Bab 3

4.3K 277 7
                                    

Gambar Damian ;)

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Tongkatku turunkan. Topi keledar juga kutanggalkan. Mataku meliar sekeliling, mencari sesusuk tubuh tinggi lampai itu.

Huh, aku yang perempuan ni jugak kena tunggu dia. Pahal lambat sangat mamat ni?

Akibat kebosanan, aku mengeluarkan telefonku lantas mendail nombor seseorang.

"Yo, bro! Kau kat mana?"

"Alah...takkan kau tak tahu kot."

Aku menepuk dahi. Dia ni memang bikin aku panas lah.

"Wei, Eric. Straight to the point jelah. Aku malas nak teka-teka lah."

"Aku dah lama bertakhta kat hati kau. Takkan kau tak tahu kot."

Aku terdiam. Memori tiga bulan lepas berlayar di mindaku.

"Eric, aku sayang kau. Sayang sangat-sangat, tapi as abang jer. Kau tahukan macam mana life aku? Perbezaan agama semua tu?"

Jujur aku cakap, aku memang sayangkan dia.

"Pasal agama tu, aku boleh convert. As long as kau sudi terima aku Ulfa."

"Dahlah Eric. Aku tak nak kau masuk Islam sebab aku. Tapi sebab Allah ok. Ok bye. Nanti aku call kau lagi."

Panggilan terus kumatikan. Jam tangan kukerling sekilas. 5 minit sudah berlalu.

Aku baru sahaja ingin berura-ura untuk menghidupkan enjin motor apabila bunyi enjin menderum kuat menghentikan perbuatanku. Sebuah motor yang hampir menyerupai Ducatiku berhenti betul-betul di hadapanku.

Aku memandang penunggang motor tersebut. Ok fine, sekarang ni aku rasa macam minah gedik pagi tadi pulak. Serius, hot gila mamat ni!

Lelaki tadi membuka topi keledarnya lantas senyuman sinisnya terserlah. "Hai sayang, tak berkelip mata awak pandang saya eh?"

Aku terus berpeluk tubuh apabila menyedari gerangan sebenar lelaki itu. Kauorang rasa sape je lagi yang berani panggil aku 'sayang' selain dia?

"Aku tak tahulah nak buat apa kat kau lagi supaya kau berhenti panggil aku sayang. Tumbuk dah, cubit pun dah."

Damian menggeleng kepalanya. Terhibur dengan ekspresi mukaku yang dirasakannya comel. "Kau tak tahu tak kenapa aku panggil kau datang sini?"

"Tak." Ringkas aku menjawab.

"Aku nak lawan score shooting dengan kau."

Dahiku berkerut. "Lawan? Pahal tetiba sangat ni? Wei, agak-agaklah. Preparation satu haprak pun aku tak buat lagi."

Damian mengangkat bahunya. "Kau kan handal menembak. Orang pro, takkan kecut kot?"

Darahku naik mendidih. Pantang aku, kalau ada orang mencabar. "Fine. Tapi apa yang aku dapat kalau aku menang?"

"Ulfa Atsyan, yakin sangat kan kau akan menang? Well, kalau kau menang... kau boleh mintak apa aje. Tapi tak boleh lebih daripada 3."

Tawaku terletus kuat mendengar tawaran yang diberikannya kepadaku. "Wei, kau fikir ni cerita Aladdin ke? Tapi aku tak kesah kalau kau yang jadi jinnya."

Muka Damian bertukar serius. Kali ini lebih serius. "Tapi kalau aku menang, kau kena patuh dengan segala permintaan aku untuk dua hari."

Aku mengangguk, yakin aku menang dengan pertandingan ini.

Kami melangkah ke pejabat lapangsasar dahulu. Seorang lelaki berbadan tegap menghampiri kami. "Coach, hari ni saya nak bertanding dengan teman wanita saya ni. Coach tak kesah kan?"

Penembak Hatiku.Where stories live. Discover now