Part 3

1.9K 45 2
                                    


____________________________________________

Hari ini mood aku tak baik sangat. Leyana ajak makan tadi selambah je aku tolak walaupun dia cukup baik nak spon aku. MCD tu. Perhhh, firstime aku tolak makanan sebab nak layan mood aku yang tak berapa nak baik ni. Aku kalau mood tak baik memang tidur lah menjadi terapi aku.

Aku mempercepatkan langkah dan terus ke arah kolej kediaman. Tak sabar rasanya nak balik dan tidur. Rindu lah si comel Bebear aku.

Dalam perjalan aku..

Bummm!!..

"Mak oiii! Sakit lah."

Aku menjerit dan hampir tersungkur ke belakang dek telangar orang yang tak tahu simpan mata kat mana. Aku pandang geram sekumpulan lelaki yang ada dihadapan aku sekarang ni. Buat muka tak bersalah?! Ni aku angin ni. Buku dan segala nota berterbangan merata tempat.

"Hoi, bro mata letak mana bro? Apa ni langar orang. Dah besar panjang kut masih nak bermain."

Aku menyindir geram. Marah pun ada. Ni kalau bercampur emosi aku memang semua kena ni. Silap-silap aku boleh jadi Hulk. Hulk versi aku. Hahahahaha! Berangan je kau Jani.

"Sorry dik. Tak segaja."

Balas salah satu dari mereka. Terus sahaja aku jeling. Apa ni panggil adik? Ingat aku ni, mak dia ke yang lahirkan. Plus deorang ni tak tahu ke nak hormat senior? Bukan nak riak tapi hormat menghormati kan memang selalu di amalkan mana-mana U.

Erkk, tapi bukan kah mereka juga senior semester akhir? Sebab aku kenal mereka ni. Sama coursemate dengan Zafri. Mereka ja tak kenal aku. Adoiyaii . Aku terus mengutip segala nota yang ada di atas lantai. Mereka pula? Huh, tengo je mampu??!

"Apa adik-adik? Suka hati nak beradik-adik. Bila masa mak aku lahir kan kau."

Balas aku sinis sambil membetulkan cap. Sambil tu aku tengo lah sekeliling kut ada nota yang aku tertinggal nak kutip. Tiada. Aku sambung balik mengadap budak terlebih nak 'up' ni.

"Amboii. Bahasa dia. Habis tu nak panggil apa pulak? Mak cik?"

Huh, mak cik?! Ni bukan setekat aku nak marah ni. Memang adalah manusia pertama makan cap aku. Kuang ajorr benor.

Inhale exhale! Sabar Arjani. Kau kan penyabar orangnya. Baik, manis, sweet, comel.. Erkk, comel? Apa aku merepek ni. Fokus! Arjani, fokus! Mat belagak depan ni perlu di beri extra lecture. Kalau kau cepat melatah sah-sah kau ni memang minah bunga!
Hailah hati, sempat lagi kau megutuk aku.

"Tak paya lah nak tahu. Eii, back to the topic. Kau ni memang tak boleh cakap 'sorry' eh kalau dah buat salah? Kau tak belajar sivik ke? Ni kalau langar pakai kereta ni aku boleh saman kau setegah juta tau?!"

Aku menunding jari tepat ke arah manusia yang kurang bertemadun itu.

Mereka semua terdiam, tengo antara satu sama lain dan terus bantai gelak sampai terkesat-kesat air mata. Sampai begitu sekali ke? Aku pula terkedu tengo mereka ni serupa budak kurang kasih sayang. Aku buat lawak eh? apasal aku tak rasa nak gelak eh. He.he.he.

Hambar!

Okey tahap kesabar aku tinggal 88%. Anyone please, tahan aku dari mereka, terutama budak pegang skate ni. Heii, tangan ni rasa ringan je nak lepuk kepala mereka satu-satu mengunakan fail. keras juga ni. Rasanya boleh koma tak?

"Mahal gila kau nak saman aku. Haahahaha."

Mereka terus gelak lagi. Aku? Jangan tanya. Aku ni sememangnya tengah tahan diri. Tahan diri daripada meyeksa anak orang. Mereka tak tahu siapa Arjani.

"Weii, dah lah. Budak ni dah merah kut. Marah benor dia. Dah-dah jom, Wish kau pun satu. Cakap lah sorry. Boleh kita blah terus. Aku lapar ni."

Dan,

"Sorry"

Lepas tu macam angin je mereka lalu. perhh, sentap babe! Macam 'lonly forever' pun ada rasanya. Kenapa lah aku perlu berjumpa manusia spesis kayu ni. Malang sungguh! Lepas ni aku kena suruh Najwa mandikan aku segala jenis bunga. Biar segala badi malang keluar dari badan aku. Huh! Menyakitkan jiwa dan raga. Aku yang tak beranak ni pun boleh kena serang gila meroyan kalau hari-hari mengadap manusia seperti itu.

Tanpa membuang masa, aku terus meyusun langkah untuk pergi dari situ. Mood yang tak berapa nak baik terus totally no in mood. memang nanya lah siapa nak tegur aku. Memang makan penapar lah jawabnya.

**

Sesampai sahaja dalam bilik, aku terus mencampakkan diri di atas katil. Fuhh, heaven! Buku dan nota aku bawa sekali tidur sekatil. Mana tau, bila bangun terus jadi pandai, genius dan IQ setaraf Albert Einstein yang mempunyai bilangan IQ 160. Perhh kau ado? Hehe, takde lah. Aku sebenarnya malas nak simpan atas meja sebab banyak-banyak perabot dalam bilik ni hanya katil sahaja paling dekat dengan pintu. Nampak katil memang aku akan lupa segala-galanya. Termasuk lah pasal mamat terlebih 'up' tadi.

Jangan lupa diri sudah! Zzzzzzzz....

____________________________________________
Haii! Hai. ;)
Yang sedang menunggu story ni update terimas bnyk2. Tq layan cerita ntah apa2 ni. Hehehe.
Btw, kalau best vote⬇
Kalau tak best? Xpe sy janji akn buat crita ni lebih gempak lpas ni.
Enjoy reading. *^▁^*

Dee.

Part-time BoyfriendWhere stories live. Discover now