Bab 4

922 28 3
                                    

Hani terkejut lantas menekupkan wajahnya. Takut. Takut sangat. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Tapi masalahnya ni bukan pisang, hmm.

"Hani ..,"

Hani tidak menoleh. Dia menjadi teramat takut sekarang. Kini, peristiwa tersebut menjadi ketakutan yang sentiasa menghantui dirinya.

"Hani ...," sekali lagi ia bersuara.

"Pergi ...," ujar Hani, perlahan.

"Hani ...,"

"Aku kata pergi! Pergilah! Aku benci semua ni! Aku benci!" Jerit Hani lalu menangis teresak-esak.

Kedua-dua telapak tangannya masih kemas tertekup di wajahnya. Dia enggan menarik tangannya.

"Hani .. ni aku,"

"Pergi! Aku kata per ..," kata-katanya terpotong apabila kedua-dua tangannya direntap oleh seseorang sehingga tidak dapat menutup wajahnya lagi.

"Dengar sini. Hani, ni aku, Harith. Kawan kau. Aku bukan orang jahat," ujar Harith lembut memujuk Hani.

"Ha .. Harith. Harith ... Harith ...," Hani kembali menangis. Terima kasih Ya Allah hadirkan Harith buat diriku.

"Hani .. tak nak nangis-nangis lagi. Aku kan ada,"

"Harith .. aku takut. Aku takut, Harith. Tolong aku, Harith." Hani mencangkung sambil menangis berserta jeritan ketakutan dan kesedihan.

"Hani ... jangan nangis lagi eh? Hani kan tabah, kuat. Okey dah, lap air mata tu," Harith mengeluarkan sapu tangan merah miliknya yang bersulamkan nama penuhnya. Kemudian, dia berikan sapu tangan itu kepada Hani.

Hani menerima sapu tangan itu dengan terketar-ketar. Perasaan takut masih menghantui dirinya. Dia mengelap air matanya dan wajahnya menggunakan sapu tangan merah tersebut.

Harith hanya mampu tersenyum kecil. Bukan kedekut nak senyum lebar-lebar, tapi masalahnya bibir dia luka. Hmm sadis.

"Hani, jom balik?"

Hani hanya mengangguk perlahan dengan sisa tangisannya. Memang hajatnya nak tinggalkan lorong keji itu. Tak ingin pun dia nak berlama-lama di situ.

Tetapi, baru dia terfikir. Macam mana dia nak balik rumah dengan pakaian macam ni. Langkahnya terhenti.

"Eh, Hani? Kenapa berhenti? Ada masalah ke?" Soal Harith setelah perasan bahawa Hani tiada di sebelahnya.

"Harith .., aku ... aku malu nak balik," Hani menundukkan wajahnya.

Harith pelik. Apa lah pulak masalahnya kali ni? Apabila ditenung Hani lama, baru dia mendapat jawapannya.

"Hani, no problem okey? Semua masalah boleh settle,"

"Tapi, macam mana nak settle ...."

Ayat Hani terputus apabila Harith menyarungkannya sehelai sweater berwarna kelabu. Sungguh padan dengan kulitnya yang putih pucat. Hani tergamam.

"Okey, sekarang kau dah tak perlu nak malu lagi. Masalah kau dah settle," Ujar Harith lalu mengemaskan sweater yang tersarung di tubuh Hani.

Bila Hani pakai sweater tu, nampak gedoboh gila. Besar sangat. Mana taknya, perbezaan tubuh Harith dan Hani jelas ketara.

Harith bertubuh segak dan sasa meskipun baru berusia 15 tahun. Sekali tengok, mungkin orang boleh simpulkan yang dia dalam kalangan orang dewasa. Hani pula, kurus dan genit sahaja orangnya.

Man In ThousandWhere stories live. Discover now