Harta,
Bila Kau Datang Kepada Manusia,
Seluruh Manusia Mengejar Memilikimu,
Hari Demi Hari Kau Kian Menghilang,
Kerana Nafsu Dan Cemburu Emas Dikejar,Harta,
Kau Diperlukan Apabila Aku Inginkan Kebahagiaan,
Di Sebalik Kebahagiaan Ini,
Dugaan Tetap Hadir Walaupun Senang Begini,
Adakalanya Orang Lain Tak Memahami Situasi Aku,
Mereka Sentiasa Berimaginasi Aku Hidup Senang,Untuk Aku Memilikimu,
Susahnya Aku Dulu Perlu Lalui,
Tak Pernah Kaya Jikalau Erti Susah Tidak Di Lalui,
Zaman Moden Anak-Anak Semakin Di Manja,
Dengan Harta Yang Kami Ada,
Separuh Dari Itu Adalah Nafkah Untuk Isteri Dan Anak Kami,Harta,
Setiap Kali Ku Berjalan Ke Sana Sini,
Mata Air Seringkali Cuba Menjatuhkan Aku,
Satu Demi Satu Ingin Mencintaiku,
Aku Tahu Mereka Di Umpan Oleh Sang Pencuri Harta,
Cintaiku Bukan Kerana Sayang,
Di Belakang Hanya Mengejar Kekayaan,Harta,
Sepatutnya Sesiapa Yang Memilikmu,
Haruslah Engkau Di Serahkan Kepada Ahli Syurga,
Kau Layak Berada Di Masjid, Rumah Anak Yatim Dan Rumah-Rumah Golongan Susah,
Inginku Lantaskan Kepadamu Bahawa Tuhan Membalas Jasa Kepada Pemilikmu,Harta,
Kau Bernasib Malang Sekali,
Hal-Hal Neraka Di Dahulukan,
Kau Digunakan Untuk Bergembira,
Di Dalam Jurang Kemaksiatan,
Jangan Kecewa Suatu Masa Nanti,
Kau Akan Ditarik Juga Oleh Tuhan,Harta,
Manusia Ada Yang Bijak Ada Yang Boros,
Jika Dia Baik Kau Akan Sentiasa Dirahmati Dan Disanjung,
Jika Dia Jahil Kau Akan Binasa Pada Masa Benar-Benar Dia Tewas,
Nasibmu Hanya Seperti Nyawa Ikan,Harta,
Manusia Bila Sudah Pergi Tinggalkan Dunia,
Masa Tidak Dapat Di Putarkan Kembali,
Warisnya Akan Bergaduh Mahukan Engkau,
Begitulah Pengakhirnya Dikau Di Dunia,
Di Akhirat Nanti Kau Dihitung Oleh Tuhan Juga,
YOU ARE READING
KOLEKSI PUISI DEE.N
Cerita PendekSaya Ahmad Rusyaidie merupakan penulis Koleksi Puisi Dee.N. Di Puisi ini, Saya ingin menceritakan segala-galanya berdasarkan kisah-kisah yang pernah saya lalui dan juga berdasarkan kisah-kisah sebenar yang berlaku di Sekeliling tempat sama ada di da...