Bab 14

3.8K 206 24
                                    

Aku masih menatap belakang badannya tak berkelip. All those muscles...

Seakan tersedar dengan kehadiran aku, Damian memusingkan badannya. Dan kali ni pula, aku rasa nak pitam.

Kenapa mesti kau dera aku macam ni, Damian? I cant touch all those abs...

Dia berjalan ke arah dengan senyuman di bibir. Oh... dia main kotor eh. Aku segera membetulkan posisi. Tak nak nampak macam baru lepas usyar anak orang.

"Hai Ulfa. Are you ready?" Damian menghulurkan tangannya.

"Im always ready." Aku menyambut tangannya. Sebaik sahaja tangan aku selamat berada dalam genggamannya, Damian terus menarik aku kemudian sebelah lagi tangannya memaut pinggang aku.

"Apa ni?" Aku menolak bahunya tapi tidak berganjak. Dasar manusia tembok. Kuat gila.

Damian tersenyum sinis kemudian merapatkan bibirnya pada telingaku. "Relax,babe. For today, aku tak tetapkan peraturan. So kalau kau nak campur judo ke, taekwondo ke aku tak kesah. Sebab at the end, aku juga yang akan menang."

Aku hanya menayang muka tidak puas hati. "Fine. Lepaslah." Serentak itu, Damian melepaskan rangkulannya.

"Kau nak mula sekarang or warm up dulu?"

"Mula. Lepas ni aku ada hal." Aku terus memasuki gelanggang. Aku perhati gerak-geri Damian. His abs will be a distraction for me.

Dari pandangan mata dia, aku tahu yang dia tak ambil serius tentang ni. Dia fikir aku ni mudah dikalahkan. Aku admit kalau bab-bab fighting ni aku, ZERO! Aku pandai tumbuk orang je..

Rambut aku simpulkan tinggi, menampakkan batang leher aku. Hehe... two can play at a game. Matanya mula beralih pada leher aku. Ha, peluang aku!

Aku terus menghayunkan pukulan dari jarak jauh, walaupun aku tahu peluang untuk pukulan ni mengenai Damian sangat tipis. Damian seakan sedar dengan tindakan aku lalu menapak ke belakang. Belum sempat aku atur serangan kedua, dia melepaskan tumbukan mengenai sisi perut aku.

Aku menapak ke belakang sambil memegang perut yang terasa senak. Man, sakit! Tapi aku tahu dia tak gunakan kekuatan dia yang sepenuhnya.

"Jangan berlembut dengan aku Damian." Dan dengan itu, aku terus berlari ke arah Damian, mensasarkan satu tumbukan pada rahangnya dan satu lagi tendangan untuk lutut kanannya.

~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

♡Damian Eriqi♡

"Jangan berlembut dengan aku Damian."

Kata-kata dia sahaja buatkan aku terkelu sekejap sampaikan aku tak sedar yang dia sedang meluru ke arah aku. Tumbukan yang disasarkan pada aku, aku elak dengan mudah.

Huh, dia mungkin lincah dan teliti, tapi dia tak cukup ilmu untuk bertanding dengan aku.

Senyuman sinis mula terukir pada bibirku, she is an easy opponent for me. Tanpa aku sangka, aku jatuh terjelupuk disebabkan tendangan yang mengenai bahagian belakang lututku. Tendangan yang cukup tenaga dan kepantasan.

Aku terus dongak memandang Ulfa yang sedang asyik gelakkan aku. Oh... well.

"I got you man!" Dia kembali ketawa.

Aku bangkit dari posisi aku. "Ulfa, one more time. Aku tunjukkan how a great fighter like me... takkan mudah tewas."

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

♡Ulfa Atsyan♡

Aku rasa puas hati yang teramat dapat tewaskan Damian untuk sekali. Dan dia minta peluang kedua untuk kalahkan aku?

"No. Aku tak nak. Kau dah kalah, terima ajelah kenyataan yang aku lagi hebat daripada kau."

Damian menarik pinggang aku ke arahnya. Seriously, apa masalah mamat ni suka sangat tarik pinggang aku?

