Bab 5

778 26 1
                                    

            Sebuah kereta Proton Inspira berhenti di hadapan halaman rumah Hani Fathia. Khairil membrekkan keretanya. Dia mengerling ke jam tangannya, sudah pukul 8 malam.

           "Bro, ibu dia ada tak ni?" Soal Khairil sambil menjengah-jengah ke rumah Hani.

          "Entahlah bro. Kalau ada, baguslah. Kalau takde, nanti orang fikir apa pulak pada aku," balas Harith, sedikit risau.

          "Tu, skuter ada. Ada lah tu,"

          "Tu skuter Hani la. Yang kita tolong bawa petang tadi," ujar Harith lalu mengetuk kepala Khairil lembut.

           "Aduh! Em mana aku kenal skuter dia," balas Khairil, mempertahankan dirinya.

          "Bro, kita redah je lah. Takkan nak biar dia lama-lama pulak. Kesian," Harith memberikan kata putus. Khairil hanya mengangguk, bersetuju.

          "Okey aku pergi bagi salam dulu eh? Mana tahu ada orang,"

          Khairil meloloskan diri daripada perut kereta dan menghayunkan langkahnya ke rumah Hani.

          Harith bergegas membuka pintu bahagian belakang, untuk mendapatkan Hani. Dia memanggil nama Hani dengan lembut berulang kali. Namun tiada sahutan.

          Aduh, tidur mati budak ni. Penat sangat kot. Dia menggoyangkan sedikit badan Hani yang berselubung sweater.

         "Hani .., Hani ..., bangun Hani," lembut saja kedengaran suara Harith Rayyan. Eceyh, gentleman! Boleh jadi calon bakal suami hakak ni.

         "Emm ..," balas Hani, tidak sedarkan diri.

         "Hani .., bangun Hani. Dah sampai rumah ni,"

          Tiba-tiba, Hani menangkap pergelangan tangan Harith. Mahu terkejut Harith dibuatnya. Yelah, tetiba je. Especially waktu-waktu macam ni. Mahu meremang!

           Harith cuba melepaskan pegangan Hani namun gagal. Hani memegang pergelangan tangannya terlalu kuat ibarat konkrit yang mencengkam tangannya. Eh?

          Harith mencuba sekali lagi. Dah kenapa si Hani ni? Kena rasuk ke apa? Harith cuba menarik dengan sekuat hatinya. Tetapi ...

          "Ayah! Ayah! Ayah! Ayah jangan tinggalkan Hani sendiri, ayah! Hani takut ayah! Ayah, ayah! Ayah, Hani tak kuat. Ayah!" Jerit Hani memecahkan kesunyian malam sambil matanya masih terpejam.

           Hani ... dia rindukan ayah ke? Rasa serba salah mula bertandang di hati Harith Rayyan. Simpati sungguh dia melihat nasib gadis di hadapannya ini.

           "Hani ...." panggil Harith dengan lembut, sekali lagi.

            Hani tersedar daripada lenanya. Matanya melilau-lilau mencari kelibat seseorang.

            "Mana ayah? Mana ayah?"

             "Hani ...,"

            "Ayah .. ayah kat mana?! Ayah! Jangan tinggalkan Hani, yah. Ayah!" Jerit Hani bagai orang dirasuk.

            Jeritan Hani menarik perhatian Khairil Izzuan. Ada apa pulak tu? Hani histeria ke? Oh no! Histeria?

            "Asal ni bro? Hani okey tak?" Sapa Khairil dengan hairan.

            "Tak okey la, beb. Wey tolong bukakan lampu," pinta Harith, risau.

            Tap! Lampu pun dibuka. Mata Hani mengecil akibat sinaran lampu yang terang itu, silau.

Man In ThousandWhere stories live. Discover now