1

10 0 0
                                    

Bab 1

Awal² lagi Wafia sudah bangun. Selesai menunaikan solat Subuh,dia turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan.

"Nasi goreng? Bolehlah" Wafia mengomel sendirian. Selesai sahaja menghidang,bau nasi goreng itu merebak ke tingkat atas. Wafia segera ke biliknya utk menukar pakaian ke tempat kerjanya.

"Hurmm. Wah! Nasi goreng kegemaran abang!" Wafy Zafran abang kepada Wafia bersuara. Wafia yg lengkap berbaju kurung berwarna ungu lembut dan rambut yg dilepaskan paras dada tersenyum ke arah abangnya.

"Hehe... Hari ini Fia masak special utk abg!" Wafia menarik kerusi lalu duduk menghadap Wafy. "Wuishh.. Apsal happy sangat ni? Orang tua² ckp jangan happy sangat,nanti takut menangis pulakk" usik Wafy.

"Heish abang ni! Fia nk happy pon abang tak bagi. Tak sukalah camni" Wafia menyilangkan tangan didada. Mulutnya sengaja dimuncungkan. "Alololo.. Abang gurau lah sayang.. Tak payahlah merajuk,nanti tak comel"pujuk Wafy mencubit pipi adiknya.

"Yelah². Sedap tak nasi tu abang?" Wafia kembali senyum. "Sedap sangat! Macam arwah mak buat dulu" dengan spontan ayat itu meluncur keluar dari mulut Wafy.

Mereka mengeluh berat. Wafy memandang Wafia. Dia lihat mata Wafia sudah mula berkaca. "Fia sayang.. Janganlah nangis. Abang tak sengaja. I'm sorry" Wafy berdiri lalu memeluk bahu Wafia. "It's okay abang. Fia je yg terlebih emosi.. Huhu" Wafia mengusap matanya.

"Abang.. Nanti Fia balik lewat sikit tau"

"Kenapa? Fia ada nk pergi mana² ke?"

"Fia rasa Fia nk ziarah kubur mak ngan ayah lah. Dah lama tak ziarah" Wafia mengukir senyuman manis.

"Baiklah. Fia boleh ziarah tapi jangan balik lewat sagat tau" pesan Wafy.

"Ai'ai sir! Takpelah.. Fia dah lewat nk pergi kerja. Goodbye. Assalamualaikum" Wafia bersalaman dan mengucup pipi Wafy.

"Waalaikumusalam" senyuman tipisnya mengiringi Wafia. Wafy menghabiskan nasi gorengnya.

____________________________

"Morning Wafia!" sergah Iris. "Woi mak kau tergolek² jatuh tangga" latah Wafia. Iris sudah ketawa besar mendengar latah Wafia. "Kau ni kenapa ha?! Suka sangat sergah aku" Wafia menarik muka.

"Alololo. Gurau je.. Janganlah marah. Hohoho" Iris tersengih. "Iyoler Doc Iris" Wafia menjeling ke arah Iris. "Uishh. Doc Wafia jeling² manja kat i laa. Ya Allah,nk koyak jantung ni" usik Iris lagi . Wafia ketawa kecil dengan kerenah Iris.

"Kau ni takde kerja ke? Dahlaa. Aku banyak kerja nk buat ni. Shuh shuh" halau Wafia. "Hek eleh aku pon ada kerja gak. Tak kuasa aku melayan kau! Wekk" Iris menjelir lidah ke arah Wafia. Wafia acah² nk baling stethoscope.

"Hadoiyai minah ni.. Klau tak kacau aku sehari tak sah" bebel Wafia. Dia memandang kalendar. Lagi dua bulan dia akan menghadapi bulan November. Ya,bulan yg dibencinya.

Wafia tersandar lemah. Kejadian yg berlaku pada bulan November bermain di mindanya. Air matanya berada di tubir mata. Bila² masa sahaja akan jatuh.

"Fariz Hakimi.." tanpa disedari perkataan itu keluar dari mulutnya.

Tuk Tuk Tuk!

Lamunannya terhenti. Pantas dia mengusap air matanya. "Masuk!" Wafia pura² menaip sesuatu pada komputernya.

"Hallo Wafia! How are you? Hey! Wait²! What's wrong with your eyes?" soal Patrick,lelaki berdarah Inggeris dan Cina. Patrick amat rapat dengan Wafia sehingga ada yg mengatakan mereka berpasangan.

"Hallo! Ugh? No.. Nothing. U nk apa?" soal Wafia mengalih topik. Tanpa dipinta Patrick duduk berhadapan dengan Wafia.

"U jgn nk sorok apa² okay? I dah lama kenal u. Kenapa ni Wafia?" soal Patrick lembut. "Erm. Takde apa²!" nafi Wafia. "Hey! Come on! Kenapa u still nk rahsia? Cakap jelah" desak Patrick. "Fine. I was thinking about November." tutur Wafia perlahan. Dia menunduk memandang jemarinya.

