Pada Setiap Penghujung Bulan,
Kau Akan Diberikan Kepada Kami,
Saat Kau Di Genggaman Kami,
Kami Akan Gembira Sehingga Lupa Duniawi.Kadang-Kadang Kau Ukirkan Senyuman Kami,
Kadang-Kadang Kau Telah Menyusahkan Kami.
Ketika Kami Senang Kau Ada Di Depan Mata.
Saat Kami Meraih Sedih Kau Sudah Di Depan Mata Orang Lain.Kalau Insan Lain Bukannya Bijak Menjagamu,
Akan Kau Tertewas Di Tangan Orang Lain,
Kalau Insan Yang Bijak Menjagamu,
Kaukan Selalu Dijaga Dan Dihargai Oleh Pemilikmu,Nilai Kecil Yang Kau Ada,
Akan Masuk Di Tempat Yang Suci,
Nilai Besar Yang Kau Miliki,
Akan Masuk Di Tempat Yang Jijik Dan Merosakkan Akidah Manusia,Setibanya Ajalku Ditarik Oleh Malaikat,
Akanku Tinggalkan Kau Bersama Warisku,
Kau Cuma Bahagiakan Aku Saat Aku Bernafas Di Bumi,
Bila Aku Tiada Di Muka Bumi,
Hanya Engkau Sahaja Tinggal Dan Di Ambil Oleh Warisku.Sungguhpun Engkau Menjadi Pujaan Jutaan Orang,
Tapi, Kau Boleh Beri Kami Semua Perasaan Duka Dan Bahagia,
Memang Itulah Takdir Dikau Di Dunia,
Sekejap Kau Jatuh Dan Sekejap Juga Kau Meningkat,Sedar Tak Sedar,
Kau Juga Boleh Jatuhkan Ahli Politik,
Secara Halus Kau Tikam Mereka,
Kerana Ribuan Orang Mencari Kau,
Di Muka Televisyen Mereka Bergaduh.
Gara Engkaulah Sang Syurga Duniawi,Aku Besyukur Ke Hadrat Ilahi,
Biarpun Kau Dihina Dan Dipuja,
Bila Aku Berusaha Demi Raih Rezeki,
Engkau Dapat Membantuku Sikit Demi Sikit,
Senyumku Takkan Berhenti Selagi Tuhan Selalu Memberi Rezeki :).
YOU ARE READING
KOLEKSI PUISI DEE.N
Short StorySaya Ahmad Rusyaidie merupakan penulis Koleksi Puisi Dee.N. Di Puisi ini, Saya ingin menceritakan segala-galanya berdasarkan kisah-kisah yang pernah saya lalui dan juga berdasarkan kisah-kisah sebenar yang berlaku di Sekeliling tempat sama ada di da...