Part 10

1.2K 36 2
                                    

____________________________________________
Hari yang di nanti kan oleh Najwa akhirnya tiba. Dia bukan main seronok dan semangat membara bila plan dia menjadi tanpa halangan. Aku tayang muka tak puas hati. Sejak sampai ke tapak perhentian hiking, aku hanya diam membisu. Aku kuis perlahan tanah mengunakan ranting yang entah dari mana aku kutip tadi. kejap aku ukir nama sendiri, lepas tu aku ukir rangkah manusia. Bila bosan pulak aku ukir bentuk hati. Siap ada anak panah pulak tu!

"Jani daripada awak terkuis-kuis kat situ, lebih baik awak cek barang awak tu cukup ke tak."

Tiba-tiba Vivian bersuara dari tepi tapi sedikit pun tidak menoleh. Mungkin bosan kut tengo aku duk termenung dan tayang muka monyok. Nampak sangat ke? Hehe

"Apasal kita masih terduduk santai kat sini weii, bila nak naik ni? Tadi bukan main excited sampai sini."

Aku tengo kawan-kawan aku ni satu persatu.
Relax je duduk bersembang entah apa-apa. Dari tadi aku tak nampak gaya nak teruskan aktiviti hiking. Dah lah aku rasa bosan teramat tahap petalah ketuju! Kalau begini gayanya, baik balik duduk kat rumah main Playstation dengan abang Wan.

"Ehh, saya masih tunggu kawan-kawan saya Jani."

Zafri tiba-tiba bersuara. Aku dah bekerut dahi. Kawan-kawan Zafri? Apasal Najwa tak beritahu aku pun kawan Zafri ikut sekali. Aku bagi renung membunuh pada Najwa dan macam biasa Najwa akan buat muka 'dekk' sambil tergelak ayu di samping Akmal. penyampah pulak aku. Bentuk love yang aku ukir tadi, aku cakar laju-laju mengunakan ranting Kayu yang sama. Tanda protes. Aku dah mulai panjangkan muncung.

"Hye bro. Sorry lahh lambat sikit. Ada hal pula dekat highway. Tayar buat hal."

Aku mengalihkan pandangan aku dari tanah yang aku cakar tadi ke arah satu suara.

"No hal bro. Nasib korang sampai cepat. Ohh, Najwa, jani Vivian ni lah kawan saya. Pakai baju kelabu tu Teo, yang pegang gitar tu Amir dan sebelah Amir, Reza. Oh lupa yang pakai baju hijau gelap tu nama dia Dhawish."

"Hai"

Serentak kawan-kawan Zafri menyapa kami semua selepas sahaja Zafri memperkenalkan mereka kepada kami dan aku tengo Najwa pula terlebih over. Alahaii, kesihan sungguh kau Akmal dapat girlfriend mata keranjang. Aku tersenyum sinis. Aku alih pula mata aku pada kawan-kawan Zafri.

Hmm, not bad! Hensem pulak tu. Eh, kejap kejap. Apasal aku macam pernah tengo je mereka ni.

Aku menyepetkan mata memandang kawan-kawan Zafri satu persatu dan sambil tu aku selongkar balik mana-mana moment kat kepala aku ni yang ada kaitan dengan mereka. Scan punya scan tapi sikit pun aku tak ingat. Kedekut nak mampos kut mereka ni sampai aku tak ingat langsung. Hahaha

"Hrmm. Dah jangan nak tenung sangat."

Tiba-tiba Najwa menegur tapi kedengaran sinis. Entah sejak bila Najwa berada di tepi, aku pun tak tahu. Sibuk je dia ni. Jeles lah tu! Aku takpe lah kalau tengo lelaki, kan aku single. Dia ni Akmal kat sebelah masih boleh nak pandang-pandang lelaki lain. Kalau girlfriend aku dah lama aku salai! Cabut mata dia.

Selepas sesi memperkenalkan diri selesai, Sesi penerangan pula bermula.

"Dalam hutan ni di sediakan 3 perhentian. Perhentian pertama tak lah jauh sangat ada lebih kurang 2jam dari sini. Then perhentian kedua adalah tapak perkemahan. Di situ nanti kita akan bermalam sehari sebelum meneruskan lagi perjalanan ke perhentian terakhir di mana ada satu van akan tunggu kita kat situ dan bawa korang kat sini lagi. Jangan susah perhentian kedua tu lengkap bertandas dan tempat mandi. Cuma kemah korang kena standby lah. Okey?"

Panjang lebar pak guide ni memberi penerangan. Kami semua hanya mengangguk faham.

