1

861 54 65
                                    

Aku menongkat dagu dengan sebelah tangan sambil tangan yang sebelah lagi mengscroll Insta feed.

Haih, bosannya.

Aku menekan ikon kanta carian. Di atas sekali tertera satu akaun yang selalu menjadi modal isi masa lapang aku.

J_kook97

Aku tersenyum sendiri.

Satu gambarnya dengan kapsyen beremoji 'LOL' mengundang tawa aku.

Comel.

" Yoonjinnnnn !" Tubuh aku dipeluk dari belakang. Aku tau siapa.

Mimi. Seo Mimi.

Sahabat sejati aku sejak kami di sekolah rendah sehinggalah hari ini, kami di gred 4. Kisah suka dan duka aku bukanlah suatu yang asing bagi dirinya. Dia bagaikan diari aku.

" Awalnya kau datang. Dia pun belum sampai. " Mimi mencucuk cucuk bahu aku. Senyumannya meleret.

Kerusi disebelah aku ditarik dan dia melabuhkan punggungnya di situ.

" Macam tak biasa pulak tengok aku datang awal. " Aku membalas. Gambar yang masih terpampang di skrin telefon aku tatap dengan penuh minat.

Screenshot.

Aku tersenyum lebar.

" Eh, kau dah siap pembetulan exam hari tu ? Pinjam. " Mimi tersenyum dengan eyesmilenya.

" Okay. "

.

Bulan Jun baru sahaja dipermulaan. Menandakan berakhirnya musim sejuk dan bermulanya musim panas.

Aku duduk di bangku panjang di bawah pokok sakura bersebelahan kafeteria. Kaki dihayun. Aku tersenyum sendiri mengenang kejadian setengah jam tadi.

" Yoonjin, tolong saya hantar buku ni ke meja saya. " Arah Mrs Elly. Aku menurut.

Aku berjalan ke bilik guru dengan berpuluh buku di tangan. Sesekali aku mengeluh.

Buat baik pun mengeluh.

" WEH, BAGI BALIK PEN AKU !"

" KALAU BERANI AMBIL LAH !"

Akibat daripada aksi kejar mengejar antara dua orang pelajar junior yang melintasi aku tadi, aku hilang imbangan dan membuatkan buku buku tadi berterabur ke lantai.

Aku mengutip satu persatu buku latihan tersebut sambil menahanrasa pedih di lutut.

" Tak ada adab betul diorang ni. Meh aku tolong kau. " Satu suara menghampiri.

" T-takp-pa. A-aku boleh buat sendiri. " Tergagap gagap aku membalas. Mana taknya, Jungkook kot yang datang.

Pujaan hati tu.

" Kau ni degillah." Jungkook membalas. Aku mengetap bibir. Hish, dah dia nak tolong tu terima jelah. Rugi je kalau kau lepaskan.

" G-gomawo. " Kami berjalan beriringan ke bilik guru. Selesai meletakkan buku, aku pulang semula ke kelas. Dengan Jungkook disisi.

Sepanjang perjalanan, aku hanya mendiamkan diri. Rasa awkward nak bukak mulut. Aku menjeling Jungkook dengan ekor mata.

Dari tepi pun nampak hensem.

Dah tiga bulan, aku crush on him. Tapi, aku rasa dia macam tak notice je. Hm. Siapa je nak pandang aku yang selekeh ni.

Aku duduk di sebelah Mimi, iaitu tempat duduk aku. Aku mengeluarkan buku nota Sejarah. Ulangkaji dimulakan untuk ujian pendek yang bermula lagi 2 jam.

" Nah. Basuh lepastu tutup luka kau tu. Nanti kena jangkit kuman. " Jungkook meletakkan satu plaster di sisi buku aku. Dan berlalu pergi.

Aww, caringnya.

" Yah, berangan je. " Mimi duduk di sebelah aku. Lamunan tadi hilang serta merta.

" Mana ada. " Aku cuba menidakkan fakta.

" Yang kau sengih sengih tu kenapa ?" Dia membalas sebelum sesuap spagetti mendarat melintasi esofagusnya.

Aku tersenyum malu. Cermin mata dibetulkan lalu aku fokus ke arah nota poket yang dipegang sejak tadi.

.

Badan direbahkan ke atas katil. Penat. Sungguh aku penat. Mental dan fizikal.

Nasib baik ujian Sejarah tadi senang. Bak kata orang mat salleh ;

A piece of cake.

" Yoonji, mandi cepat lepastu turun makan. " Suara omma muncul di pintu bilik.

Dengan langkah berat, aku masuk ke bilik air.

Selesai membersihkan diri, aku turun ke meja makan. Aku mengambil tempat disebelah omma.

Hari ni, stu kimchi lobak putih menjadi santapan kami bertiga; appa, omma dan aku.

" Yoonjin, macam mana dengan sekolah tinggi yang kamu mohon bulan lepas ?" Appa menyoal. Dia mengelap sedikit kesan minyak pada mulutnya sebelum berdehem.

" Tak tau lagi. Belum ada lagi surat yang sampai. "

Aku ada mohon beberapa sekolah tinggi terbaik dekat daerah Seoul ni. Appa dah janji akan tanggung semuanya. Tapi belum ada lagi yang bagi jawapan. Surat tawaran pun tak ada yang menyinggah ke peti surat kediaman Min ni.

Takpe, Yoonjin boleh sabar.

crushWhere stories live. Discover now