Banglo Rm50

399 15 0
                                    

Cerita ni aku ambil kat web sebab kawan aku ada cerita pasal kisah ni. Seram jugalah.Banglo ni memang wujud tapi aku memang tak akan pergi lahKalau korang berani pergi lah.
Aku tak sure lah betul ke tak cerita ni tapi aku rasa betul.Yan nak copy , silakan .
-------------------------------------------

10 tahun lepas aku dapat sambung belajar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duduk mana sebab aku tak dapat hostel. Oleh sbb kerajinan dan keperihatinan yg ada kt aku dan kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku rumah sewa.....
Dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Rumah tu banglo 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kat atas dan 1 bilik kt bwh. Kitaorang semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 bilik la. Aku ringkaskan je la,kitaorang msuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama ni free la?
Kedua,tuan rumah tak bagi kitaorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya.
Ketiga,pokok ara tepi umah tu besar sangat sampai dahan dia boleh masuk kat tingkap bilik atas.

Malam pertama duk rumah tu kitaorang tak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang dan layan DVD korea . Citer seramnya start masa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam,siang-siang pon kitaorang dah kena kacau. Azmi "dagu" orang first kena.

Masa tu baru pukul 10.30pagi [anggaran aku la],
Si Azmi ni bangun nak memerut. So dia pergi la toilet bawah tu tapi dalam toilet ada orang [sbb pintu tutup].
Toilet atas pulak rosak, tuan umah kata nanti dia betulkan. Tunggu punya tunggu,tak keluar-keluar orang dalam tandas ni. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan Si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok pehal. Yg peliknya, kitaorang berlapan smua ada, habis tu sapa yang kat dalam tandas ni? Pintu toilet pulak berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi.Dalam reramai ni,Lan sorang je yang berani sikit [mungkin pasal dia ni keturunan bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbukak. Tak ada orang tapi dari kesan yang ada,pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last Si Azmi tak jai nak berak.Mungkin pasal takut kot.

Malam tu kitaorang kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tetiba jer ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu kat lantai!! Ape lagi,Angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal kat aku tapi bila aku bangun tak der orang pulak. Yang ada cuma Si Lan yang tengah membuta kat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD kat hall bawah. Aku pon masuk bilik balik sebab still bingung lagi tapi baru aku terperasan masa aku tengah jengah kebawah tadi aku perasan Lan ada!!
Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik?
Ahh sudah...
Dengan perasaan berani,takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu dan guess what?
Ada batu nisan yang ada retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak+hanyir yang sangat-sangat kuat.

Masa ni korang jangan tanya aku la apa aku buat sebab kalau benda ni jadi kat korang pon tak kan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak?
Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nk bagitau member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku sorang pon dah tak ada kat hall. Nak tau diorang kat mana?
Semua dah duduk kat luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanat nya, tak ada sorang pon kejutkan aku! taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kitaorang decide nak buat apa sekarang sebab sekarang ni dah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pon kitaorang tak tahu.Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last salleh ajak lepak restoran hakim jer sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi memasing semua tak pakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelekat jer. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitaorang masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik Si Bob dengan Naim je yang kat bawah, maka kitaorang decide la nak pinjam baju dan seluar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet pun aku tinggal. Masing-masing pakat dengan duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitaorang sangkut kat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar daru rumah tu, Wak pulak perasan ada budak pompuan kat pintu dapur tengah senyum sambil babai tangan kat dia. Yang aku pulak boleh terperasan budak tu jugak sebab aku tengok muka Wak dah kejung+pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam seluar la... Kepala lutut aku menggigil sampai kat restoran hakim!!!!

Ada HantuWhere stories live. Discover now