Part 14

1.2K 28 2
                                    


Perjalan kali ini terasa amatlah jauh. Peluh di dahi dikesat lembut. Titisan peluh di dahi betul-betul menganggu penglihatannya yang meluruh jatuh sehingga mengena kelopak mata.

9:05am

Mak aii! hampir 1 jam lebih, perjalanan jauh gila. Ni pergi hiking ke pergi memburu. Omel Arjani sendiri. Keadaan jalan kian berubah. Kalau tadi mereka berjalan di atas permukaan tanah yang rata, tapi sekarang aksi daki mendaki pulak.

"Naj, jauh lagi ke? Tak larat ni."

Arjani mula mengadu.

"Rasanya dah dekat. Sebab pak Abu ada cakap dalam jam 10 begitu kita dah sampai perhentian terakhir. Kau okey ke Jani? Apasal pucat gila muka kau?" Pekik Najwa separuh menjerit. Najwa sudah menunjukkan riak risaunya. Keadaan Arjani betul-betul merisaukan.

Semua yang ada di situ berhenti sebaik sahaja mendengar suara Najwa yang gelabah itu. Mata semua ke arah Arjani.

"Naj, bagi Jani minum air. Muka dia pucat lah." Vivian tiba-tiba menerpa ke arah Arjani.

Aik apasal lah mereka ni risau tahap overload. Aku okey wei. Cuma letih sikit.

Arjani mengawal pernafasannya dengan tenang. Sebolehnya dia tidak mahu terlalu bergantung dengan mini oxygen yang sengaja dibawanya. Just preparation and urgent using only. Air di teguk perlahan. Dadanya masih tidak mahu berhenti dari terus bedegup kencang dan mengepam darah dengan derasnya. Keadaan itu menyebabkan Arjani semakin sesak dan rimas. Dia seolah-olah kehabisan nafas. Udara yang di sedutnya seperti tidak membantunya bernafas lebih baik. Seperti bernafas dalam ruang yang kedap udara. Ohh no! Asthma come again!

"Naj... Na..."

Arjani terkapai-kapai. Udara semakin berkurangan. Penglihatannya mulai kelam. Telinga terasa bedesing. Arjani seolah-olah tengelam dengan bunyi degupan jatungnya sendiri. Pejam celik pandangannya masih sama. Berpinar dan silau.

"Jani! Jangan mati dulu!"

Jerit Najwa sambil teresak-esak. Risau dan takut sahabatnya pergi meninggalkan mereka.

Bodohnya Najwa! Omel batin Arjani. Sempat lagi Arjani memarahi Najwa   sebelum dia rebah dan pengsan tak sedarkan diri.

-------

Arjani membuka matanya perlahan. Kepalanya terasa berat dan lemah. Bersuara pun dia tidak mampu apatah lagi untuk begerak. Seinci sahaja dia begerak, berat pada kepalanya seperti ada sebongka batu mengempap di atasnya.
 
"Apa dah jadi? Aduhhh!"

Arjani cuba untuk menenangkan diri. Dia menarik nafas perlahan sambil menahan sakit pada kepalanya.

Sayup-sayup Arjani terdengar perbualan mamanya dengan seseorang.

"Doktor pasti Arjani pengsan bukan sebab asthma?"

"Keadaan pesakit tidak terlalu serius, mungkin dia terlalu penat dan kurang bertenaga. Tak mungkin juga asthma dia menyerang kembali sebab mengikut sejarah kesihatan pesakit yang terdahulu, tiada yang membimbangkan dan dia bebas dari asthma cuma yang dulu tu mungkin sebab persekitaraan kurang memuaskan dan Arjani, seperti yang kita tahu memang alah dengan habuk dan debu. Puan tak perlu risau."

"Terima kasih doktor."

"Sama-sama puan. Saya pergi dulu, kalau ada apa-apa panggil saja nurse yang bertugas."

Arjani terkebil-kebil merenung siling wad sambil menunggu mamanya masuk.

