#LPB : PART 7

3.5K 271 39
                                    

"Tali leher?"

"Irfan tu tukang masak je, dia nak pakai tali leher nak buat apa? Nak masak sambil pakai baju kemeja dan bertali leher?" Ujar Nora yang ada benarnya.

"Jam tangan?"

"Gila apa. Dia cuma bayar bil perubatan kau je, takkan la kau nak belikan dia jam tangan," balas Nora lagi.

"Hah, pisau! Orang yang suka memasak memang suka kumpul koleksi pisau," cadang Ayuni lagi.

"Mak aku pernah cakap, jangan hadiahkan benda tajam pada orang. Tak elok," Nora bantah lagi.

"Habis tu... Apa lagi yang aku nak hadiahkan kepada dia?" Buntu Ayuni dibuatnya. Sejak dari semalam lagi dia terfikir mahu menghadiahkan Irfan sesuatu kerana menghulurkan bantuan membawanya ke hospital.

"Entahlah..." Nora menggaru kepala. Sejak tadi pun dia cuba mencari idea tapi semua cadangan tak sesuai. "Hah, apa kata kalau kau guna je cara lama."

"Apa?"

"Kau masak la apa-apa dan bagi Irfan. Macam tradisi hidup berjiran," cadang Nora.

"Itu kerja gila namanya!" Ayuni tak setuju.

"Gila apanya?"

"Gila la. Irfan tu kerjanya tukang masak. Dia masak sedap pula tu daripada aku. Tak ke gila namanya kalau aku hulur masakan aku kepada dia. Dah tentu dia campak masakan aku dalam tong sampah!"

"Aku tak rasa dia kejam macam tu. Paling kurang pun dia bagi kat kucing kut..." Nora ketawa terbahak-bahak.

"Hina aku la tu. Aku tahulah aku tak reti masak..." Ayuni menarik muncung.

"Alahai, merajuk pula dia..."

"Cepatlah fikir... Apa lagi yang sesuai nak hadiahkan pada dia?" Ayuni terus mendesak.

"Entahlah. Susah sikit nak bagi hadiah pada lelaki lagi-lagi si Irfan tu sebab kita tak tahu apa yang dia suka. Yang kita tahu, dia tahu memasak je."

"Kalau aku pulangkan saja duit sebagai ganti, okey tak?" Cadang Ayuni lagi.

"Aku tak yakin dia akan terima..."

"Habis tu? Apa lagi?"

"Tak payah fikir lagi la. Esok kau teman aku pergi pasar raya."

"Nak buat apa?"

"Stok makanan kita dah nak habis dah."

"Oh..."

"Sambil tu, kau boleh cari apa yang dia kat sana untuk dijadikan hadiah."

"Betul juga!" Kata Ayuni sambil berfikir barangan apa yang sesuai dijadikan hadiah. 

Kalau Irfan tu macam Rasydan, senang saja dia fikirkan hadiah. Belikan tali leher atau baju kemeja! Kalau nak yang mahal, belikan jam tangan.

Habis. Settle!

Tapi Irfan bukan macam Rasydan. Nama pun kerja tukang masak, bukan duduk dalam ofis. Yang dia tahu, kegilaan orang yang suka memasak ni adalah pisau tapi macam Nora kata tadi, tak elok hadiahkan orang dengan benda tajam.

"Hah! Aku ada satu idea!" kata Ayuni yang tiba-tiba terfikir sesuatu.

"Apa?"

"Macam mana kalau aku hadiahkan dia buah-buahan."

"Mmm... Bagus juga tu!"

"Okey, esok jom kita pergi buah untuk Irfan!"


LELAKI PALING BAHAYAWhere stories live. Discover now