Bab 4

708 23 0
                                    

Fina menguatkan lagi volume radio bila saja lagu Boy In Love dari kumpulan Bts berkumandang radio..Stering kereta diketuk-ketuk sambil kepalanya turut bergoyang-goyang..

Sedang asyik Fina berkpop sakan di dalam kereta itu..kereta yang dipandunya itu tiba-tiba terhenti dengan sendirinya di satu simpang yang agak sunyi.

"Eh..dah kenapa dengan kereta aku ni? Masa ni pula kau nak meragam aduiii? Dah lah kawasan ni sunyi"Mata Fina meliar ke kiri ke kana dan cuba sedaya upaya menghidupkan enjin keretanya..namun usahanya itu tidak membuahkan hasil..

Akhirnya dia berputus asa dan memberanikan diri keluar dari kereta. Mana tahu ada kenderaan yang lalu lalang situ, dapat lah nanti dia meminta pertolongan. Setelah beberapa minit berdiri di bahu jalan, Fina melepaskan keluhan yang berat lalu menyandar di pintu kereta. Jangan katakan kereta, basikal pun tidak sudi lalu di jalan itu.

"Haihhh!! Apa lah nasib aku hari ni"Fina merungut, telefon yang ada di dalam kereta diambil dan nombor telefon milik Lina didail.

"Hello beb,kau boleh tolong aku tak?"Kata Fina setelah panggilan bersambung.

"Ehem² Assalamualaikum,?"

"Hehe,waalaikumsalam,errr Lina kau boleh tolong aku tak? Sayang aku tertiba meragam ni"suara sehabis manja Fina keluarkan. Nak minta tolong orang kena lah penuh dengan kemanjaan, baru orang boldh cair.

"Aiehh sayang? Sayang mana pulak ni?"Berkerut dahi Lina setahu dia Fina mana ada sayang. Dah berabab tahun kalau tak silap dia budak tu single mingle.

"Laaaaaa.... Sayang aku mana lagi, MyV lah takkan tu pun kau tak tahu"Fina mencebik, menyampah rasanya.

"Ouhhh...kau cakap lah sayang MyV kau tu, ni tak sayang²..setahu aku kau mana ada sayang. Hehehe"Lina mengekek tawa. Fina² kereta kau panggil sayang, kalau manusia tak apa juga.

"Aipppp...sapa kata aku tak ada sayang..ada lah.kau je yang tak tahu"balas Fina geram

"Ekleh..ni mesti kau nak kata yang sayang kau tu si mamat korea mata sepet tu kan? Kan?"

"Tau tak pe, Haihh cepat lah Lina oiii, aku takut sorang² kat sini" Merembang bulu tangan, Fina memandang ke kiri ke kanan takut² kang ada tetamu tak diundang di situ nanti.

***************

Izham memandu kereta Vios kesayangannye dengan prihatin dan berhemah..perhatiannya ditumpukan sepenuhnya pada pemanduan..

Sedang Izham memandu,mata Izham terpandang akan sebuah kereta Yang tersadai di pinggir jalan..dan di sebelah kereta tu pulak ada seorang gadis yang masih berbaju tidur lagi..

"Dah kenapa pulak kereta ni berhenti tempat sunyi macam ni..perempuan pulak tu..tak takut ke.. Oooooo mybe kereta dia rosak ko?"Izham berbicara sendiri

Izham menghentikan keretanya.. mungkin gadis itu memerlukan pertolongan siapa tahu..setelah siap memarking kereta dihadapan kereta gadis tersebut, Izham pun keluar dari perut kereta..

Gadis itu sepertinya tidak sedar akan kehadiran Izham kerena dia membelakangi Izham. Gadis itu sepertinya sedang membuat panggilan telefon.

Malas mengganggu, Izham hanya menunggu gadis itu menamatkan panggilannya..setelah beberpa saat menunggu. Akhirnya gadis itu menamat kan panggilan. Izham memberanikan diri untuk menegur gadis itu..

"Assalamualaikum"sapa Izham dengan tone suara ala² macho gitu..heeee

"Oh mak kau katak terbang"latah Fina kerana terkejut, tertiba je ada suara memberi salam dari arah belakang. Mana taknya terkejut, nasib tak kena heart acttack.

Miss Stalker Mr UstazWhere stories live. Discover now