"Macam manalah aku boleh ada kat sini? Bukan aku dalam hutan ke? Kalau aku pengsan, siapa pulak yang baik hati angkat aku? Aishh! Curious betul."

"Ahh, apa tu membebel sorang-sorang."

Satu suara tiba-tiba menegurnya.

"Mama! Kus smangat Jani. Apa ni main sergah-sergah. Bagi lah salam dulu. Makin berdenyut kepala Jani ni tau."

Arjani menarik muka rajuknya. Dia memengang kepalanya perlahan. Hos yang tercucuk di  atas pegelangan lengannya kadangkala buat Arjani rimas dan pegerakannya agak terbatas.

"Apanya mama tak bagi salam, Bunga tu entah apa dibebelkan sampai mama masuk duduk sebelah Bunga pun tak perasan."

Arjani mencebik.

"Apa dah jadi Bunga? Petang semalam Najwa call mama, Bunga on the way pergi hospital. Mama risau macam nak mati tau. Ingat Bunga aksiden kah apa."

Arjani menoleh ke arah mamanya, rasa kesal bermain di fikirannya bila buat mamanya risau. Tapi dalam hal ni bukan dia yang salah kan. Benda dah jadi kan. Aku tak minta pun aku nak pengsan tengah hutan tu.

Arjani cuba mempertahankan dirinya sendiri.

"Sorry mama. Bukan sengaja Jani nak buat mama risau. Jani tak tahu pun benda nak jadi. Kalau Jani tau memang tak lah Jani pergi masuk hutan tu. Buat mama susah hati je kan. Sorry okey mama.."

Arjani memujuk hati mamanya. Puan Warda hanya tersenyum nipis dengan pujukan anak bongsunya.

Dia tak marah cuma risau bertambah lagi dengan rasa takut bila dapat tahu satu-satunya anak gadisnya jatuh sakit. Puan Warda tidak mahu peristiwa dulu berulang lagi dan dia tidak mahu kehilangan Bunga Arjani seperti mana dia kehilangan Bunga Allyia dulu.

Arjani tersengih bila melihat senyuman mamanya. Tu maknanya pujukan menjadi. Hehehe. 

"Mama Jani lapar...."

Arjani merengek manja pada mamanya.

Ini lah masa untuk aku nak mengadah-gadah dengan mama aku. Jarang dapat bermanja dengan mama apatah lagi bila kau tahu yang kau ni bukan lagi zaman sweet 21. Bukan selalu pun kan lagi pun mama aku, apa korang kesahh?! Hewwhewwheww..

"Mama ada bawa bubur ayam, Bunga makan sikit okey. Petang kalau keadaan mengizinkan Bunga dah boleh keluar."

"Okeyy mama. Eerr, baba tau ke Jani masuk wad?"

"Baba dah tau. Baba baru balik tadi. Tengah hari nanti abang-abang datang jenguk Bunga."

"Ohhh...."

Itu je ayat yang keluar dari mulut Arjani. Dia sambung balik makan bubur ayam yang mama bawakan untuknya. Arjani menikmatinya seolah-olah orang yang baru jumpa makanan.

Sedap kot mama aku masak. Air tangan ibu memang tiada tandingannya. Kalau mama masak meggi pun aku boleh minta 2 kali round asalkan mama yang masak. Hehehe.

Arjani tersengih lagi. Lagak seperti orang yang tak sakit langsung.

_______________________________________

Hi readers,

Hujung-hujung tahun baru dapat update 😜 hehehe, sory lama x update. kpda yg setia menunggu part ni makasehh yeee, org hargai.

Hrp korang enjoy yee tp sy nak mnta maaf sekiranya part ni kurang memuaskan. Maklumlah idea tak masuk sejak2 tamat tempoh begelar pelajar. 😁😁😁😁

Apa2 pun hrp korang suka! 🌻

Vote.

Love,

Dee
03/12/16

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Part-time BoyfriendWhere stories live. Discover now