Sayang menyayang..
Cinta dikenang..
Perasaan menjadi rindu..
Oooooooo.......
Lihatlah diriku yang kehilangan....
Tanpa kasih mu sayang..
siapa lah aku...Fina menyanyi girang sambil terkinja-kinja dia menuruni tangga rumah mereka. Lalu menuju ke ruangan dapur.
"Amboi!! Awal pagi lagi dah sayang menyayang anak ibu ni. Cantik-cantik ni nak pergi mana?" tanya Puan Amalin pada Fina yang dah melabuhkan punggungnya di meja makan.
"Auchh..cantik ke mak? Thank you, hehe... Fina nak keluar jumpa Lina dan Dayah. Ayah mana ibu tak nampak pun?" Fina menyuap kueh seri muka hasil buatan ibunya.
"Ekleh!! perasan anak ibu ni. Ayah kamu awal pagi lagi dah keluar, ada emengency katanya. Ni nak keluar jumpa Lisa dan Dayah ke? Nak jumpa pakwe ni? cakap betul² dengan ibu." Ujar Puan Amalin dengan kening terjongket dah macam kening Ziana Zain pun ada.
Suapan Fina terhenti, dia memandang si bu yang sudah bercekak pinggang dihadapan. Amboi! Ibu.. Macam askar pencen je bila buat macam tu. He he.
"Ibu ni, betul lah Fina jumpa Dayah dan Lina, takde maknanye jumpa pakwe-pakwe ni. Tak nak lah, nanti merajuk pulak V oppa Fina kat korea tu." kata Fina selamber sambil menglahap semula kueh seri muka yang berbaki satu lagi di piring..hurm sedap.
Mamang diakui kueh seri muka ibu nya adalah antara yang terbaik di dunia, itu pada pendapat dia lah. Tak tahu lagi pendapat orang di luar macam mana?
Sedang leka Fina menikmati keenakkan kueh itu tanpa dia sedari yang ibunya sudah berdiri di sebelah dan bersiap sedia untuk menarik telinganya.
"Auchhhh...Ibu sakit lah! Apa Ibu ni main tarik-tarik pulak telinga orang. Nanti tak pasal² capang pulak telinga Fina." rungut Fina sambil menggosok telinganya.
"Padan muka!! siapa suruh merapu lagi, ni nama alien mana kamu sebut tu. Ibu pun tak tahu.." Puan Amalin berlalu dari situ untuk meneruskan kerjanya yang terbengkalai tadi.
Muncung sedepa mulut Fina itu tidak dihiraukannya langsung..
Kecik hati lah tu.ibu cakap mamat korea pujaan dia alien...
----------------------------------------
Melilau mata Fina mencari kelibat Lisa dan Dayah di segenap ruang shopping mall tu. Tadi janji pukul 9 tapi sekarang batang hidung pun tak nampak-nampak.
Fina yang merasa penat kehulur hilir melabuhkan punggungnya di sebuah bangku yang tersedia di sepanjang koridor shopping mall itu.
Telefon di dalam beg sandang diambil lalu aplikasi FB dibuka.Fina mengeluh bila notication facebooknya penuh dengan ucapan-ucapan dari jejaka-jejaka yang ingin berkenalan dengannya. Namun semua itu tidak pernah dilayannya, bukan maksudnya dia sombong cuma dia tak berminat... Ok!
Sama lah macam kat kolej dulu, dia adalah antara pelajar perempuan yang popular di sekolah mahu pun kolej tempat nya belajar dulu. Hampir setiap hari dia diganggu atau dikirim surat cinta oleh peminatnya.
Namun itu semua dia buat derk je, kerana dalam hatinya hanya ada seorang je. Iaitu mamat korea yang bernama Kim Taehyung atau pun V.. Hua..hua..hua..!
"Oiiii Fina!! "
Fina yang leka dengan facebooknya itu disergah Lina dari arah belakang..
"Oiii..mak kau terbang pakai spender!!! Eh? ish... kau ni kan suka buat aku terkejut. Dibuatnya aku ada masalah jantung, macam mana? maunya gol aku kat sini?" Fina menjeling geram ke arah Lisa yang sudah mengekek tawa macam mak lampir..
Di sebelahnya pulak Dayah juga tidak ketinggalan, dia turun serta mengekek. Hahh!.. Yang tadi mak lampir.. Yang ni pulak cik langsuir. Pakat eh kenakan aku?
"Hahh..gelak lah puas-puas, sampai beterabur gigi korang tu"geram dia dengan minah dua ekor tu ,sesedap cukup rasa je kenakan aku. Huhh! Tak nak kawan Lima minit. Fina berpeluk tubuh.
