengusap kepala Nu'man.Bangga kerana anaknya mengunakan ilmu silat yang diajarnya dengan baik dan mampu menjadi pelindung wanita.
Kening Nu'man bertaut."Ayanda tak marah kah???Wan guna silat untuk pukul geng Sakai tuh?"
"Buat apa nak marah ayahnda bangga adalah sebab kamu gunakan dengan baik untuk selamatkan kekasih hati kamu tuh.Hahaaha.Nanti bawa la datang rumah,boleh ayahnda berkenalan kan?"
"Mana ada la dia bukan kekasih hati Wan la.Lagipun Wan bukanya gelojoh nak kahwin sangat.SPM pun tak habis lagi."
"yalah Wan ayanhda bergurau saja.Tetapi ayahnda serius,bawa la dia datang bila-bila ayahnda teringin melihat wajah yang mengetuk pintu hati anak ayahnda yang pendiam ni." Memang betul anakknya pendiam tidak seperti 2 tahun lalu.Seorang yang periang
,namun semenjak kehilangan arwah isterinya.Semua bagaikan berubah."Ere..er..Insya Allah ayahnda Wan..Wan cuba tapi bukan masa yang terdekat ni ayahnda wan nak fokus SPM dulu.Wan masuk bilik dulu ayahnda nak sembahyang asar."
Alhamdulillah,tak salah cara arwah isterinya,Tungku Zahrah mendidik anak mereka.Cuma dia yang mementingkan syarikat dan tak mempunyai masa untuk dihabiskan untuk anak isteri.Setelah dua tahun isterinya meninggal barulah dia tersedar bahawa masa tak mampu diputar kembali.Menyesal tak sudah.Oleh dia kini banyak menghabiskan masa di rumah untuk menjaga anak-anaknya.Hal syarikat diserahkan kepada abang Nu'man,Muaz Zuhdi."Wan ayahnda nak join sekali ayahnda pun belum solat.boleh?"
Nu'man tersenyum."Mestilah,mari ayahnda"
------------------------------------------------------
"Ranaaaaa.....percentage Ujian pertengahan tahun kau berapa?""Kau la dulu."
"Kau la.."
"Okey...macam ni kita cakap sama dalam kiraan 3."
"Ok.."
"1..2..."
"Waitttt!!.in the count of three or after the count of three.??"
"After the count of three.Ok 1...2............3.. .
"96.74%
"90.99%"
"Ala..Zulfaaa kau sentiasa mendahului aku..jelesnya ngan budak pandai macam kau.."
"Manada la. kau pun pandai kut kalau tak kau takkan dapat nombor 5 dalam kelas kan..kan!!Lagipun dalam kelas ni kau paling excel dalam matematik moden 94% bukan senang doh
.Akupun 90% ja.""Ehemm.."
'Aik sapa pulak yang tertelan kahak kat tepi aku ni..tak reti nak buang ke??Semak telinga je.'
Zulfa mengangkat muka ingin melihat gerangan 'kahak' tersebut.Apabila gerangan sudah dikenal pasti,darah merah mula menyerbu.Aahhh sudah apasal aku nih.Maluuuuuuu.Rasa nak rendam muka dalam ais kiub je biar pucat macam dah mati.Tak pun tampal bedak 50 inchi biar tak nampak darah langsung.Kus kus la wahai darah merah di muka..
YOU ARE READING
Dia isteri pemalu
RomancePelik memang pelik setiap kali mereka bertembung pasti wajahnya bertukar merah Sejak mereka sekolah menengah hinggalah melangkah ke alam pekerjaan.Namun Tunku Nu'man Zakwan terpaksa menarik wanita tersebut ke Alam Pernikahan agar harta keluarganya t...