6

349 31 1
                                    

Ramen disuap ke dalam mulut tanpa sebarang suara. Sarang pula berbual bual dengan dua orang makhluk dihadapan kami.

" Kau tau tak kenapa cikgu semua tak masuk kelas hari ni ?" Aku mendengar suara Taehyung menyoal.

" Tak. Kenapa ?" Soal Sarang dan Jimin serentak. Mereka bertentangan mata seketika sebelum ketawa kecil.

" Diorang ada mesyuarat. Aku dengar cuti ni pihak sekolah nak buat prom night. " Jelas Taehyung. Aku cuma mengangguk.

Aku pada mulanya tak kisah sangat dan kalau Sarang ajak pergi aku okay je. Tapi bila terfikirkan entah apa yang aku rasa nanti bila nampak pasangan JungNa tu, aku mengeluh.

" Wah, bestnya ! Jinjin, kita pergi, nae ?" Sarang menggoncang bahu aku. Aku mengukir senyuman nipis dan mengangguk.

" Yes. Jinjin is the best. Oh, bytheway mana Jungkook ? Dari awal pagi tadi tak masuk kelas. " Soal Sarang. Matanya meliar ke sekeliling kantin. Mungkin mencari kelibat si pujaan hati aku tu.

Aku memandang ke arah Jimin dan Taehyung bergilir gilir. Aku dapat lihat yang matanya tertumpu ke satu arah.

Shin Sarang.

Di saat menyedari bahawa aku memandangnya lama, dia cepat cepat mengalihkan pandangannya ke arah makanan dihadapannya. Aku tersenyum senget membuatkan dia lebih kalut sehingga hampir tersedak kuah ramen yang pedas.

" Oh Jungkook dengan Mina. Dating lah tu. Lagipun hari ni kan 3rd monthsarry diorang." Taehyung meneruskan suapan kimbap.

3rd monthsarry ? Oh, baru aku ingat, harini kan 10 September. Dah hampir setahun aku crush dekat dia. Tapi, dekat setahun jugaklah dia tak notice.

Yoonjin tabah.

.

" Kenapa ? Kau break dengan dia kenapa, Kook ?"

" A-aku tak boleh tipu perasaan aku. "

" Maksud kau, selama 3 bulan kau bercinta dengan dia, sebenarnya kau tak ada perasaan dekat dia ?"

" Eung. "

Suara tadi menarik nafas sedalam yang mungkin. Lalu dilepaskan perlahan lahan.

" Kau sebenarnya sukakan Yoonjin, kan ? Aku taulah. "

Aku hampir jatuh terduduk di atas lantai saat mendengar ayat yang dituturkan oleh Jimin.

Segera aku berlari ke luar sekolah. Suasana nampaknya sudah lengang dengan pelajar memandangkan jam dah menunjukkan 2:30 petang. Sudah pastinya mereka sudah pulang ke rumah atau menikmati aiskrim pada musim panas ini.

Aku tetap tak percaya apa yang baru aku dengar tadi.

Jungkook .. sukakan aku ?

Tak. Tak mungkin.

Aku berjalan ke perhentian bas. Pada perkiraan aku, bas seterusnya akan tiba dalam jangka masa seminit lagi.

Sebaik sahaja bas tiba, aku terus menerobos masuk. Pandangan dilempar ke luar tingkap.

Lebih baik kalau aku lupakan. Aku tak boleh letak harapan yang tinggi. Nanti kalau terjatuh, siapa nak tolong ?

Ting ! Aku menekan loceng apabila menyedari bas dudah hampir sampai ke rumah aku.

Pintu bilik dikuak dan aku meletakkan beg galas di atas kerusi meja belajar. Tuala dicapai.

Mandi boleh hilangkan tekanan.

Perbualan Jungkook dan Jimin tadi terngiang ngiang di telinga aku. Aku menutup telinga sekuat yang boleh.

Yoonjin, kau tak boleh terus jatuh. Mana tau semua tu satu pembohongan ?

Ah, rimas.

.

" Tae, tak payahlah. " Aku cuba mengelak daripada Taehyung yang beria menyuapkan aku ladu goreng.

" Makan ni. Makan. Aku nak tengok pipi meatball kau balik. " Dia menyumbat dua biji ladu ke dalam mulut aku.

Dengan penuh kepayahan, aku mengunyah ladu kepada cebisan kecil. Aku meneguk sedikit air untuk melancarkan pergerakan molekul makanan tersebut.

Tangan besar Taehyung menggosok perlahan belakang badan aku. " Makan elok elok. " Sempat dia menarik sedikit rambut aku.

Kadang kadang, aku dapat rasakan satu perasaan yang berbeza bila dengan Taehyung.

Gembira. Bukan, bahagia. Terlalu bahagia.

Mungkin ini yang terbaik untuk lupakan Jungkook yang tak pernah nak hargai kehadiran dan rasa cinta aku terhadapnya.

Aku dah move on ke ?

crushWhere stories live. Discover now