Bab 3

928 34 0
                                    

"Woi!"

3 orang lelaki itu terkejut akibat sergahan tersebut. Siapa yang berani-berani kacau line ni?

"Kau lepaskan perempuan tu, sekarang!"

"Harith ..." ujar Hani lemah, dalam sedu.

"Betina ni? Dia gua punya beb. Kalau lu mau tunjuk hero, lai lai," ujar ketua samseng tersebut sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah Harith.

Kata-kata samseng tersebut mengundang kemarahan Harith. Membuak-buak kemarahan di dadanya. Tetapi, mana mungkin dia boleh melawan 3 orang lelaki dalam satu masa? Tidak, dia perlu. Dia perlu melawan samseng-samseng tersebut demi Hani, rakan karibnya. Bantulah aku, Ya Allah.

Harith menumbuk wajah sang ketua sehingga dia jatuh kecundang. Ketua samseng itu menyentuh tepi bibirnya sambil merenung Harith dengan tajam.

Dia cuba untuk membalas semula pukulan Harith, tetapi sayangnya Harith dapat mengelak segala pukulan tersebut. Harith menumbuk perut lelaki itu sekuat hati. Lelaki itu meraung kesakitan.

Konco-konco samseng tersebut mara untuk membantu ketua mereka. Apabila mereka meninggalkan Hani, Hani melarikan diri ke tempat yang jauh lebih selamat.

Hani duduk sambil memeluk lututnya ke dada. Dia termenung memikirkan nasib dirinya sebentar tadi. Kalau lah Allah tak gerakkan hati Harith, mungkin maruahnya diragut begitu saja.

Hani memerhatikan Harith dari dalam sebuah bakul bertutup yang sudah lusuh dan usang. Harith membelasah lawan-lawannya bersungguh-bersungguh meskipun dia turut tercedera.

Harith ..., air mata Hani mengalir sekali lagi. Sungguh murni hati lelaki itu. Hani menundukkan wajahnya lalu menangis.

"Argh!" Kedengaran satu bunyi erangan kesakitan.

"Tu balasan untuk lelaki-lelaki keji macam korang! Jijik! Sampah, sampah masyarakat!" Harith merengus kemarahan lalu menyepak perut lelaki-lelaki itu.

****************************

"Harith, ibu, ayah ... Hani takut," ujar Hani dalam tangisnya.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Hani terkejut apabila telinganya menangkap bunyi tapak kasut sedang menghala ke tempat persembunyiannya. Jantungnya berdegup laju. Jangan-jangan, tu konco-konco samseng tadi?

Penutup bakul besar itu dibuka. Hani memejamkan matanya serapatnya. Apakah pula nasibnya kali ni?

"Ha .. Ha .. Hani ...,"

Suara tu! Suara yang amat Hani kenali. Hani membuka matanya dan mendongak untuk melihat wajah tersebut.

"Ha .. Hani, kau .. selamat," suara itu kedengaran lemah tidak bermaya.

"Ha .. rith ..," Hani tergamam. Muka Harith kelihatan begitu pucat dengan sedikit luka di wajah kacaknya. Mungkin kesan akibat terjatuh.

"Hani .., kau okey..?" Soal Harith lalu tersenyum. Senyumannya nampak seperti dia sedang menyembunyikan kesakitan.

Hani tersenyum kecil. Dia memandang pakaiannya. Renyuk, dan koyak sedikit. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

Hani melangkah keluar daripada tempat persembunyiannya. Dia merenung Harith, lama. Harith membalas renungannya dengan senyuman.

"Harith .. kau larat ke ni?"

"Aku larat. Aku takkan mudah mengalah. Jom, kita balik." Ujar Harith sambil tersenyum.

Harith .. kau ni dalam sakit pun mampu lagi bertahan. Cubalah kesian dengan diri kau tu. Aku tak sanggup tengok kawan baik sendiri menderita, Hani bermonolog di dalam hatinya.

"Hani .. kau tunggu sini kejap boleh? Aku nak balik rumah jap," pinta Harith dengan suara tak cukup nafas.

