Part 5

1.5K 37 0
                                    

____________________________________________
Alarm handphone berbunyi tanpa henti di sebelahku. Aku bedegus kasar dan terus mencapai dan menekan punat off tanpa melihat screen handphone.

"Hari cuti kut, pahal alarm aku ni berbunyi. Bila masa aku set alarm."

Aku mengosok mata sambil menguap. Macam best je tidur tadi. Aku senyum sendiri. Tiba-tiba aku rasa pelik.

Aikk, pahal gelap semacam je ni. Bukan dah pagi ke? Sekali lagi handphone di tepi berbunyi. Aku mencapai dan

Najwa comey calling...

Aku terus tekan punat accept call

"Hoii, kau kat mana?"

Belum pun sempat aku memberi salam, Najwa terlebih dahulu menerjah di sebelah corong telefon dan aku terpaksa menjauhkan sedikit handphone dari telinga. Tak pasal-pasal aku boleh pekak. Dia ni memang nak bagi aku cacat. Nasib baik mood aku dah okey, kalau tak memang kena lesing lah budak Najwa ni.

"Aku kat bilik lah. Baru bangun? Pahal?"

Aku menjawab malas dengan soalan Najwa. Aku menguap lagi. Hmm, macam nak sambung je tidur macam nak sambung tidur jee.

Alahaii comelnye

"Aku call tadi selamba badak kau off. Hantu betul!"

Opss! Tadi tu Najwa ke call? Ingatkan alarm. aku sengeh sendiri ambil mengaru kepala yang tak gatal. Hehe. Mana lah aku tau. Dah aku baru bangun kan. Mamai kut!

"Yekerr, aku ingatkan alarm tadi."

Aku tersenyum menayangkan gigi seolah-olah Najwa ada di hadapan aku.

"Ah, apahal call? Kenapa kau tak balik lagi? Dah lupa jalan nak balik eh?"

Aku sindir si Najwa ni. Dah jam 8 malam tak ingat nak balik. Kalau esok takde kelas tak lah aku sibok nak suruh dia balik. Yelar, aku kan roomate yang prihatin lagi lawa!

Cewahh! Ketuk kepala baru tau perasan tahap overdose. Ni kalau orang dengar aku puji diri sendiri memang tercirit darah lah mereka dua hari dua malam! Hehehehe

"Aku balik lewat sikit. Kau ada nak pesan apa-apa ke?"

Fuhh, pesan? Mesti lah ada beb! Aku ni dari tenga hari tak makan. Air kosong je aku sumbat dalam perut ni ahh. Kesian kat aku.

"Hehe, macam tau-tau je kau eh aku tengah kebulur tahap nak mampos. Babe, aku nak Mcd tapi tak nak daging tau. Aku nak ayam. Double kau ingat tu D.O.U.B.L.E. Air pula aku nak air pespi kurang ais ahh, takya ais pun takpe. Ohh lagi satu babe aku nak.."

Belum sempat aku habiskan pesanan, Najwa terlebih dahulu memotong ayat aku.

"Banyak cantik muka hang nak makan Mcd! Lu fikir muka gua ni muka delivery ke ape? Hey aku kat rumah ni. Hang sumbat je perut hang dengan nasi jangan nak layan sangat selera wasted kau tu. Dah, setengah jam lagi aku balik. Bye!"

Tutt!

Cilakee punya pompuan. Aku belum habis cakap dia dah letak. What the fishh betul!

Aku membebel depan handphone samsung kesayangan aku. Mulut terkumat-kumit. Aku terus ke setting handphone untuk mengaktifkan data internet.

Nahh ambik kau!

Banyak masej masuk dekat Whatsapp. Lain lagi Noty yang ada kat Insta dan Wattpad. Di tambah lagi bunyi Wechat. Segala masej dari aplikasi handphone berlumbah-lumbah masuk. Tak henti-henti.

"Mak oii, Masej dekat Whatsapp seribu!"

Aku terbeliat melihat bilangan mesej yang ada dalam Whatsapp. Mana satu nak buka dulu ehh. Satu group sahaja perbualan mencecah 500. Ni kalau ada sepuluh group maunya koma handphone aku ni. Tu tak hairan lah mesej cecah seribu! Nasib baik lah aku cuma ada 5 group. Group family, group sekelas, group dengan minah kepoh, group kelab dan persatuan dan group hiking!!

Ehehh, bila masa pula ada group hiking ni. Dah tu aku pula admin. Mesti kerja Najwa ni.

Abaikan.

Ehh, mesej dari mama.

Aku terus menekan kolum terbawah yang bernama 'MemBesar'

<MemBesar>
Salam Bunga, bila nak balik rumah sayang? Study week dah dekat kan. Balik lah sehari ke mama rindu dekat Bunga. Abang pun dah tanya kenapa dah lama Bunga tak balik. Mereka rindu Bunga lah tu.
02:14pm

Huh, kerat jari satu-satu kalau betul lah abang-abang aku rindu dekat aku. Rindu nak buli ada lah! Nasib baik lah abang Azlan dah kahwin kurang lah seorang tukang buli. Semangat sikit aku nak mengadap dua ekor yang suka sangat menyakat aku.

Aku terus membalas mesej mama.

<Arjani>
Salam mama! Sorry Jani lambat reply mesej mama. Ahh, nanti dah confirm jadual exam Jani inform mama bila Jani balik. Suruh baba ja ambik. Jani tak nak abang Awi yang ambik! Fullstop.
08:30pm

Aku memang tolak, bahagi darap terus lah kalau abang Awi nak ambik aku. Serik! Yes aku serik. Hari tu mama suruh abang Awi jemput aku dekat kolej kediaman masa cuti semester lepas. Dah lah lewat malam ambik aku, lepas tu boleh je dia selamba ajak aku lepak dekat kedai mamak.

Aku penat gila nak mampos mengemas segala barang-barang yang akan dibawa balik rumah dan ingat bila dah sampai rumah aku nak tidur terus lepas urus diri tapi rupanya apa yang dirancang amat mengecewakan!

Betul lah apa orang cakap selama ini, kita hanya mampu merancang dan Tuhan menentukan.

Memang rentung lah aku dek panas satu badan. Telinga pula terasa berkepul-kepul je asap keluar.

Abang Awi pula selamba tanya aku

"Dik, kau tak nak makan?"

Aku tak jawab. Takut lain di tanya lain yang keluar dekat mulut ni ahh! Sebab faktanya, apa yang di proses dalam kepala dan hati bila keluar di mulut, binasa! Pedas! Auchh!!
Tak pasal-pasal aku derhaka dengan abang aku. Ehh, ada ke istilah derhaka dengan abang kandung?
Kalau ada, memang membatu lah aku kalau abang Awi lepaskan sumpah. Hahahaha. dongeng!

Dahh lah aku nak mandi.

Aku mencapai tuala di tepi dan bakul sabun-sabin di bawah meja. Selepas memakai selipar mandi aku terus keluar dan langsung ke bilik mandi kolej kediaman.

Sabun di bilik mandi~ sabunnnnn di bilik mandi ......
____________________________________________
Haii selamat petang readers. *^▁^*
Part ni panjang sikit. Banyak sangat idea keluar lepas makan petai masak tempoyak! Sedopp uolss. Hehe

Btw, enjoy okey. Drop your comment and kalau puas hati jalan cerita untk part ni jgan segan jgan malu nak tekan vote⬇ okey.

Dee

Part-time BoyfriendWhere stories live. Discover now