4

367 34 29
                                    

" Yoonjin, teman aku makan tteobokki dekat kedai depan tu. Omma aku lambat lagi nak sampai. " Mimi cepat cepat menarik tangan aku ke arah gerai kecil yang menjual tteobokki.

" Okay. Kau belanja, nae ?" Aku ketawa kecil. Dia mengangguk laju. Kami melintas ke seberang dengan berhati hati.

Mimi memesan dua set tteobokki manakala aku cuma berdiri tegak laksana tiang bendera.

" Yoonjin, kau– omo !" Mimi menekup mulutnya sendiri. Aku sendiri tak tau kenapa. Dengan muka pucatnya lagi.

" Kau kenapa ?" Aku berpusing ke belakang, arah yang Mimi pandang tadi. Dan kemudian ke depan semula.

Oh, patutlah.

Pasangan bahagia tu datang ke sini.

" Ahjumma, nak tteobokki dua set. " Suara Mina bergema di pendengaran aku.

Dua pinggan tteobokki diletakkan dihadapan aku dan Mimi memandangkan kami order dulu. Aku menyuap ke dalam mulut.

Pahit.

Bukan, takde rasa.

Disebabkan tteobokki ni Mimi yang belanja, aku kena habiskan jugak. Kalau tak, macam tak menghargai pulak kan.

" Eh, korang pun ada dekat sini. Hai. " Mina menegur. Aku membalas senyumannya. Walaupun sakit, aku cuba maniskan muka.

" Hai. " Mimi membalas. Aku menyambung semula sesi makan makan tadi.

Sebenarnya tak ada sebab untuk aku bencikan Mina. Takkanlah sebab lelaki seorang aku nak putus kawan dengan dia, kan ? Lagipun, dia lawa, pandai, leader kumpulan sorak. Haih, perfect lah. Aku cuma jealous kan dia sebab dia couple dengan crush aku.

Takpelah. Chill je.

Aku sempat mencuri pandang ke arah Jungkook tadi. Dia tersenyum. Lebar. Sambil pandang ke arah Mina. Sesekali tangannya menyentuh rambut Mina.

Crush dah bahagia.

" Yoonjin, kau okey tak ?" Mimi berbisik. Dia mengusap lembut belakang badan aku. Terharu aku ada kawan macam dia. Kuyakk macam mana pun, dia tak pernah mengecewakan aku.

" Okay je. Kau tak payahlah risau. " Aku tersenyum. Macam manalah kalau hidup aku kalau Mimi takde.

Up and down rasanya. Wi are eh eh.

Pin ! Pin !

" Aku balik dulu. Jumpa esok, chingu." Nampaknya omma dia dah sampai. Sempat kami berpelukan sebelum dia masuk ke dalam kereta.

" Bye, ahjumma. Terima kasih. " Aku meninggalkan gerai kecil tersebut. Aku terpaksa jalan kaki untuk balik ke rumah.

Yoongi dah mula semester baru. Jadi, pergi balik sekolah aku kena pergi sendiri. Haih. Cepat je umur dia bertambah. Tinggi je tak meningkat. Kekeke.

.

Aku melangkah ke dalam rumah. Dua bagasi besar yang diletakkan elok di tepi tangga mengundang persoalan di fikiran aku.

" Eh, anak omma dah balik. " Omma turun dari tangga dan terus memeluk aku.

" Omma, kenapa pakai cantik cantik ? Beg ni siapa punya ?" Aku menyoal. Yeah, curiosity is killing me.

Appa pula turun dari tangga. " Beg tu kitorang punya. Lupa nak bagitau, omma dengan appa nak pergi honeymoon dekat Malaysia sempena annivesary kami. " Appa menjawab soalan aku tadi. Dia menghampiri omma dan pinggang omma diraih.

Man, too cringy.

" Berapa lama ?"

" Tak lama pun. Tiga minggu kot. Entah. Tengoklah macam mana. " Jawab omma.

Lepas sesi peluk memeluk, nasihat menasihati, dan sebagainya, omma dan appa bertolak ke aieport untuk ke Malaysia.

HashtagYoonRedha ")

Bila aku tengok omma dengan appa, aku terfikir. Macam tu ke aku dengan hubby aku nanti ? Sweet je. Kalau nak kata salah faham tu memang lah ada, cuma pada pemerhatian aku selama ni, tak sampai sehari pun omma dengan appa dah okay balik. Hm, pasangan idola.

Aish kau ni, baru 16 tahun nak fikir pasal kahwin.

crushWhere stories live. Discover now