Bab 2

496 9 9
                                    

Warrgghh...lawanya vila ni...serius ke club diorang ni.Macam tak percaya.

"Ermm..Tungku kat sini ke club awak selalu beroperasi?"

"Aah..kat sini la.Dah jom ikut aku."

"Ok"

Kakinya digerak mengatur langkah mengikuti lelaki itu memasuki vila tersebut.Lelaki itu memulakan perbicaraannya.

"Sebenarnya club ni biasa biasa je.Sampaila salah seorang senior club ni 5 tahun lepas cuba meningkatkan mutu dengan menyediakan vila ni sebagai tempat perjumpaan memandangkan club ni menempatkan orang yang dikenal pasti kebijaksanaan mereka.Pengetua mengasaskan club ni untuk meningkatkan prestasi sekolah.Buat sementara waktu ni.Hanya aku seorang je yang terkantoi sebagai ahli kelab rahsia ni.Pengetua marah sangat dan denda aku untuk cari lagi dua orang untuk penuhkan dua kerusi macam aku cakap kat kau dengan Rana."

"Apa yang istimewa sangat kelab ni sampai orang lain tak leh tahu eh?

"Sebab kelab ni urus semuanya fasal sekolah.Event,annual activities and apa yang patutlah semua program kami yang buat bukan cikgu.Kalau murid lain tahu kami yang handle mesti ada yang bangkang.Sebab itu la secret.Cikgu hanya berperanan sebagai pengajar.Prestasi sekolah kami yang jaga.Itulah function kami."

"Ouh..macam student council dalam manga juga la kan?"

Nu'man terdiam.Dia nih peminat manga kah.Otaku mungkin?Dia tersenyum.'Satu arah mengenal bakal isteri.Hmmm..interesting'.

Tingg.

pintu lif terbuka.

Suara dari arah hadapan mereka memecah keheningan dia antara kedua-duanya.

"Zulfaa...asal kau lama sangat..
seronokkan kat sini...tak sia sia pujukan aku mengajak kau ke sini.Tengok la ada lif..swimming pool kat luar tu comellah bentuk dolfin kan..kan!!" Rana menunjuk ke arah bahagian bawah rumah tersebut.sebuah swimming pool berbentuk dolfin beserta dua swimming pool kecil berbentuk percikan air.

"Haha..sorry la lambat,kau Rana datang dengan sapa." Walaupun dia sudah tahu dia tetap inginkan jawapan pengesahan.

"Iwan..dia sweet la.Macam prince charming tau.Bukakan pintu kat aku..auch.Dia sanggup dok sebelah pemandu sebab nak jaga jarak dengan aku...solehnya dia."Tersenyum-senyum Rana menceritakan pengalaman dengan prince charming.

Untungla Rana tak payah cakap prince charming dia dah tahu batas.Yang aku ni,nasib badan la kena jemput dengan budak yang sekali machine baru nak bangun.Aish.

"Kau Zulfa ada apa-apa ka dengan tungku.Yang boleh dijadikan sweet memory ke??"
keningnya diangkat-angkat.Nak bodek la tu.

"Mana ada apa pun" Yelah tak da apa-apa walhal tadi siap main kejar-kejar lagi. Hikhik.
Zulfa mengekek sendiri.

"Ehh..kau tipu aku eh Zulfa.Ni pahal kau main gelak sorang-sorang nih!?!" Satu tepukan membuat mereka menoleh ke arah Iwan dan Nu' man.

"Girls..girls...majlis dah nak mula.Jom." Iwan mengajak mereka masuk ke dalam dewan mesyuarat.

"Ohh..ok..lets go" jawab kedua-duanya riang.

**
"Assalamualaikum...Saya rasa korang semua dah tahu sebab kenapa kita semua berkumpul malam ini.Baik,kita semua akan menyambut kedatangan ahli baru ELIT.Diminta Zulfa Nabila dan Rana tampil ke hadapan.Dan sebelum itu,kenalkan saya ketua ELIT,Fazly khairi." Satu tepukan gemuruh diberikan oleh seisi dewan apabila mereka berdua berdiri di hadapan.

"Assalamualaikum nama saya Rana bt Mohd Zakaria dan ni rakan saya Zulfa Nabila Mohd Zamri.Sila beri tunjuk ajar.

Selesai sesi perkenalan diri.Fazly meminta Asyraf selaku Ketua Badar Elit membaca doa bagi memberkati majlis mereka.Kemudian Fazly memperkenalkan setiap ahli ELIT yang diwakili pelajar tingkatan 5.