Jantung aku berdegup pantas disebabkan jarak wajah kami yang sangat dekat. Mommy, kenapa dia nampak lagi handsome dekat-dekat macam ni? Dah lah shirtless...

"Wow... sebenarnya kau tak nak or takut untuk dikalahkan? Hello, kalau kau hebat kau takkan kalah untuk kali kedua ni. Why, kau tahu pukulan tadi tu nasib baik je kan?"

Aku menggenggam erat tangan aku. Kenapa mamat ni mesti annoying sangat ah? Aku rasa nak gigit-gigit aje telinga dia sampai putus! Biar rupa dia lagi teruk daripada Shrek.

"Fine!" Aku terus menolak kuat badannya. Posisi aku kemaskan. Kali ini aku biarkan dia membuat serangan dahulu.

Damian melepaskan satu pukulan jarak dekat, tapi aku dapat elak dengan tipis.

Yaa .... nasib baik. Kalau tak, lebam muka aku nanti.

Setiap serangan dia aku dapat elak. Tenaga aku pun mulai habis sebab Damian ni lincah semacam. Peluh yang menitis di dahi kukesat dengan belakang tangan.

Tiba-tiba Damian menghampiri aku dengan sangat dekat. Sebelah tangannya merangkul leher aku dari hadapan. Sekali lihat macam dia sedang peluk aku.

Dup dup.

Dup dup. Jantung aku...

No no.. fokus Ulfa.

Aku terjerit kecil apabila merasakan diri aku jatuh melayang disebabkan sebelah kaki Damian yang mencangkuk sebelah kaki aku ditambah lagi dengan berat badannya yang digunakan untuk menjatuhkan aku.

"Dammit!" Aku berpaut pada lengan Damian menyebabkan dia juga terjatuh ke atas badan aku. Oommph!

Segala anggota badan aku terasa senak bila dihimpit oleh mamat tembok ni. Macam mana kalau tiba-tiba ada orang masuk dalam bilik ni? WA... jatuh imej aku nanti.

Aku menjeling Damian yang kelihatan tergamam. "Boleh tak kau bangun? Kau dah lah berat macam anak gajah."

Damian hanya pamerkan senyumannya. And aku rasa nak jahit aje bibir dia sekarang ni. Aku suruh buat lain, lain yang dia buat.

"You hurt me dear. Aku berat sebab otot, bukan sebab lemak. Admit jelah yang kau stalk aku kan tadi? Aku tahu aku hot." Kali ini dia tersenyum nakal pulak.

Aku menjelir lidah kepadanya. "Well... Encik Panas, boleh bangun tak? Sebab saya pun dah terasa bahangnya sekarang ni?" Hah.. ambik kau. Aku dah tak ada mood ni.

"Well... Cik Sejuk. What if I dont want to?"

"Aku akan tumbuk kau sampai kau tak ingat apa-apa lagi. Nak?" Seriously bangun jelah... aku tak tahan dah ni dengan degup jantung aku yang laju semacam.

"Mungkin kau lupa yang aku baru je kalahkan kau tadi. Ulfa... mungkin kau ni fighter, tapi aku? Aku GREAT FIGHTER." Damian mengangkat keningnya.

Sebagai balasan, aku hanya menjeling dia. Aku tak tahu kenapa, kalau lelaki lain buat aku macam ni, dah lama aku belasah orang tu. Tapi dengan Damian, aku tak mampu nak marah kat dia.

Damian mengangkat badannya. Dan untuk pertama kalinya, aku rasa bahagia yang amat sebab dapat sedut oksigen. Damian menghulurkan tangannya pada kau yang masih lagi terbaring di atas gelanggang.

Aku menyambut hulurannya sebab tenaga aku semuanya dah dihabiskan masa berlawan dengan dia tadi. Sebaik sahaja kaki aku mencecah lantai, Damian terus menarik aku ke arahnya untuk kali ke berapa entah untuk hari ni.

"Aku lupa nak cakap, you look so beautiful today."


Sorry guys lambat update. Chapter ni agak susah sebab author x thu ppe psl boxing. And sbb tu, stiap kli nk tulis x de idea.
Jgn lupe vote and comment.. thanks.
✉ifawani

Penembak Hatiku.Where stories live. Discover now