"Alaaa..Fina rilek lah. Tu pun nak marah ke? Kita orang gurau je, lagipun kau lawak arr, tak sangka kan? Princess idaman jejaka melaya kita ni melatah, siap ada spender terbang lagi tu?" Usik Dayah lagi dengan tawa yang masih bersisa.
"Rilek-rilek, dah lah malas aku melayan penghuni tanjung rambutan dua ekor ni, baik aku pergi cafe dulu. Lapar tahap gaban dah perut aku ni, melayan korang makin lapar pulak perut aku. Silap hari bulan, korang pulak aku telan sekor-sekor.."Fina menjeling maut, dia mendengus geram dengan Lina dan Dayah yang masih bantai gelak. Fina bangkit dari situ dan terus berlalu tanpa menghiraukan Lisa dan Dayah dibelakang..
~~~~~~~~~~~~~~~~
Izham dan Aidil jalan beriringan memasuki cafe yang selalu menjadi kunjungan mereka..Meja paling hujung menjadi pilihan mereka berdua.. oleh kerana di hujung tu tidak terlalu ramai orang..
"So Iz..macam mana dengan kerja jadi guru ni okey?"tanya Aidil memulakan pembicaraan mereka berdua
"Okey..but't pening juga lah melayan kerenah budak² lebih lagi yang tak dengar kata tu?"balas Izham sambil menyadarkan tubuh..
Matanya melilau memerhati suasana cafe yang hari ini kelihatan ramai dengan pengunjung..mungkin disebabkan hari ni adalah hari minggu..jadi tak hairan lah jika cafe tu penuh dengan orang..
"Hurmm.tu biasa lah Iz..budak nakal memang degil sikit..kadang aku pun geram dengan diaorang..tapi nak buat macam mana dah tugas kita..so kita tanggung je lah"Kata Aidil sambil menopang dagu menunggu pesanan mereka sampai..
Sedang elok mereka berdua berbual pasal kerja..mereka berdua diganggu dengan ilai tawa dari beberapa orang gadis selang 2 meja tempat mereka duduki itu..
Mata mereka berdua terarah pada 3 gadis yang gelak sampai tak ingat dunia..macam lah cafe tu diaorang yang punya..
Dua wajah gadis disitu menarik minat Izham..sepertinya dia perna melihat dua gadis tu..kalau silap dia lah gadis tu yang dia jumpa kat sekolah tempoh hari..tak sangka boleh pulak terjumpa lagi di sini..kecilnya dunia..
--------------------------------------------
"Akak cepat lah..nanti Lisa lewat pulak ke sekolah"jerit Lisa dari tingkat bawah.jam ditangan ditilik beberapa kali..takut pulak dia terlambat masuk ke kelas..
"Ye..ye..akak cepat lah ni..hish..tak menyempat lah budak ni..dah jom jangan nak terhegeh-hegeh?"Fina tergesa-gesa turun dari tangga bila mendengar jeritan Lisa
Lisa mengekori langkah Fina dengan perasaan geram..
"Dia yang terhegeh-hegeh..kite pulak yang kena"rungut Lisa..baru je dia melangkah keluar dari pintu rumah langkahnya terhenti sambil memerhati kakaknya yang membebel sambil mencari selipar di rak kasut
Rasa geram tadi bertukar menjadi geli hati bila terpandang akan penampilan kakanya sekrang ni..
Fina menoleh kebelakang bila terdengar Lisa tergelak kecil sambil menutup mulut..
"Kau dah kenapa dik? Tertiba je legak pagi ni? apa yang lawak?"tanya Fina hairan.
"Akak lah?"
"Kenapa dengan akak?"bertaut kening Fina.
"Hihi... takkan akak nak pakai baju tidur je hantar Lisa ke sekolah?"Lisa tersenyum melihat Fina menilik diri sendiri dari atas sampai bawah..
"Laa...salah ke? bukannya akak tak pakai baju pun, dah cepat nanti lewat ke kelas jangn marahkan akak pulak" Malas Fina nak melayan Lisa, salah ke dia pakai baju tidur? Comel ape? Siap ada kartun teddy bear lagi.
Lisa berlari anak bila akaknya sudah memasukki perut kereta..nanti tak pasal kena tinggal..
-----------------------------------
Bersambung......
Okey done..maaf lah part ni belum ada lagi pertemuan si dara dan si jejaka..part pertemuan mereka tu mungkin ada pada part seterusnya..so just waitting guys and enjoy you readding..
YOU ARE READING
Miss Stalker Mr Ustaz
RomanceElfiena Zafirah~"Ustaz kalau saya nak couple ngan Ustaz..Ustaz nak tak?". Qamarul Izham~"Maafkan saya Fina,Saranghae tu maksud dia apa eh?" Dua tahun kemudian..semuanya bagaikan bergitu cepat berlalu..adakah masa dua tahun tu akan merubah hati yang...