Bab 15

2.6K 137 34
                                    

♡Ulfa Atsyan♡

"Aku lupa nak cakap,you look so beautiful today."

Aku terkaku mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut Damian. Tapi untuk seketika jelah sebelum aku...

"Auch!" Damian menjerit kesakitan apabila aku menarik kedua-dua belah telinga dia. Haha... bila tengok balik sebijik macam Shrek walaupun wajah kacak dia tu tak terjejas sikitpun.

Aku tersenyum sambil menunjukkan wajah 'innocent'. "Maaf, tak sengaja." Damian melepaskan pautannya pada pinggangku lalu menggosok telinganya yang mula kemerahan.

"Seems like lepas ni kalau kau peluk pinggang aku lagi, aku tarik telinga kau macam tadi. Nak?"

Damian menjeling aku tajam. Dia kemudian mengorak langkah ke arah sebuah bangku lalu duduk di atasnya. Damian menggamit aku ke arahnya.

"Apa?" Aku mengambil tempat di sebelahnya.

Damian meraup rambutnya ke belakang. "Aku risau sekarang ni. Eddy nampak macam tengah rancang sesuatu." Wajahnya kelihatan sugul yang amat sampaikan aku rasa nak peluk aja dia sekarang ni.

Aku dengar setiap apa yang dia ucap dengan teliti. Maybe Damian perlukan teman untuk luahkan perasaan dan aku lebih daripada gembira untuk jadi peneman tu.

"Sebenarnya, aku dare kau untuk rapat dengan Eddy tu bersebab." Damian memandang aku. Mungkin mahu melihat reaksi muka aku mendengar berita yang tak berapa nak mengejutkan ni.

"Ok teruskan.''

"Eddy tu sebenarnya cousin aku. Dan suatu ketika dulu aku ada adik perempuan. Adik aku, Dania... eemm... she was alive. Pesanan terakhir, dia suruh aku cari pendrive yang ada pada Eddy. Thats why aku suruh kau... sebab tak ada perempuan lain seberani kau.''

Aku mengangguk. Tapi ada satu perkara yang menganggu benak fikiran aku. ''Err... suatu ketika dahulu? What do you mean by she was alive?''

Damian kelihatan tenang mendengar soalan aku. Mungkin dia sudah menyangka bahawa aku akan mengutarakan soalan ini.

''That's another story for another day. Jadi, kau marah aku tak ni?''
Ee... serius mamat ni buat aku rasa nak jahit mulut dia.   That's another story for another day. Acah je.. bagi tahu jelah bukannya susah sangat pun.

''Tak.. aku tak marah pun. Aku hanya akan marah atas sebab-sebab tertentu aja. Dont worry ler. Pasal Eddy kau tak payah nak fikir sangat la. Aku tak akan terpengaruh dengan si Palesit tu.''

Damian kelihatan lega dengan pengakuanku. Sebuah nafas berat dilepaskan. Aku bangkit lalu mencapai beg sandang yang aku letak di tepi bangku sebelum mula berlawan dengan Damian sebentar tadi. Wajah Damian aku pandang.

"Kay la wey. Aku pun dah penat wrestling dengan kau. Jadi aku nak release tension by training shooting. Bye, see you soon."

Aku terus mengorak langkah ke luar bilik tersebut tanpa menunggu jawapan Damian. Tak adalah bukan apa. Aku risau tiba-tiba keluar perangai gedik dia tu, sibuk nak menempel dengan aku macam belangkas.

Baiklah, my love here I come hahah...

~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Seusai habis latihan menembak, aku terus bertolak ke pejabat ayah tak berapa ayah aku. Asalnya aku nak bincang mengenai adik aku, Aufa, tapi aku baru buka mulut sikit dia dah melenting.

Eh eh kalau fikirkan hati aku yang membara ni, dah lama kepala botak dia melayang aku hayun dengan topi keledar ni.

Dan akhirnya, aku termenung menghadap jendela kat rumah sekarang ni. Rasa menarik pulak tengok bulan malam ni.

Bunyi dentingan halus daripada telefonku menyedarkan aku dari lamunan. Telefon segera aku capai.

Kot ye pun rindukan aku, janganlah jadi macam pungguk rindukan bulan.
-Damian

Eh eh mamat ni mana dia tahu aku buat apa? Aku menjengah ke luar tingkap. Aku cuba memancing susuk tubuh yang aku amat kenali tapi malangnya bayang-bayangnya pun aku tak nampak.

Aku kembali capai telefon. Jari aku lincah menaip.

Dasar stalker. Mmg tak ada kerja lain ke sampai nak stalk anak orang. Kalau aku pungguk rindukan bulan, bagai cacing mati kepanasan.

Hah..puas hati aku. Hey dia fkir sesuka hati dia nak samakan aku dengan pungguk.

What? Aku tak pernah dengar peribahasa tu. Kau ni betul ke x? Dahla x sesuai langsung dengan situasi.
-Damian.

Eh eh bengang pula aku baca mesej dia ni. Sesuka hati je nak pertikaikan IQ aku. Kau memang cari pasal dengan akulah Damian.

Well kau akan jadi macam cacing mati kepanasan bila aku nampak kau, pastu aku bunuh kau guna laser. Nak? So kau better jauhkan diri daripada aku.

Yeay.. nice comeback. Aku turun ke tingkat bawah, menuju ke dapur untuk melegakan tekak yang terasa haus. Telefon aku yang kedengaran berdenting dari tingkat atas tidak aku hiraukan.

Aku menyisip air dari cawan tersebut sambil bersandar pada kabinet dapur. Pandangan aku tertancap pada halaman belakang rumah.

Kan bagus kalau kehidupan aku normal...

Mesti halaman rumah aku tak sesepi ni.. maybe banyak bunga siap dengan gazebo lagi.

Or maybe dapur ni akan sentiasa berasap. Nak harapkan aku masak memang sampai kucing bertanduk pun tak jadi.

Sambil aku leka memandang halaman belakang rumah, satu lintasan figura menangkap perhatian aku. Okey.... this is weird....

And....

Frightening.

Aku dah mula rasa debaran di dada. Mana taknya, aku sorang je kot kat rumah ni. Nak minta tolong siapa lagi. Maybe kalau manusia aku tak kisah sangat tapi kalau... tut tut.. mampoih aku.

Aku dapat rasakan figura tu makin dekat dengan cermin yang berdekatan sinki. Bila-bila masa je boleh muncul. Aku mula mrnapak ke belakang dengan perlahan-lahan.

Satu detik...

Dua detik....

Tiga detik....

Empat detik....







''Waaarrrfhhhh.!!!!'' Aku jatuh terduduk saat ternampak makhluk paling hodoh aku pernah nampak sepanjang aku hidup 17 tahun 239 hari. Serius aku rasa nak nangis tapi aku tahan bila terdengar suara orang gelak macam orang gila.

Uuiiuyy.... darah aku menyirap sekarang ni. Dengan pantas aku buka pintu belakang dan terus menerkam pesalah paling dikehendaki yang tengah galak gelakkan aku atas lantai sekarang ni.

Tindakan aku menyebabkan dia terus berhenti ketawa memandangkan dia terpaksa meniarap dengan aku di atas belakangnya.

''Urghh! Spoil lah Ulfa. Aku baru nak have fun.'' Ujar dia tanpa rasa bersalah. wadde..bagi dia ni have fun ke? Dengan takutkan orang?

''Well... kau nak have fun sangat kan? Ambik ni!''

''Ulfa no!!!''








Hai.. maaf lama x update. Thanks for those who keep bagi support. Btw.. enjoy!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Penembak Hatiku.Where stories live. Discover now