7

334 30 4
                                    

Aku membuka aplikasi Kalendar di dalam handphone. 25 September. 3 hari lagi prom night akan diadakan.

Selepas sahaja waktu rehat, aku masuk ke dalam kelas dan duduk ditempat duduk aku.

Ada sehelai kertas yang dilipat lipat diletakkan di atas meja aku.

Aku memandang sekeliling. Tiada apa yang pelik. Taehyung dibelakang bersama Hoseok berbual perkara yang aku sendiri tidak faham.

Tiba tiba mata aku bertaut dengan mata milik Jungkook. Cepat cepat aku alihkan pandangan.

Dah beberapa minggu aku cuba elakkan diri daripada dia. Dan perasaan pada Taehyung mula bercambah sedikit demi sedikit.

" Wah, ada orang bagi kau surat cinta lah Jinjin. " Sarang bersorak sebaik sahaja dia duduk disebelah aku.

" Ambillah, bukak. " Dia menggesa. Dengan perasaan ragu, aku mencapai kertas tersebut dan membukanya.

Aku suka kau.

Bait kata itu aku baca berulang kali. Jantung aku berdegup kencang. Pipi aku mula terasa panas. Aku kenal sangat tulisan siapa tu.

Jungkook.

Mata aku mula bertakung cecair hangat. Cepat aku kelip kelipkan mata agar cecair tersebut tidak jatuh.

Kejap. Ada yang tak kena dengan tulisan ni.

Setahu aku, tulisan Jungkook bersaiz besar tetapi yang ini ..

HAHAHAHA

Aku berpaling ke belakang. Dapat aku lihat Taehyung dan Hoseok ketawa terbahak bahak sambil melihat ke arah aku.

Aku bingkas bangun dari tempat duduk.

" Jinjin, kau— " Sarang menarik tangan aku memaksa aku duduk semula.

Ppang !

Kepala Taehyung terteleng akibat sedas tamparan yang aku hadiahkan padanya. Hoseok disebelahnya ternganga.

Dengan linangan air mata, aku bersuara.

" Kau, lelaki paling tak guna yang aku pernah kenal. Seronok dapat permainkan hati orang ? Seronok bagi harapan palsu dekat orang ? Aku takkan maafkan kau !"

Dengan tangis yang masih tersisa, aku berlari ke tandas.

Menangis, dan terus menangis.

.

xsarangx_s
; Jinjin, kau okay ?

Yoon_
; Okay :) Jangan risau.

xsarangx_s
; Kau jadi tak pergi prom night esok ?

Yoon_
; Kalau kau pergi, aku pergi.

xsarangx_s
; Yeayy ! Sayang kau !!! ♡♡♡
; Kau tau tak ?
; Tadi Jimin jumpa aku sebelum balik
; Dia ajak aku jadi mate dia untuk prom night esok
; Kyaaa ! Seronoknya !!!! ≧﹏≦

Yoon_
; Patutlah lama sangat tadi.
; Kekekeke.
; Untung ler crush notice weh.
; ╮(╯◇╰)╭

xsarangx_s
; Alaa chill lah.
; Weh, aku rasa kan

Yoon_
; Apa dia ?

xsarangx_
; Jungkook suka kau !
; Bye !!!!!!! ヽ(^。^)ノ

xsarangx_s is offline

Tipu. Semua tu tipu, kan ? Hahaha.

Hati aku dah remuk. Pecah berderai. Tapi, ada makhluk tak guna tukarkan kepingan yang pecah tu kepada habuk. Hancur sepenuhnya.

Harapan palsu dan crush tak notice, dua dua menyakitkan.

Taehyung. Aku takkan maafkan dia. Takkan. Sampai bila bila.

.

Aku mengenakan dress labuh berwarna krim. Rambut ikal yang melepasi paras pinggang aku lepaskan.

" Dah siap ?" Soal Yoongi. Sut hitam yang tersarung pada tubuhnya membuatkan dia tampak lebih kacak daripada biasa.

Dan hampir saja aku jatuh cinta.

" Jom. " Aku memaut lengan Yoongi lalu turun ke ruang tamu beriringan.

Omma dan appa yang sedang berehat di ruang tamu terpaku melihat kami berdua.

" Omo ! Yoongi dengan Yoonjin nampak macam pasangan suami isteri lah. " Ujar omma gembira. Appa hanya ketawa.

" Aish. Apalah omma ni. Kami pergi dulu. " Aku mencium pipi omma dan appa sebelum beredar ke pintu.

Kasut tumit tinggi berwarna pink lembut aku sarung ke kaki. Selepas itu, aku masuk ke dalam kereta. Yoongi mula memandu.

Aku teringat kata kata omma tadi. Em, mesti merah gila muka aku sekarang ni.

crushWhere stories live. Discover now