Bab 1

1.8K 37 3
                                    

"Fina ooo Fina..bangun lah cepat dah siang dah ni Fina oiiii"bergema di setiap ruang rumah itu dengan suara Puan Amalin memanggil nama Fina yang masih lena diulit mimpi..hampir nak terkeluar anak tekak dia memanggil Si Fina tu

Namun Orang yang dipanggil itu masih lagi berselubung di dalam selimut..siap mimpi sang putera idaman lagi..

Puan Amalin mengeluh bila tiada tanda² yang anak daranya mahu bangun dari tidur .Puan Amalin mengambil keputusan untuk naik ke tingkat atas..kalau dibiar berterusan macam tu alamatnya sampai besok belum tentu bangun lagi si Fina tu..

Encik Taufiq iaitu Ayah kepada Fina hanya mampu menggeleng kepala mendengar isterinya membebel entah pape...

Puan Amalin Menghentikan langkahnye betul² didepan pintu bilik Fina yang masih tertutup rapat..itu maknanya Fina masih tidur lagi..siap ada tanda No Entry dan poster mamat mata sepet lagi di pintu tu..

Tokk..Tokk..Tokk..

"Fina..bangun sekarang..anak dara apa lah kamu Fina bangun lewat macam ni?"kata Puan Amalin masih berusaha mengetuk pintu....Namun suasana dalam bilik tu masih lagi senyap..Puan Amalin mengeluh lagi danbercadang ingin mengguna cara terakhir..

Tokk..Tokk..Tokk..Tokk..

Ketukan yang tadinya tidak seberapa kini berubah rentak...macam nak roboh dah bunyi pintu

"Elfiena Zafirah bt Mohamad Taufiq bangun sekarang...Kalau tak bangun jugak ibu tendang pintu sampai roboh dan simbah kamu dengan sebaldi air nak?"Kata Puan Amalin dengan suara yang lantang..siap dengan nama penuh sekali. sampai jiran sebelah rumah pun boleh dengar suara dia..

Dan yang paling menyedihkan sampai tersedak Encik Taufiq yang sedang elok besarapan di tingkat bawah..mana taknya siap nama dia sekali terbabit..nasib lisa adik bongsu Fina ada menghulurka air buat ayahnya..kalau tak..tahu lah apa nak jadi..

----------------------------------------

Fina yang masih lagi dalam keadaan mamai itu turun jugak ke bawah untuk bersarapan bila mendengar ungutan Puan Amalin tadi...ugutan Ibunya bukan boleh dibuat main..kalau dia nak buat tu..dia akan buat jugak..penangan dari drama korea malam tadi lah dia boleh bangun lewat sampai macam tu sekali..

Lisa yang ternampak kakaknya turun dari tangga tergelak secara spontan dan hampir tersembur roti jem dimulut..tanpa disangka gelak si Lisa itu mengundang rasa hairan puan Amalina yang sedang mencuci tangan di singki..

Puan Amalin yang membelakangi Lisa itu menoleh ke belakang.alangkah terkejutnya dia bila melihat rupa Fina yang dah macam mak lampir..dengan rambut yang serabai...mata dah macam panda muka pulak dah macam tapai basi pun ada..

"Ya Allah Fina..kenapa dengan kamu ni"Puan Amalin bercekak pinggang sambil mata mencerlung ke arah Fina yang selamber badak duduk di depan Lisa..siap buat tangan pic lagi budak tu

Encik Taufiq awal lagi dah turun kerja..kalau tak.. mahu kecoh meja makan bila dia melihat wajah Fina sekarang..

Fina yang baru je ingin menggapai roti itu mendongak ke arah ibunya dengan senyuman semanis gula..

"Kenapa ibu?"tanya Fina dengan dahi berkerut macam tak tahu apa² ..

"Huhhh...Fina² apa nak jadi lah dengan kamu ni..dengan rambut serabai macam ni..muka pulak dah macam hantu juon Ibu tengok..hahh..gigi tu dah gosok ke belum..tertiba je nak sarapan..adohh pengotor lah anak ibu ni"bebel Puan Amalin dengan panjang lebarnya..

"Aipp.. sapa kata Fina pengotor..orang dah gosok gigi lah tadi..ibu ni menjejaskan imej anak dara Dokter Taufiq je lah..ni hah tengok gigi Fina putih lagi kan bersih ni..macam duta Darlie gitu." tutur Fina selamber sambil menayangkan giginya kepada Puan Amalin..

