Dikerling jam yang terletak di dinding. Hampir pukul 2.30 pagi. Namun matanya masih lagi segar. Puas dia berpusing ke kiri dan ke kanan untuk melelapkan mata. Perlahan dia mengeluh. Di matanya masih lagi terbayang-bayang wajah yang dipandangnya petang tadi. Disebalik wajah ceria itu terselit seribu duka di anak matanya. Entah mengapa Waiz Wajdi merasakan dia mahu mengenali gadis itu. Dia melepaskan keluhan kecil.
"Ya Allah, perasaan apakah ini?"