Zenia Adni berjengket-jengket menghampiri Puan Zulaikha yang sedang membasuh pinggan di dapur. Melihat ibunya yang sdang khusyuk itu timbul idea nakal untuk mengusik ibunya. Lantas sia memeluk Puan Zulaikha dan menjerit
"Ibu!!!"
Sesaat kemudian terdengarlah suara orang membebel dan suara orang ketawa terbahak-bahak.
Puan Zulaikha bercekak pinggang dan memandang geram ke arah anak gadisnya itu. Zenia Adni masih lagi galak mentertawakan ibunya. Renungan ibunya itu langsung tidak mendatangkan kesan kepadanya.
"Zenia Adni Ahmad Adzfar stops laughing"
"Sorry bu but I can't. I wish you can see your expression just now." Zenia Adni terus ketawa sehingga mengalirkan airmata.
"Zenia Adni..."
Zenia menyapu airmata yang mengalir di pipinya. Kenangan itu sering bermain di matanya. Sudah beribu kali dia berjanji kepada dirinya yang dia tidak mahu menangis lagi tapi beribu kali itu juga dia gagal menunaikan janjinya yang satu itu.
"Ibu, kakak rindu ibu. Kenapa ibu tak tunggu kakak? Ibu janji nak buatkan pelamin untuk kakak. Sekarang Khalif pun dah tinggalkan kakak. Apa salah kakak, bu? Tak layak ke kakak tuk Khalif?" rintih Zenia Adni.
Sedang dia masih lagi menangisi pemergian ibunya, tunangnya Khalif Umar memutuskan pertunangan mereka. Terasa gelap dunianya.
Zenia Adni tidur dengan linangan airmata. Sejak pemergian Puan Zulaikha hampir saban malam tidurnya ditemani airmata. Malam itu Puan Zulaikha hadir dalam mimpi Zenia Adni.
"Ibu, kakak rindu ibu."
"Ibu tahu sayang."
"Mula-mula ibu tinggalkan kakak, sekarang Khalif pun dah tinggalkan kakak. Apa salah kakak? Semua orang pergi tinggalkan kakak. Ibu bawaklah kakak ikut ibu. Tolonglah kakak, bu."
"Maaf sayang tapi kakak tak boleh ikut ibu. Kakak kena kuatkan semangat. Masih ramai yang sayangkan kakak. Ingat pesan ibu, jangan sesekali lupakan ALLAH. ALLAH sentiasa ada untuk kakak."
Puan Zulaikha tersenyum manis ke arah anaknya. Zenia Adni cuba untuk menggapai tangan ibunya tapi tak tercapai olehnya.
"Ibu!!!"
Zenia Adni tersedar dari lenanya. Airmatanya mengalir tanpa henti. Habis lencun bantalnya. Masih terngiang-ngiang pesanan Puan Zulaikha di telinganya. Zenia Adni bingkas bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan badannya. Dia mahu mengabdikan dirinya kepada yang Maha Esa. Dia menangis teresak-esak dalam sujudnya. Terasa begitu kerdil dirinya di sisi ALLAH yang satu.
Dititip doa untuk ibu tercinta agar dirahmati selalu. Zenia Adni memohon doa agar diampunkan segala dosa yang lalu dan diminta kekuatan dari ALLAH untuk dia meneruskan kehidupan meskipun perit dan pedih. Dia yakin pasti ada hikmah disebalik semua kelukaan ini.
"Terima kasih ibu. Semoga ibu bahagia di sana. Kakak janji yang kakak tak akan menangis lagi kerana lelaki." Ucapnya dalam sedu-sedan.