Lisa menahan tawa daripada meletus..nanti kalau terlepas tawa..tak pasal kena ketuk dengan senduk.. Sekarang pun ibunya dah macan nak terbakar je rupanya. Jangb berubah jadi hulk sudah!

Puan Amalin yang geram dengan Fina..berjalan menghampir Fina dan...

Papp!!!

"Auchh..Sakit lah ibu"Fina menggosok kepala yang terasa perit. Sakit wu!!!.. nasib tak bocor kepala.

"Sapa suruh main² dengan ibu..dah cepat makan tu.jangan nak terhegeh-hegeh..lepastu hantar Lisa ke sekolah"kata Puan Amalin lalu berlalu ke tingkat atas..kalau dilayan kerenah si Fina esok pun tak habis..

"Hurm"hanya satu perkataan keluar dari mulut Fina..dia kembali menyumbat sisa roti yang terbengkalai ingin masuk ke mulutnya tadi.. Lisa yang tersengeh di hadapanya dijeling. Tajam, nasib tak tembus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tergeleng kepala Lisa melihat kakaknya yang sedang memandu disebelah.. Keepala kakaknya itu tak henti-henti terangguk-angguk mengikut musik Kpop yang berkumandang di radio..siap buat tangan bang..bang..lagi tu.. Siapa lah nak ditembaknya tu

"Bang..bang..bang.."Kata Fina dengan mulut terkumat kamit menyanyi lagu dari Boy Band korea iaitu kumpulan Big Bang

Fina memang peminat Kpop dari dulu lagi sampai lah sekarang... Memang susah nak dipisahkan, sampaikan dia sendiri pun terekot-ekot dengan kakaknya..nasib tak terlalu obses macam Fina.

Apalagi nama V ahli kumpulan BTS memang selalu menjadi sebutan kakaknya. Hampir penuh setiap ruang  dinding bilik Fina terlekat wajah lelaki korea tu.. Ibu dan Ayah pun naik pening dengan kakaknya, tapi apa boleh buat. Itu lah kakaknya Si Kpopperz tegar.. Hohoho!

~~~~~~~~~~~~~~~

Kereta MyV biru kesayangan di pandu oleh Fina tiba di perkarangan sekolah.

"Okey dah sampai" kata Fina tersenyum ke arah Lisa..tangan dihulurkan kepada Lisa.

Lisa yang tahu maksud kakaknya menyambut huluran itu menyalam tangan Fina dan dicium sekali.

"Belajar elok² jangan pandai nak bercouple-couple dulu faham?" pesan Fina sambil menggosok kepala Lisa yang dibaluti tudung putih sekolahnya.
Berkerut dahi Lisa dengan pesanan simple Fina, nak tergelak pun ada dengan pesanan tu..

"Akak..Lisa still 12 tahun lagi kot! Takde maknanya nk couple-couple ni." ujar Lisa dengan muka toya.

"Haah lah.. ye tak ye jugak. Kau kan still bawah umur lagi, mana boleh couple² ni. Lain lah akak mu ini! hehe,.. bukan setakat bercouple..kawin pun dah dapat ni."Fina tersengeh macam kerang busuk..

Rasa menyampah pulak Lisa dengan kerenah kakaknya. Haihh... kenapa lah aku boleh ada kakak segedik ni...
... Nasib-nasib, kata² itu hanya mampu terluah didalam hati.

"Dah lah..malas nak layan akak..adik turun dulu Assalamualaikum"Lisa terus membuka pintu kereta, ingin cepat pergi dari situ. Kalau dilayan tak sempat ke kelaslah dia jawabnya.

Pintu kereta ditutup, lalu langkah diatur untuk ke kelas. Baru beberapa Langkah Lisa berjalan, nama dia dipanggil. Siapa lagi kalau bukan Si Fina, kepala kakaknya itu terjengul di cermin kereta sambil tersenyum dengan lesung pipit di kedua belah pipi.

"Lisa ingat tau pesan akak tadi..No Couple-Couple eh"Kata Fina dengan kening terjongket.

Lisa mengeluh, matanya dijulingkan ke atas. Menyampah!

"Ish akak ni..malas lah layan"Lisa berjalan dengan langkah yang laju. Ilai tawa Fina kedengaran tak dihiraukan. Huh! Macam langsuir.

Sah kakak aku ni mereng..

-----------------------------

Bersambung.....

Maaf kalau cerita ni tak best..

Miss Stalker Mr UstazWhere stories live. Discover now