"Harith .. aku takut," Hani merenung tepat ke dalam mata Harith, cuba meraih simpati. Kalau peristiwa tadi berlaku lagi macam mana?

"Habis tu, takkan kau nak balik rumah dengan pakaian koyak rabak macam ni?"

"Aku .. aku .. aku takut perkara tadi berlaku semula," Hani menundukkan wajahnya. Memang dalam hati rasa takut gila. Bukan setakat takut, gila pulak tu.

"Hani .. kau kena yakin dengan Allah. Allah sentiasa bersama kau. Kau tak nampak Dia, tapi kau boleh rasa. Di sini," Harith menepuk-nepuk dadanya sambil tersenyum.

Hani tidak memandang pun wajah Harith. Sungguh dia malu. Malu teramat. Selama ni, dia melayan Harith acuh tak acuh je. Tetapi Harith melayannya seperti menatang minyak yang penuh. Ya Allah, jika aku tidak dapat bertemu Harith Rayyan lagi, masih wujudkah insan seperti dia?

"Hani, kau carilah tempat yang lebih selamat. Lagipun, ni demi kau jugak." Pesan Harith lalu tersenyum.

Hani tersenyum kelat. Mana pulak la nak cari tempat yang selamat dalam ketakutan ni?

Harith melangkah keluar daripada lorong jijik itu. Sungguh, lorong itu menjadi sejarah buat dirinya, malah buat diri Hani juga.

Tapi, dia rasa macam tak enak nak tinggalkan kawannya sejak kecil itu begitu sahaja. Macam mana ni Harith? Kalau something berlaku pada dia lagi macam mana? Jatuh ke culik ke? Fikir Harith, fikir.

Harith berjalan melewati kereta-kereta yang cantik terparkir di tepi jalan itu. Sesekali dia melihat dirinya di cermin sisi kereta.

Rambut, serabai. Muka, luka-luka. Badan, sakit dan habis lebam. Kau nak balik rumah dengan gaya macam ni ke? Haih Harith .. Harith, bebelnya di dalam hati.

Tiba-tiba, Harith mendapat satu idea yang bernas. Dengan segera dia menyeluk poket seluarnya dan mencapai sebuah telefon bimbit. Dia mendail suatu nombor.

"Hello Khai .. eh bro malam ni aku tumpang tidur rumah kau boleh tak? Aku ada emergency case ni. Nanti aku inform kat kau okey?"

"Haa hello Harith. Aku tak kisah. On je. Lagipun parents aku takda ni, pergi kursus." Balas jejaka bernama Khairil Izzuan, juga merangkap kawan rapat Harith selain Hani.

"Okey bro, cun! Nanti ambil aku kat lorong sebelah mamak eh? Drive kereta kau boleh?" Pinta Harith.

"No hal bro, dalam 10 minit aku sampai?"

"Okey bro, thanks." Talian dimatikan. Harith tersenyum puas, gembira. Auch! Bibir dia kan luka, mana boleh senyum sangat. Nanti makin sakit.

****************************

"Mana Harith ni? Kata sekejap je," rungut Hani lalu memeluk lututnya ke dada sambil menjuihkan bibir.

Ntah-ntah dia kena belasah dengan samseng tadi? Ya Allah, mohon dijauhkan. Lindungilah sahabatku.

Sesekali Hani menjengah ke luar tangga, mencari kelibat Harith. Tak ada pun. Lagipun, sini bukannya kawasan orang lalu-lalang.

Hani mengambil keputusan untuk bersembunyi semula di belakang tangga yang gelap. Takut tu memang ada. Kalau manusia datang takpa lah jugak, tapi kalau makhluk lain macam mana? Ibu!

Kedengaran bunyi tapak kasut bergema di sekitar tangga itu. Dada Hani berdebar laju. Siapa lah pulak ni?

Tiba-tiba ...

"CHAKKKK! Kat sini kau sembunyi rupanya?"



Hahaha. So amacam? Saje je nak bagi saspen siket. Hehe, nanti ada masa author update lagi k?

Man In ThousandWhere stories live. Discover now