{ P }

527 69 2
                                    

Jin berlari selaju mungkin yang dia boleh. Dia dah terlewat untuk ke sekolah.

Tetapi, dia terus berhenti dan berputus asa bila dia ternampak pengawas sedang menunggu di depan pagar sekolah.

"haishh..aku terlambat lagi"

"nama?"tanya pengawas itu

"Kim Seok Jin"jawab jin

Pengawas itu mengeluh perlahan. "asyik² kau je,bile kau nak datang awal? dah,pergi masuk kelas kau."

Jin tertunduk ke bawah sambil melangkah dengan lemah ke kelasnya.

*********

Setibanya di kelas,Jin terus duduk di tempatnya.

"kau lambat lagi Jin?" kata Jimin yang duduk di sebelahnya .

"eh tak la aku awal,sebab tu la tadi kene tulis nama dengan pengawas." Jin menyindir Jimin.

"kau ni Jin asyik datang lambat je! kesian aku tengok Yun Ji,setiap pagi dia tunggu kau dekat depan pagar sekolah." tiba² Jhope menyampuk dari belakang.

Dalam waktu yang sama Yun Ji datang ke arah mereka dengan membawa sapu tangan. Manakala Jin tersenyum melihat seseorang yang sangat disayanginya.

"Oppa jangan la lambat lagi. Kesian Yun Ji tengok berpeluh-peluh." kata Yun Ji sambil mengelap peluh di dahi Jin.

"Thanks" Jin berkata sambil tersenyum.

Jhope menyampuk "ehem², kita kat sekolah lagi.Tunggu la habis sekolah nanti."

"Haa..kau ni Yun Ji,tak nak balik kelas kau ke? Tau la sayang Jin,tapi nanti kau yang kene marah." sampuk Jimin pula

Muka Yun Ji kemerahan menahan malu bila terdengar kata² Jhope dan Jimin. Lantas,YunJi terus berlari ke kelasnya.

"Ishh korang ni-"belum sempat Jin menghabiskan ayatnya,guru mata pelajaran telah tiba dan kelas pun dimulakan.

**********

Loceng telah berbunyi menandakan waktu rehat telah masuk.

Di kafeteria sekolah, Jin sudah menunggu Yunji di salah satu meja untuk rehat bersama.

Beberapa minit selepas itu YunJi tiba di kafeteria dan terus berjalan menuju ke arah Jin. Mereka makan bersama dan berbual kosong dengan gembiranya sehingga lah seorang pelajar perempuan datang ke arah mereka.

"Kenapa kau ada dekat sini?" kata pelajar itu.

"Kenapa kau nak marah aku ni Hara?" balas YunJi.

"Tak de la, perempuan gemuk macam kau tak boleh
makan banyak²,dah la buruk." sindir Hara.

"Tapi, mak aku kata aku kena makan banyak lagi." jawab YunJi sambil tertunduk ke bawah.

Pandangan Hara tertumpu pada Jin pula.

"Dan kau. Kau patut makan dengan aku daripada perempuan gemuk ni."

Jin tidak dapat menahan marah lagi lantas menghentak meja dan berdiri. Matanya tajam memandang Hara.

"Bagi aku sejuta sebab kenapa aku kena makan dengan perempuan mcm kau ni? lagi pun, YunJi tak gemuk. Kau ni tak de kerja lain ke? aku rasa kau yang patut cermin diri kau dulu. Dari mana ntah datang tiba² nak kutuk orang." Jin menggengam tangan YunJi.

"hmmm?" YunJi pelik.

"Aku dah tak de selera makan, jom pergi YunJi."

Hara hanya melihat Jin dan YunJi pergi meninggalkannya dengan penuh perasaan marah dan dendam.

Hatinya semakin sakit bila melihat Jin memegang tangan YunJi.

"tengok lah. Tak lama lagi, tangan aku yang akan kau pegang, Jin."



AWAKE » K.S.JWhere stories live. Discover now