#LPB : PART 6

3.8K 267 22
                                    

"Ada ke patut dia kata adik macam lelaki. Mata dia ada masalah kut. Kena pakai kanta pembesar rasanya. Adik pergi kerja hari-hari pakai skirt labuh tau. Ada ke lelaki pergi kerja pakai skirt? Mata dia letak mana agaknya sampai cakap adik ni lelaki..." kata Ayuni meluahkan perasaan marah kepada abangnya di dalam telefon.

Abangnya telefon tepat pada masanya. Dapatlah dia meluahkan rasa geram di hati kepada abangnya. Nak tak nak abangnya terpaksa juga melayan.

"Alasan je tu. Orang lelaki ni bila dah tak suka lagi, macam-macam alasan diberi."

"Dia kata lagi, adik buat dia malu."

"Pasal apa?"

"Pasal adik pandai baiki kereta la. Hari tu adik pernah tukar tayar kereta dia. Dia memang angin lepas tu. Rupa-rupanya dia rasa tercabar bila adik tahu tukar tayar kereta sedangkan dia tak tahu."

"Laa... pasal tu ke? Bukan semua lelaki pandai pasal kereta. Kawan abang tu, ada juga yang tak reti pam tayar. Rilek je buat muka bodoh jumpa abang suruh pamkan tayar kereta dia. Kalau tak tahu tu, tak payah malu. Buat muka bodoh je."

"Rasydan tu ego. Buat apa pula dia malu kalau dia tak reti tukar tayar kereta? Adik reti pun sebab arwah ayah dulu buka bengkel kereta. Tentulah tahu sikit-sikit pasal kereta ni. Itu kelebihan adik. Kenapa pula dia nak malu!"

"Biasalah tu. Lelaki mana boleh tengok awek dia lebih handal daripada dia. Tak apalah. Nanti, kalau ada orang datang meminang adik, abang ajar dia tukar tayar kereta. Kalau tak lepas tukar tayar kereta, abang reject awal-awal!"

"Ke situ pula abang ni..." Ayuni tergelak. Mujurlah dia ada seorang lagi ahli keluarga yang tinggal. Dapat jugalah dia berkongsi masalah.

Tiba-tiba handsetnya berbunyi. Ayuni melihat handsetnya.

"Abang, bateri dah nak habis. Nanti adik call lagi."

"Okey, take care. Nanti kalau senang datanglah rumah dan jangan menangis tau."

"Ceh, buat apa adik nak menangis disebabkan lelaki tak guna tu. Buang masa saja!"

"Bagus. Ini baru adik abang!"

Ayuni tersenyum bangga selepas menamatkan perbualan. Memang! Sedikit sebanyak dia memang terpengaruh dengan perangai abangnya. Mungkin sebab dia paling rapat dengan abangnya sejak lahir lagi.

Sebenarnya dia tak pernah kenal sangat dengan ibunya. Pada usianya dua tahun, ibunya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Memandangkan ayahnya sibuk dengan bengkel kereta, dia dijaga oleh abangnya. Bila membesar dengan dua orang lelaki dalam keluarganya, secara tak langsung dia dididik seperti lelaki.

Ayuni mengeluh panjang. Mungkin apa yang Rasydan kata tadi memang benar. Gayanya, perangainya serupa macam lelaki. Sebab itulah dia tak mahu menolong abangnya di bengkel. Sebab itu jugalah dia mengambil keputusan untuk bekerja di hotel sejak tamat tingkatan 4. Dia mahu lari daripada kehidupan lamanya tapi nampaknya dia telah gagal.

Ting!

Bunyi lif kedengaran. Pintu lif pun terbuka. Ayuni segera masuk ke dalam dan menekan nombor 12 untuk rumah sewanya. Hampir lima minit kemudian, dia tiba di tingkat 12. Lalu dia pun melangkah laju ke rumah sewanya.

Sampai saja di hadapan rumah sewanya, dia melihat pintu jiran sebelahnya. Pintu rumah Irfan masih tertutup rapat seperti hari-hari yang sebelumnya. Walaupun Irfan tinggal bersebelahan dengan rumahnya tapi nak jumpa Irfan pun payah.

Mana tidaknya, dia pergi kerja pukul 7.00 pagi dan balik rumah pada pukul 6.30 petang dan kadangkala lambat. Irfan pula bukan kerja pejabat yang pergi kerja awal pagi dan balik lewat petang. Lagipun restoran Irfan akan buka pada pukul 6.00 petang. Sudah tentu Irfan sudah berada di restoran sekarang.

LELAKI PALING BAHAYAWhere stories live. Discover now