Bab 6

938 32 8
                                    

Izham melihat penampilan dirinya di hadapan cermin di dalam biliknya. Kurta Biru dipadankan dengan seluar slac(?) hitam, agak kemas penampilannya pada malam itu.

Bunyi ketukan di pintu mengejutkan Izham.

"Masuk, pintu tak kunci"

Kepala adiknya Izrah terjegul sebaik sahaja pintu terbuka.

"Amboi.. Handsomenya abang Irah ni"

Kelakuan Izham yang mempebetulkan rambutnya terhenti, dia menoleh ke arah Izrah yang sudah bersandar di pintu sambil berpeluk tubuh.

"Well, abang Irah kan. Mesti lah handsome tak gitu?" Kata Izham bangga, keningnya dijongket lalu dia tergelak bila melihat cebikan di bibir Izrah.

"Poyo arr abang ni" Izrah melanglah lalu duduk di birai katil abangnya. Matanya memerhati segenap ruang bilik abangnya yang kemas dan teratur itu.

Hurm, pembersih abang aku ni! untunglah siapa dapat jadi bini dia nanti.. hehe! Izrah tersengeh sendiri.

"Yang tersengeh sorang² ni kenapa?. Mesti tengah ngumpat abang ni" Izham mengambil tempat di sebelah adiknya.

Sengehan Izrah terhenti, wajah Izham dipandang dengan riak wajah seriusnya.

"Kenapa?" tanya Izham hairan, ternaik sebelah keningnya. Pelik dengn tingkah laku adiknya yang berubah-rubah. sekejap tersengeh, sekejap serius..

"Ehem².. Abang nak tanya sikit boleh?"

"Erm, tanyalah apa dia"

"Abang dah ada girlfriend" Sepantas kilat ayat itu terpancul dari mulut Izrah. Masih dengan wajah seriusnya.

Izham hanya tersenyum, tidak terkejut langsung dengan soalan Izrah, kerana sudah acap kali adiknya menanyakan soalan tersebut.

Izham menggelengkan kepalanya sebagai soalan. Selepas itu dia berdiri lalu mengambil songkoknya yang ada di atas meja sisi katilnya.

"Mesti jawabannya belumkan?" Tanya Izrah. tahu sangat jawaban abangnya itu.

"Yupp, tahu takpe. Lagipunkan dalam islam kan kita dilarang berkasih-kasih dengan yang bukan muhrim tanpa ikatan yang sah mahupun halal.. betul tak?" Giliran Izham pulak menanya adiknya. Senyumnya terukir bila melihat anggukan Izrah.

"Dah lah abang pergi dulu, nanti lewat pulak nak ke masjid. Irah jangan lupa solat, dan pintu bilik abang ni pun jangan lupa tutup"

"Ok boss" Tabik Izrah serupa polis pencen.

"Ada² aja dia ni, dah abang pergi dulu Assalamualaikum" Izham meminta diri, sempat lagi kepala adiknya digosok lembut.

"Walalaikumusalam" Balas Izrah lalu merebahkan diri di atas katil empuk milik abanganya.

                     🌸🌸🌸🌸🌸

"Eh? nak pergi mana ni?" Sapa Fina sebaik sahaja terperasan kelibat Lisa yang melintasinya di ruang tamu.

Dia yang tadinya bersenang lenang di atas sofa sambil menonton drama korea terkejut sedikit dengan kehadiran Lisa yang lengkap dengan telekung.

"Laaa.. Solat lah kak. Ayah Ibu ajak solat berjemaah kat masjid tadi. Akak tak nak ikut ke?" Lisa datang menghampiri Fina lalu duduk di sofa berangka satu. Sementara menunggu ketibaan Ayah dan Ibunya.

"ABC" balas Fina pendek, dia kembali menumpukan perhatiannya ke arah kaca tv. kebetulan ketika itu wajah V ataupun Taehyung dalam drama Hwarang yang ditontonya menyapa mata. Serta merta dia tersenyum sendirian.

"Ya Allah.. Handsomenya...." Suara Fina meleret sambil dia memeluk kusyen kecil dengan eratnya.

"Parah" Lisa menepuk dahinya.

Miss Stalker Mr UstazWhere stories live. Discover now