"Lagi satu saya nak ingatkan, tempat ni biasa lah hutan kan so respect tu mesti ada. Jangan lah buang sampah merata tempat, cakap benda tak betul or melepas sesuka hati. Jaga lah kebersihan hutan seperti mana kita jaga diri sendiri. Tahun lepas ada kes pelajar hilang sampai hari ini tak jumpa. So pihak kami amat berharap dapat kerja sama dengan kamu semua untuk berhati-hati. sentiasa bersama dan paling penting ikut pantang larang hutan ni kalau nak selamat."

Glup!

Aku menelan air liur berkali-kali. Terasa bulu roma terpacak tegak di bahagian tengkuk. Otak mula lah fikir benda tak betul. Dalam hutan ni memang macam-macam benda ada. Jangan-jangan budak yang hilang tu kena sembunyi oleh....

Serentak tu aku menepuk dahi sendiri. Oii, otak jangan nak cabul sangat fikir bukan-bukan. Kang kena batang hidung padam muka!

Ehh, apasal aku mengutuk diri sendiri pula. Adoiiyaii.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan di permudahkan. Amin!

"So semua dah faham lah yerr. Ohh lupa nak kenal kan diri. Saya akan guide kamu semua, panggil Pak Abu je. Ada apa-apa masalah cakap je dengan saya."

Tepat jam 10:30am aktiviti hiking pun bermula. Sepanjang perjalanan, aku hanya diam membisu sambil memasang telinga mendengar Pak Abu yang tidak henti-henti menerangkan kemuskilan kawan-kawan aku yang sememangnya banyak tanya itu. Kawan Zarif seorang ni pulak tak habis-habis klik situ klik sana dengan kamera dia. Aku pun pelik, benda apa lah dia nak ambik tengah-tengah hutan ni. Nampak pokok je takde yang menarik hati langsung.

Jalan punya jalan tak perasan pula dah sampai perhentian pertama. Di mana lokasi pertama berhampiram dengan air terjun. Najwa bukan main suka dan begitu juga dengan Leayana dan Vivian. Masing-masing merakam kenangan bersama di hadapan air terjun yang mempunyai ketinggian lebih kurang 10 meter. Kawan-kawan Zafri juga tidak ketinggalan merakam gambar kenangan bersama dengan panaroma terinda itu. Aii maklumlah bukan selalu dapat datang sini untuk menikmati keidahan ciptaan Tuhan. Udara segar pulak tu.

Aku pula mengaru dagu yang tak gatal sambil mengecilkan mata meneliti ketinggian air terjun itu. Agak-agak berapa dalam eh air terjun ni? Berapa lebar? Kalau aku terjun dari tingkat atas tu rasa-rasa boleh mati tak? Hmm..

"Hoii, Jani! Tak paya lah kau nak ukur sangat air terjun tu. Sini ambik gambar sama! Cepat!"

Aku menoleh apabila Najwa menjerit nama ku. Aishh kacau sungguh budak ni. Macam tau-tau je aku tengah ukur air terjun ni. Dengan perasaan malas aku melangkah kan kaki jua ke arahnya.

Aku bediri sebelah entah aku pun tak tahu dan malas nak ambik tahu dengan manusia yang bediri dekat aku ni.

"Jani rapat sikit boleh tak? Apa ne nak ambik gambar tapi bediri 10 batu. Dekat sikit. Ahh kat sini. Kau duduk diam-diam kat sini. Mulut senyum. Jangan nak rosakkan gambar aku."

Najwa menolak aku perlahan untuk bediri lebih rapat dengan manusia terlebih zat ni sehingga bahu aku belaga dengan lengannya. Laki tu pandang aku semacam jak. Ee, cucuk mata baru tahu. Aku mengomel sendiri.

"Okeyy Pak guide! Tolong ambik gambar."

Najwa belari ke arah Pak Abu dan menyerahkan handphone samsungnya lepas tu belari pula ke arah kami yang sememangnya sudah bersedia untuk berposing maut. Opss, please lah! Mereka je aku tak.

"Okeyy guys! Say cheese!"

"Cheese!!"

Semua tersenyum gembira tayang gigi yang tak berapa nak putih. Ada yang buat muka troll tapi tak menjadi. Ada yang buat muncung kedepan, siapa lagi kalau bukan Najwa. Yang lelaki pula mestilah buat style cool, macho dan gantle.

Aku? Haha, aku hanya mampu ukir segaris senyuman yang paling comel dan badan aku tegakkan . Sebelah tangan aku angkat sedikit untuk tunjuk peace. Hahahaha. skema!

____________________________________________

Haii readers yg setia menanti cerita ni.
Okey part ni memang dah siap awl lagi cuma org x confident nak update. Idea pun masa tu kurang sikit n mood 1%. Klau org update pun msti x best. So, baru hari ini berkesempatan edit n update.

Moga terhibur.

Some vote maybe. #^_^

Dee
29/10/15
11:03pm

Part-time BoyfriendWhere stories live. Discover now