5

352 30 2
                                    

Ramai pelajar kelas aku tak datang hari ni. Mentang mentang lah esok bermulanya cuti sempena meraikan ulang tahun ke-10 sekolah ni.

Beg galas aku letakkan di temat duduk di hadapan, bersebelahan Sarang. Dialah kawan yang paling rapat dengan aku sekarang. Sejak Mimi tak ada.

Mimi memeluk aku erat. Satu masa, pipi aku dicium berkali kali.

" Yah, kau kenapa ?" Aku menyoal. Jarang Mimi nak bermanja. Selalunya aku yang menempel dekat dia. Kali ni terbalik.

" Aku nak spend time dengan kau hari ni. Nae ? Hari ni kau tak payahlah pergi library. Rehat dengan aku." Mimi menjawab. Tangan aku diraih dan dijalinkan jarinya dengan jari aku.

Hari itu, kami rehat bersama. Dia belanja. Belajar bersama. Itu pun dia yang ajar. Tamat waktu persekolahan, aku dan Mimi pergi ke kafe kegemaran kami, Coffeebay.

" Yoonjin." Mimi bersuara, serious. Aku menoleh ke arahnya.

Matanya mula berkaca. Beg galasnya dibuka dan satu sampul surat dikeluarkan. Dia menyerahkan sampul surat tersebut kepada aku.

Isinya aku keluarkan dan perlahan lahan aku membaca.


Nama pelajar : Seo Mimi

TAWARAN KE SEKOLAH TINGGI SUNGHWAN 2016

Dengan ini dimaklumkan bahawa pelajar tersebut telah ditawarkan untuk menjadi warga Sekolah Tinggi Sunghwan.

Sila lapor diri di sekolah tersebut pada

Tarikh   :   21 Jun 2016
Masa     :   Waktu persekolahan

Kerjasama anda diminta untuk melapor diri kepada Pengetua sekolah berkenaan pada tarikh yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Mata aku juga mula berkaca. " K-kau nak pindah ?.." Mimi mengangguk. Matanya dah mula memerah.

" Cukkahae chinguya." Aku menggosok lembut rambutnya. Gembira. Ya, kawan baik aku berjaya ke sekolah yang diidamkannya sejak kami sekolah rendah.

" Tapi, aku taknak tinggalkan kau, Yoonjin. " Mimi memeluk aku erat. Aku cuba tersenyum.

" Gwenchanha Mimi. Pergi jelah. Lagipun kau dah berusaha keras untuk masuk ke sekolah tu. Walaupun kau dah pindah, kita tetap kawan, kan ?" Jari ibu aku mengelap air matanya. Aku tak suka tengok orang menangis. Nanti aku terikut sama.

" Nae. Kau..jangan lupakan aku. " Mimi bersuara semula. Aku mengangguk laju. Masakan aku nak lupa dia yang dah sebati dalam otak jiwa raga aku.

Dan kafe itu menjadi saksi perpisahan kami berdua.

" Yah, Taehyungggg ! Sapu tangan aku !" Aku menjerit tatkala Taehyung menarik sapu tangan yang aku pegang dan terus melarikan diri.

Aku mengejarnya ke sekeliling kelas. Dan yang paling tak dapat diterima, kawan sekelas yang lain pun sama join main baling baling sapu tangan aku.

" Jimin, ambik cepat !" Laung Taehyung sambil membaling ke arah Jimin yang berada di belakang aku.

" Got it. " Aku menyambutnya tanpa sebarang masalah.

" Semoga cepat tinggi, DIK. " Aku berjalan semula ke tempat duduk.

Sempat telinga aku menangkap bahasa carutan yang dilontarkan oleh Jimin.

" Aip, no cursing. You're still a kiddo." Aku menambah. Hilai tawa yang lain mula kedengaran.

.

Dulang yang berisi ramen dan air kosong aku letakkan di atas meja kosong di kafeteria.

" Jinjin !" Sarang muncul disebelah aku secara tiba tiba. Dia juga membeli ramen sebagai santapan hari ini.

" Kau ni, Jinjin tu kan junior kita. " Aku cuba melawak. Entah kenapa, sejak hari pertama dia masuk kelas aku, dia asyik panggil aku Jinjin.

Sarang. Shin Sarang sebenarnya pelajar kelas dua. Tapi masa buat rombakan semula kelas lepas ujian awal tahun haritu, dia dapat naik kelas. Sejak tu, Sarang dan aku jadi rapat. Perangai dia yang happy-go-lucky tu sedikit sebanyak dapat ubat kebosanan aku sejak Mimi pindah.

Kami berdua makan dengan senyap. Sehinggalah ada dua manusia duduk depan kitorang.

Jimin dan Taehyung.

crushWhere stories live. Discover now