{ R }

384 55 3
                                    

Selepas waktu sekolah tamat YunJi sudah berpakat dengan Jimin,Jungkook dan Jhope untuk berjumpa di mall tanpa pengetahuan Jin.

"Okay,semua dah ada dekat sini. Jom kita mula kan misi kita." kata YunJi dengan penuh bersemangat.

"Emm...Jungkook dengan Jhope pergi beli hadiah. Biar aku dengan Yunji tempah kek." arah Jimin kepada Jhope dan Jungkook.

"Oh sebelum aku terlupa,korang jangan sesekali bagitahu Jin tentang plan kita ni. Kalau Jin tahu,aku kerat 18 badan korang bertiga." YunJi memberi amaran kepada Jhope,Jimin dan Jungkook.

"Kitaorang janji tak akan bagitahu Jin." Diorang bertiga berkata dengan serentak.

"Jimin dengan Jungkook aku boleh percaya. Tapi Jhope..." YunJi menjeling ke arah Jhope.

"Apa kau ingat aku ni tak pandai simpan rahsia ke?" Jhope membalas jelingan YunJi.

"Memang pun." Jimin dan Jungkook berkata serentak. Jhope meninggalkan mereka sambil membuat muka protes tanda tidak setuju dengan kata² mereka.

----------------

"kenapa masa balik tadi YunJi macam mengelak daripada jumpa aku?"

"Kim Seok Jin."

Jin tersedar daripada lamunan apabila terdengar ommanya memanggil namanya.

"Ye omma." sahut Jin sambil berjalan ke arah ommanya.

"Teman omma pergi mall. Omma nak beli barang sikit." kata ommanya

---------------

"Wei Jhope dah la tu. Dah lama kita kat sini, jom la bayar." kata Jungkook sambil menarik-narik lengan Jhope.

"Ishh, sabar la. Aku nak beli mainan ni.... Antara robocar Poli atau Barbie doll, mana lagi best?" Jhope tak memperdulikan Jungkook.

Tanpa mereka sedar ada seseorang yang memerhatikan mereka dari jauh. Orang tersebut melangkah setapak demi setapak berjalan ke arah mereka berdua. Orang tersebut betul² berada di belakang Jhope dan Jungkook.

"Apa yang korang buat dekat mall ni?" tanya orang tersebut.

Jungkook dan Jhope terkejut lantas memandang ke belakang mereka.

"J.....Jin." mereka berdua berkata dengan serentak.

"Kenapa korang macam baru nampak hantu?" kata Jin kerana dia pelik melihat kawannya yang takut apabila dia berada di situ.

"Mana ada kitaorang nampak hantu.........Eh Jin kau datang sorang je ke?" Jungkook terus mengubah topik kerana takut plan mereka akan terbongkar.

" Tak lah, aku datang dengan omma aku.........Korang datang berdua je ke?"

"Eh tak lah, kita orang datang dengan Y---" belum sempat Jhope menghabiskan ayatnya, Jungkook telah memotong dahulu.

"Datang dengan omma Jhope...Kan Jhope." Jungkook memberikan isyarat mata kepada Jhope supaya menyokong kata-katanya.

"Eh, masa bila pulak kita datang dengan omma aku? bukan kita datang dengan Yun---" kali ini belum sempat Jhope habiskan ayatnya, Jungkook terus menutup mulut Jhope dengan tangannya.

"Kalau kau nak kena kerat 18 dengan YunJi.Bocorkan la rahsia kita!" Jungkook berbisik perlahan di telinga Jhope. Jungkook melepaskan tangannya daripada mulut Jhope.

"Eh Jin aku rasa omma Jhope dah tunggu kitaorang la. Jom lah Jhope." Jungkook terus menarik lengan Jhope.

Jin Pov

"kenapa semua orang macam nak mengelak daripada jumpa aku. Masa dekat sekolah tadi YunJi, sekarang Jhope dengan Jungkook pulak. Aku ada buat salah ke?"

Jin bergerak menuju ke kereta,tiba² Jin ternampak seorang perempuan dan seorang lelaki yang dikenalinya di sebuah cafe.Jin menuju ke arah mereka berdua, di pertengahan jalan Jin terhenti kerana terlihat mereka berdua bergurau senda seperti pasangan kekasih.

"Betul ke apa yang aku nampak semua ni?"

Jin memberhentikan langkahnya dan dia berpusing menuju ke keretanya.

AWAKE » K.S.JWhere stories live. Discover now