Bab 1

2.6K 47 5
                                    

       Satu persatu helaian buku teks Sejarah Tingkatan 3 dibeleknya. Namun, segala apa yang dibacanya seakan tidak masuk ke dalam mindanya. Gadis tersebut meletakkan kepalanya di atas meja batu.

         "Haih ..." satu keluhan lahir daripada mulutnya.

          "Oi, Hani Fathia! Tidur je kau tahu. Study la, exam just around the corner kot," tegur seorang jejaka tampan.

            "Aku tak tidur la, Harith. Bosan, asyik baca benda yang sama je. Well, aku mana suka baca benda-benda macam ni. Lagi-lagi Sejarah," bebel gadis genit itu.

          "Oh .. malas study eh? Meh sini aku bagi penangan cap itik,"

           Satu jentikan kuat singgah di dahi licin milik Hani Fathia. Hani mengaduh kesakitan.

           "Eee .. sakit la! Habis tercemar kesucian dahi aku yang halus, mulus dan cerah sempurna ni tau!" ujar Hani sambil menjuihkan bibir mungilnya.

            "Ni baru sikit. Nanti kalau kau gagal mid-year exam macam mana?" balas Harith Rayyan merangkap rakan karibnya.

             "Ala kau ni .. risau sangat la pasal result exam aku tu. Aku just nak merehatkan minda je,"
 
              "Eleh .. alasan! Nak berjaya takde alasan ya Cik Hani Fathia?"

               Hani yang baru melelapkan matanya terus membuka matanya luas. Fuhh tersentap beb dengan mamat sorang ni. Takde la sentap mana, tapi dah kalau tepat kena pada batang hidung, nak buat macam mana?

                Eh mamat sorang ni .. bebel je kerja macam nenek kebayan bongkok tiga. Simbah dengan air baru tau! Nasib la kawan baik, getus Hani di dalam hati.

                Harith perasan yang reaksi Hani berubah apabila Hani menyedut minumannya dengan rakus, menyelak helaian muka suratnya dengan kasar serta menongkat kepalanya. Wajah Harith Rayyan langsung tidak dipandangnya.

                "Hani, chill la. Aku cuma nasihatkan kau je,"

                "Yes, Harith aku faham niat murni kau. Dan sebab tu la aku nak struggle ni. Aku pun nak berjaya macam kau jugak," jawab Hani sambil merenung tepat ke dalam mata Harith.

                Harith tersenyum puas melihat gelagat rakan karibnya. Dia sudah masak dengan perangai gadis yang sudah dikenalinya sejak berusia 4 tahun. Dia tahu Hani memang seorang gadis yang baik dan lembut hati walaupun agak keras kepala.

              "Harith, apa yang kau buat? Kau kira apa? Kau buat latihan math ke?" soal Hani memecahkan kesunyian.

              "Eh takda lah. Aku tengah kira lagi berapa hari kita nak menghadapi PT3," jawab Harith dengan riak wajah yang tenang.

               "Wah, bagusnya kau ni. Aku teringin sangat nak mencontohi kau," puji Hani sambil merenung wajah kacak Harith.

               Sebaik sahaja telinganya dihidangkan dengan pujian sedemikian, bibirnya terus menguntum senyuman dan tersengih seperti kerang busuk hingga menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun rapi.

               "Sengih pulak. Tak ubah macam kerang busuk. Eh, ada chemistry ni. Adik-beradik ke? Hmm?" ujar Hani meloyar buruk sambil mengangkat keningnya.

              Tawa Harith meletus. Habis kertas kajangnya comot dengan calitan-calitan dakwat pen basah yang dipegangnya.

               Hani menyilangkan tangannya di dada. Entah apa yang lawaknya sampai mamat ni gelak macam monyet terencat.

               "Fuhh .. okey. Sorry menganggu ketenteraman kau. Okey kita sambung balik revision tadi," ujar Harith dengan saki baki gelaknya.

                "Haih .. perangai bila dah galak. Kalah pontianak. Habis reputasi sebagai pengawas berkaliber," sindir Hani.

                 Harith menayangkan muka selamba. Bukan apa, dia malas mahu bertengkar.

               Setelah selesai mengulangkaji pelajaran, masing-masing menuju ke motosikal mereka yang elok terparkir di bawah pondok.

               Mereka menunggang motosikal pulang ke rumah. Tiba-tiba perut Harith berbunyi, kuat. Hani memandangnya lama.

               "Lapar eh? Mamak jom, aku belanja." ujar Hani sambil tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.

               Harith tersenyum meleret. Macam tau-tau je dirinya tengah ketandusan wang. Inilah salah satu sebab mengapa dia suka sangat kawan dengan gadis bernama Hani Fathia. Pemurah, memahami, menghiburkan dan sebagainya.

Di kedai mamak ...

               Setelah memberikan pesanan mereka kepada pekerja kedai, mereka melabuhkan punggung di tempat yang telah disediakan. Walaupun mereka sudah berkawan baik selama bertahun-tahun, namun mereka masih lagi menjaga batas pergaulan.

               "Harith ..." ujar Hani.

               "Ya?" balas Harith sambil mengangkat kening kirinya.

                "Aku ... nak tanya kau sesuatu ni,"

               

  

        
        

Man In ThousandWhere stories live. Discover now