"Ni kenalkan Mohd Wildan Harris.Dia pakar science.Dan dia paling gentleman kat sini._"

"Hye...saya Wildan Harris.Kalau ada apa-apa tak faham sila la jumpa.Saya sentiasa menerima awak berdua seperti mana hati saya." Satu wink dihadiahkan kepada mereka berdua.

Kemudian Fazly meneruskan pengenalan hinggala kepada Nu'man

"And this is Nu'man.Dia ni tak payah kenalkan kot noh.Dia nih hebat menyombong je."

Mata Nu'man dibulatkan.Ehh...dikutuknya aku."Eh kau Fazly..memang nak kena eh..meh sini kau aku luku sikit." Cubaannya menangkap Fazly tidak berjaya malah dikejarnya Fazly satu tingkat tiga vila tersebut.Tak cukup satu tingkat satu rumah dibedal.

"So Zulfa,Rana jom kita celebrate sama sama diorang berdua kita abaikan...Kaja!! (jom)" Tegur Farhanah.Masa Fazly kenalkan Si Far ni,Fazly cakap far nih terer subjek Quran dan Sunnah.Tengok pakaian dia pun.Alhamdullillah.Cuma fanatik dia terhadap korea terlalu tinggi.Tak pe lah asal tak lupa tuhan sudah.

"Urhmm...Zulfa kalau saya tanya awak jangan marah eh?" soal Hannah.Hannah ni pulak pro dalam Pendidikan Islam.Padan lah dengan kembar dia si Farhanah.Cuma dia tak lah fanatik macam Si Far tuh.

"Tanya lah...Insya Allah saya boleh jawab"

"Sebenarnya awak dengan Nu'man ni couple ke?"

Zulfa yang sedang seronok seronok melantak stik tersedak.Lantas mencapai fresh orange miliknya."Uhuk..huk..hah mana awak dengar cerita ni Hannah?" suaranya sesikit meninggi

"Aahh..la Han,saya pun ada perasan jugak." sampuk Far sambil mengunyah keropok Bika.

"Eish..mana adalah saya dengan dia tak ada apa apapun.Nak kata kawan pun tak la sangat.Lagipun couple kan haram.Why must I dirt myself because of the sin that we vividly can push it out,right?"

"Ooh...hem.Sebenarnya..."

**

Flashback.

"Ada lagi dua tempat kosong dalam ELIT.Pengetua mintak kita penuhkan kerusi-kerusi ini supaya senang dapat membahagikan tugas.Kalau boleh carikan yang handal add math and math mod.Tak la membebakan Aisar sangat.Biarkan Aisar menumpukan perhatian terhadap akaun kewangan sekolah.Boleh Aisar" soal Fazly kepada Aisar.Selaku Bendahari ELIT.Aisar menganguk tanda bersetuju.

"So,anyone?Any suggestion?"

Satu tangan pantas mengangkat membuatkan yang lain terlopong.Mana tidaknya,selalu gerangan tersebut la paling culas sekali hendak ke mesyuarat.Kalau hadir pun.Tidur je lah yang dia buat.Tak pun main handphone.Siap posing kaki atas meja mesyuarat siap! Tak da adab langsung.

"Dalam kelas saya ada dua orang,Zulfa dan Rana.Diorang berdua paling excel bab-bab math ni dalam kelas.Boleh dikatakan nombor dua lepas Aisar.
Yang sorang tu penolong ketua pengawas dan sorang lagi Ketua kelab Silat."

"Hemm...so geng.Bukan senang Tungku kita sorang ni bagi cadangan.Anyone else??Kot la ada cadangan??Ada yang excellent lagi?." Yang lain mengeleng menandakan hanya tinggal pilihan  Nu'man.Dia tersenyum senang.

"Okay...then esok kita akan adakan majlis macam biasa.Tapi ada masalah la sikit.Kereta ELIT rosak so.Ada sapa-sapa mahu tolong ambil princess-princess itu esok?"

"Tak pa.Aku ambilkan.I'll bring Zulfa here."

"Kalau kau bawa Zulfa,Rana sapa ambil?" Soal Iwan.

"Kau la ambil Iwan.Kaukan dekat je ngan taman dia." Kata putus diberikan oleh Nu'man.

Sekali lagi semua terlopong

**

End Flashback

"Macam tu lah ceritanya.So kitorang syak yang korang ni ade pape?.Kan Han." soal Farhanah. Hannah hanya menngangguk.

"So Zulfa what do you think about him." tanya Rana

"Wait...aku,dia??Oh no no no.Jenuh kena kejar dengan student lain pulak lepas ni." Kepala digeleng laju.Huh...minta simpang la.

BRANGGGGG!!!!

"Ya Allah Nu'maannn" jeritan kuat mengejutkan keempat-empat gadis tersebut.
------------------------------------------------------

Dia isteri pemaluWhere stories live. Discover now