Perjalanan Hidup

29 0 0
                                    

Kita Mula Mengenal Dunia,
Saat Kali Pertama Kita Menangis,
Ayah Dan Ibu Gembira Melihat Kita,
Satu Demi Satu Mereka Bimbing Kita,

Sebelum Melangkah Alam Remaja,
Pasti Sukar Untuk Meninggalkan Zaman Gemilang,
Perjuangan Buat Kali Pertama,
Akan Kita Lalui Untuk Rasai Susahnya Hidup,

Setelah Melangkaui Alam Remaja,
Kita Kian Bebas Dan Semakin Berani,
Lakukan Apa Sahaja Ikut Nafsu Hati,
Baik Dan Buruk Kita Boleh Menilai,
Sebelum Tewas Maruah Di Jaga,

Tamatnya Zaman Persekolahan,
Tibalah Pula Kita Lalui Zaman Dewasa,
Segala Pancaroba Dan Likuan Hidup,
Kita Selesaikan Dengan Sendiri,
Tiada Siapa Yang Boleh Menolong Kita,
Melainkan Waras Membantu Diri Kita,

Kahwin Adalah Sunnah Rasul,
Sudah Bernikah Tanggungjawab Dilaksanakan Si Suami,
Si Isteri Menjadi Suri Buat Suami,
Jangan Pernah Gegarkan Hubungan Ini,
Kerana Tuhan Amat Berdusta Pada Cerai,

Akhir Perjalanan Hidup,
Kita Takkan Putar Masa Berlalu,
Zaman Yang Terakhir Ialah Tua,
Ada Anak, Cucu, Cicit, Keluarga,
Hayat Kita Semakin Lemah,
Ajal Sentiasa Berlegar Menjemput Kita,

Dua Kalimah Syahadah,
Menjadi Titik-Titik Terakhir Kita Hidup,
Syurga Atau Neraka Belum Tahu Di Mana,
Yang Pastinya Kubur Memanggil Untuk Di Diami,
Azab Pula Menunggu Saat Jasad Berada Di Liang Lahad.

KOLEKSI PUISI DEE.NWhere stories live. Discover now