Sedang Zenia Adni ralit meneliti laporan bulanan staf bawahannya pintu biliknya diketuk.
"Come in"
"Miss Adni, there is someone want to see you."
"Who? I don't think I have an appointment today."
"Errr... she told me not to tell you her name. But I can guarantee she did not bring any harm to you." Ujar Zahra tersenyum.
Zahra merupakan setiausaha Zenia Adni sejak dia memulakan kariernya di SGS Corporation Sdn Bhd. Perbezaan umur mereka yang tidak begitu berbeza membuatkan mereka berdua cepat mesra. Walaupun begitu Zahra masih lagi tahu batas-batasnya sebagai pekerja kepada Zenia Adni.
"Zahra..."
"Please... you can thank me later Miss Adni."
"hurmmm... okay just send her in but don't do this again. Kalau you buat lagi, I potong gaji you."
"okey. I janji."
Zenia Adni hanya menggelengkan kepala dengan telatah setiausahanya itu. Dia menanti siapakah tetamu misteri yang ingin berjumpa dengannya. Beberapa minit kemudian Zahra membawa seorang perempuan masuk ke biliknya. Melihatkan tetamunya itu Zenia Adni hampir menjerit. Senyuman lebar menghiasi wajahnya.
"Assalamualaikum Miss Zenia Adni."
"Mayesa!!!"
"Whoaaa big girl. Reply my salam first before you shout my name."
"Waalaikumussalam Puan Mayesa Bt Akram."
Zenia Adni bingkas bangun dan berlari memeluk erat Mayesa. Dia seperti tak percaya yang sahabat baiknya itu kini berdiri di depan matanya. Dia terlalu gembira sehingga mengalirkan airmata. Sejak pemergian ibunya dan putus tunang inilah kali pertama dia merasa begitu gembira. Bahu Mayesa basah dengan airmata Zenia Adni.
Mayesa meleraikan pelukan mereka dan merenung Zenia Adni. Dia pelik. Tak pernah-pernah Zenia Adni menangis bila berjumpa dengannya.
"Hey, what's wrong darl?"
"I'm too happy to see you."
"Sengaja buat aku cuak kan. Ishhh kau ni."
Zenia Adni hanya tersenyum mendengar omelan Mayesa itu. Sungguh dia merasa begitu gembira dengan kehadiran Mayesa.
"So, berapa lama kau balik ni?"
"Guess what? I'm back for good!" Ujar Mayesa sedikit teriak.
Mayesa bersyukur apabila suaminya dilantik menjadi Pengarah Urusan di cawangan syarikat di Malaysia. Suaminya adalah rakan sekerja Zenia Adni.
Izz Hadif dan Zenia Adni sama-sama mendapat tawaran untuk menguruskan cawangan syarikat mereka yang baru dibuka 5 tahun dahulu. Tapi Zenia Adni menolak tawaran itu dengan alasan ingin menjaga ibu bapanya. Sudahnya tempat Zenia Adni digantikan denga Pengurus baru yang baru sehari melapor diri di SGS Corporation pada waktu itu. Zenia Adni sendiri pun tidak sempat untuk bertemu muka dengan pengurus baru itu.
Zenia Adni jugalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Mayesa kepada Izz Hadif kepadanya. Dia tak akan lupa jasa baik Zenia Adni kerana mempertemukan dia dengan seorang lelaki yang sangat baik kepadanya. Kini dia bahagia dengan kehadiran Izz Nadhif dan Izz Adelia bukti cintanya dengan Izz Hadif.
"What! How about Hadif?"
"Aku tinggal dia kat London" Ujar Mayesa sambil tersengih.
Jatuh rahang Zenia Adni mendengar kenyataan Mayesa itu.