LPB : PROLOG

7.7K 302 13
                                    

"Okey, dah siap!" kata Ayuni sambil mengelap peluh di dahinya. Rasanya hampir dekat sejam dia duduk di tengah panas membetulkan tayar kereta yang pancit tiba-tiba tadi.

"Mmm..." Lelaki di sebelahnya tidak banyak bercakap berbanding sebelum tadi. Mula-mula masa dia tawarkan diri untuk menukar sendiri tayar yang pancit itu, bukan main membebel lagi lelaki itu tapi selepas satu jam, satu pujian pun dia tidak dapat.

"Hei, mana pergi ucapan terima kasih?" balas Ayuni tidak puas hati. Penat dia membanting tenaga dan kemahirannya untuk menukar tayar kereta itu tapi tiada satu pun ucapan terima kasih atau pujian yang dia dapat.

"Apa-apa pun kita perlu hantar kereta ni ke bengkel juga untuk tukar tayar," balas lelaki yang bernama Rasydan itu.

"Memanglah. Sekurang-kurangnya kita jimat duit sikit. Tak perlu susah-susah tunggu mekanik atau lori tunda. Lagipun kita ni tinggal lapan bulan lagi nak berkahwin, sudah tentulah kena pandai berjimat," balas Ayuni.

"Yalah. Awak menang," Rasydan menyerah kalah dengan senang.

Menang? Dia bukan nak menang!

"Saya bukan nak menang. Saya cuma awak ucap terima kasih saja." Ayuni tuntut lagi.

"Cepat. Kita dah lambat," Rasydan terus masuk ke dalam kereta.

Ayuni mendengus marah.

"Tunggulah. Saya nak kemas barang-barang ni," kata Ayuni cuba menahan marah.

Sudahlah dia bersusah payah dia tukar tayar kereta tadi, Rasydan pula hanya duduk di tepi memerhati sambil membebel. Kini, boleh pula lelaki itu terus masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin kereta tanpa menolongnya mengemas peralatan yang digunakan untuk menukar tayar kereta tadi.

Mujurlah sudah jadi tunang, jadi dia kena tahan bersabar. Setelah siap berkemas, tiba-tiba Rasydan keluar dari kereta. Ayuni pelik.

"Awak drive. Saya tak ada mood," katanya sambil berlalu masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.

Sabar, Ayuni. Sabar! Dugaan orang bertunang memang macam ni. Kalau ini pun kau tak dapat nak bersabar, macam mana kau nak kahwin dengannya nanti?

Ayuni akur. Tanpa banyak cakap dia pun melangkah masuk ke tempat duduk pemandu dan memandu kereta itu ke jalan raya.

Tanpa dia sedari, ada seseorang memerhatinya dari jauh dengan senyuman dibibir...

LELAKI PALING BAHAYAWhere stories live. Discover now