"Ahh. Wafia! I dah cakapkan lupakan tentang kejadian tu. Kenapa u degil?" soal Patrick tegas.

"I cuba. Tapi.. Susah. Setiap kali I tengok kalendar mesti ada bulan November. I jadi takut" adu Wafia.

"Hei! Tak perlu takut. Mana Wafia I yg berani tu? U sembunyikan ye? Cepat keluarkan dia!" gurau Patrick.

"Hish u ni. Memandai je! Dah² u nk apa cari I ni?" soal Wafia.

"Pandai ye nk ubah topik. Ni file utk patient u nanti. Dlm pukul 12 dia akan dtg utk check up. Okeylah.. I nk pergi breakfast jap. Tak mau sedih² tau" sempat Patrick menitipkan pesanan. Wafia hanya tersenyum.

Dia memeriksa fail itu. Biodata patient ditelitinya.

_Nama : Tengku Maria bin Tengku Ibrahim_
_Umur : 53 tahun_
_Jenis penyakit : Ketumbuhan dlm perut_

Gambar patient itu dipegangnya. 'Muka macam arwah mak tapi.. Mak takde Tengku pada pangkal nama dia' gumam Wafia. 'Ahh. Mungkin kebetulan' gumamnya lagi. Dia meletakkan fail itu di atas meja.

Wafia menekan aplikasi WhatsApp. 1 mesej dari Wafy.

*Beloved Abang*
_Fia,petang nanti Fia tunggu kat House Cafѐ. Abang nak ziarah kubur mak jugak_

Pantas jarinya menekan emoji berbentuk 'ok'

____________________________

Pintu bilik yg tertera 'Doktor Wafia' dikuak. Wafia mengangkat mukanya. Kemudian dia mengukir senyuman.

"Tengku Maria.." ucap Wafia perlahan. Wanita itu duduk dihadapannya setelah disuruh.

"Ini kali pertama Tengku buat check up dengan saya kan. Sebelum check up dengan doktor mana?" ramah saja mulut Wafia menyoal.

"Tak perlu panggil Tengku bagai. Panggil aunty je. Sebelum ni aunty check up kat hospital swasta" Tengku Maria memberikan senyumannya.

"Oo.. Ok. Boleh kita check up sekarang?" Tengku Maria mengangguk.

Selepas 30 minit menjalankan check up, Wafia berbual² tentang penyakit Tengku Maria.

"Aunty,ketumbuhan yg berada dlm perut aunty sudah boleh dibuang. Kami akan mengikut kehendak patient jika mahu melakuakan operation" jelas Wafia.

"Oh really? Kalau macam tu,boleh tak cepatkan operationnya. Aunty dah tak sabar nk buang ketumbuhan ni" tuturnya diiringi ketawa kecil.

"Ya.. Nah isi borang ni dahulu" Wafia menyerahkan borang itu bersama sebatang pen.

"Okay,done! Kalau takde apa² aunty mahu balik ni" Tengku Maria tergesa² mahu pulang. "Baiklah. Nanti saya akan menelefon aunty" usai sahaja Wafia berkata, Tengku Maria sudah keluar dari biliknya.

"Kenapa aunty tu tergesa² ek? Hairan aku. Dahla tadi macam terkejut je tengok aku. Aku pakai lip balm sampai kena hidung ke?" Wafia mencapai cermin kecil. "Tak ada apa² pon.. Hurm.." Wafia mendengus.

____________________________

"Sorry abang Fia lewat. Kereta buat hal tadi" Wafia memandang muka abangnya yg agak serius.

"Abang! Tak payahla tunjuk muka ketat tu. I'm really sorry!" pohon Wafia. Seketika kemudian Wafy mengukir senyuman tipis.

" It's okay. Abang ada masalah kat firma tadi je. Tu yg muka ketat. Hehe. Nah,abang order coffe latte.. Nasib baik masih panas" kata Wafy yg bekerja sebagai arkitek dan mempunyai firmanya sendiri.

"Oh. Thanks abang! Masalah apa?" soal Wafia menyuap kuih ke dlm mulut. "Adalah.. Masalah sikit je. Takpe jangan risau,abang boleh settle" ucap Wafy menyisip teh tariknya.

"Dah cepat makan.. Lepas ini kita nk pergi ziarah kubur mak ngan ayah" Wafia mengangguk.

____________________________

"Sadaqallahul'azim" Wafy dan Wafia mengucup Yassin. Wafia menarik selendang hitam itu ke atas kepala yg melurut ke bawah.

Wafy berdoa di antara kubur mak dan ayah mereka. Mak wasiat agar jenazahnya dikebumikan d sebelah arwah ayah.

Mata Wafia berkaca mendengar tiap² kata di dlm doa Wafy. Mereka meraup muka. "Fia,jom balik" pinta Wafy. Wafia menyiram air di atas pusara milik kedua² ibu bapanya.

~★Bersambung★~
~★First time buat novel. Perlukan sokongan!★~

November Where stories live. Discover now