Bab 11

391 10 0
                                    

                  Harith mengambil gitar itu dengan penuh tanda tanya. Terdapat kad ucapan di situ. Dia menarik kad ucapan tersebut.

                

                  Harith,
       
                  Selamat hari ulang tahun yang ke-15. Emak dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu. Moga panjang umur, sihat dan berjaya dunia akhirat. Jadi anak yang soleh. Sekian, Assalamualaikum.

                  

                 Ucapan tersebut benar-benar menyentuh benaknya. Sungguh! Dia begitu terharu dengan Mak Monah dan Pak Aman. Dia juga terlupa bahawa hari ini juga merupakan hari lahirnya.

                   Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah gitar, akhirnya tercapai juga. Namun, dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang hal ini, dia memendamnya sendiri. Dia juga bukan seorang yang suka meminta-minta.

                  "Harith, Harith. Meh sini makan," laung Mak Monah dari dapur.

                  "Ya, mak. Harith datang ni," balas Harith lalu meletakkan semula gitar tersebut.

                  Harith melangkah keluar dari kamar tidurnya. Mak Monah dan Pak Aman menunggunya di meja makan. Mereka menghadiahkan Harith senyuman yang manis.

                  Harith melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi. Harith terliur melihat segala juadah yang terhidang. Wah! Semuanya memang kegemarannya.

                  Harith teringat sesuatu perkara. Ya, dia terlupa mencuci tangannya. Dia menuju ke sinki yang terletak di belakangnya.

                  Harith kembali ke tempat duduknya. Dia hairan, mengapa Pak Aman dan Mak Monah asyik tersenyum sahaja dari tadi? Haish menimbulkan curiga betul.

                 "Monah, cepat lah," arah Pak Man.

                 "Jap, bang." Balas Mak Monah.

                  Harith memandang mereka dengan hairan. Keningnya terangkat-angkat melihat kerenah kedua-dua orang tua angkatnya.

                   Mak Monah mengangkat sebuah kotak yang terletak di atas kerusi bersebelahannya. Dia memindahkan kotak tersebut di tengah-tengah meja makan yamg dibiarkan kosong.

                   Mak Monah meminta Harith membuka kotak tersebut. Harith terpinga-pinga lantas dia membuka sahaja kotak tersebut.

                  Harith terkejut. Rupanya di dalam tu terdapat sebiji kek. Kek aiskrim lagi. Fuhhh sedapnya kalau dapat makan sekali! Nyum nyum! Craving.

                   Sebaik sahaja Harith mengangkat wajahnya, Pak Aman dan Mak Monah berdiri daripada duduk mereka. Mereka menyanyikan lagu ulang tahun untuk Harith.

                   Harith terpana. Hatinya merasa begitu sebak. Sepanjang 15 tahun, inilah kali pertama dia menyambut ulang tahun kelahirannya. Terima kasih Ya Allah!

                 "Terima kasih emak, abah. Susah-susah je emak dengan abah buat semua ni untuk Harith," bibirnya mengukir senyuman manakala matanya mula berkaca. Terharu!

                  Harith memeluk Pak Aman dengan erat. Lelaki berusia pertengahan 50-an itu mengusap lembut belakang badan anak angkatnya.

                 Mak Monah hanya memerhati sambil tersenyum. Nak peluk tak boleh, tak ada pertalian darah.

                 Mak Monah menyendukkan nasi ke pinggan Harith dan Pak Aman. Juga pinggannya sendiri. Harith membalasnya dengan senyuman.

Man In ThousandWhere stories live. Discover now