Bab 1

2.7K 32 4
                                    


2004

SEORANG lelaki bermisai separuh putih, dengan kepalanya licin tanpa rambut sedang berdiri di sebuah jendela. Kalau nak bayangkan, rupanya serupa Imhotep dalam filem The Mummy, tetapi dengan misai. Tangan kanannya diletakkan di atas kayu jendela. Rumah kayu itu kelihatan agak lama. Ukiran motif-motif bunga yang dipahat pada dinding-dinding rumah memang menjadikan rumah itu sangat cantik.

Tangan kiri lelaki itu memegang sebiji gelas. Asap panas naik dari dalam gelas dan menghilang di udara. Lelaki itu memandang katil yang dihias dengan kain yang berwarna kuning. Cadar dan sarung bantal berwarna putih dengan sedikit sentuhan motif bunga. Pada dinding tergantung satu bingkai gambar besar wajahnya yang terletak berdekatan dengan katilnya.

Dia pandang gambar itu, kemudian mengalihkan pandangannya ke gelas yang dia pegang. Asap masih berkepul-kepul keluar dari gelas tersebut.

"Tonik ni pasti akan buat aku kuat malam ni," getus hati Wali Mulia.

Lelaki itu meneguk sedikit air tonik yang berada di dalam gelasnya. Bibirnya terasa dibakar. Rongga tekaknya rasa panas. Air tonik itu masuk ke dalam mulut dan mengaktifkan saraf sarafnya. Lelaki itu rasa segar. Sekali-sekala, lehernya dipatah-patahkan. Terdengar bunyi tulang lehernya berlaga-laga. Dia rasa segar semula.

Tok! Tok! Tok!

Terdengar pintu biliknya diketuk beberapa kali.

Gelas di tangannya diletakkan di atas meja kecil yang diperbuat daripada kayu jati. Dia memandang pintu yang bergegar. Usai memerhati untuk beberapa lama, dia segera menutup dan mengunci jendela biliknya. Setelah itu, langkah kakinya diatur ke hadapan pintu biliknya di mana ada tetamu sedang menunggu.

Krekkk!

"Wali Mulia!" Seorang lelaki berpakaian baju Melayu memandang mata lelaki yang digelarnya Wali Mulia itu dalam-dalam. Kemudian, dia menghulurkan tangannya ingin bersalam. Wali Mulia itu memandang lelaki itu sebelum dia menghulurkan tangan kanannya yang dipenuhi cincin yang besar-besar belaka.

Lelaki itu melutut dan kemudiannya mencium setiap jari Wali Mulia. Dari jari kelengkeng sehinggalah ibu jari. Selepas itu, dia sujud di hadapan lelaki itu sebelum bangun berdiri seperti biasa.

"Ada apa kau datang? Penyakit anak kau masih belum sembuh?" tanya Wali Mulia itu dengan suara yang serius.

Lelaki tadi menelan air liur sebelum menjawab. "Tak. Wali, saya nak ucapkan terima kasih banyak sebab wali dah sembuhkan penyakit anak saya."

Wali Mulia tersenyum. Dia cuba menahan gelak.

"Untung saya tak membazir duit pergi ke hospital besar. Saya memang tak suka kalau anak saya dibedah dengan pisau. Nanti rosak kulit dia. Tak ada pula orang yang nak masuk meminang nanti. Err...ternyata, wali memang hebat dalam ilmu ni."

"Semuanya bukan daripada aku. Aku hanya perantara antara Tuhan dan kau. Kau seharusnya mengabdikan diri kau kepada Tuhan."

"Wali, saya sembahyang lima kali sehari. Tak pernah lupa. Ni pun, saya baru aje pulang dari masjid untuk solat isyak dengan anak saya tu." Lelaki itu menjawab.

Wali Mulia ketawa. Kemudian dia mendekati lelaki itu. Lelaki itu rasa gementar. Dia tundukkan kepalanya kerana malu untuk bertentangan mata. Wali Mulia kemudian meletakkan tangan kanannya di atas bahu kiri lelaki itu.

"Bukan itu yang aku maksudkan. Ingat lagi jampi dan perkara yang aku suruh buat sebelum dan selepas solat biasa? Eh, nampaknya kau dah lupa janji kau juga ya?"

Lelaki itu berpeluh.

"Kau seharusnya bawa anak kau ke sini untuk aku persembahkan kepada Tuhan. Ah, aku ingat! Kau harus percaya satu perkara, aku nabi dan kau ialah pengikut aku. Dan sudah aku beritahu hari tu, jika anak kau sembuh, itu tandanya Tuhan sayangkan anak kau. Dan sebagai tanda sayang, aku diutuskan untuk berikan kasih sayang itu kepadanya."

Pesakit 701Where stories live. Discover now