Dua

16.1K 640 31
                                    

Esok paginya, Elyana bangun awal dan solat Subuh. Dia tahu, hanya dia, Mak Nab dan Dato Munir sahaja yang bersolat. Aishah dan Datin Sakinah pula sudah lama tidak amalkan sembahyang. Mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan dan harta dunia, sehingga lupa akan kewajipan mereka sebagai hamba Tuhan.

Selepas habis Solat Subuh, Elyana terus bersihkan kawasan perkarangan rumah, mop lantai rumah, lap tingkap, bantu Mak Nab sediakan sarapan dan lain-lain lagi kerja rumah perlu disiapkan.

"Hei, pompuan? Kau pagi-pagi lagi dah menyemak depan aku. Tepilah, kang hilang selera makan aku macam semalam," kata Datin Sakinah yang baru bangun dari tidurnya.

"Selamat pagi Datin. Datin sihat?" soalku, manalah tahu, lembut hatinya.

"Terang-teranglah aku sihat. Ke memang kau nak aku mati supaya harta kat dalam rumah ni jatuh ke tangan kau ha? Eeee.. Lagipun kau siapa nak tanya aku dengan soalan macam tu? Kau fikir Dato terima kau, aku pun terima kaulah? Hei, perempuan macam kau, baik mati kena langgar lori simen jelah. Lagi bagus," kata Datin Sakinah sebelum pergi ke ruang makan. Jauh dalam hati Elyana, dia menangis sendirian namun dia menahan air matanya daripada menitis.

"Kuatkanlah aku, Ya Tuhan," doanya.

Dia pun menyeka air mata yang hampir-hampir menitis dan teruskan menyapu lantai. Aishah pula datang dan terlanggar dia sehingga Elyana jatuh ke lantai.

"Alamak, sorry! Patutnya aku jatuhkan kau lepastu pijak kau pulak," kata Aishah lalu mentertawakannya. Elyana hanya menahan kesakitan. Kakinya pula sakit akibat terkena lantai jubin yang keras.

Dia mendiamkan diri dan cuba bangun namun ditolak lagi oleh Aishah.

"Bagi aku, kau lagi sesuai duduk macam ni sampai kau berulat la," kata Aishah sebelum beredar, juga ke ruang makan.

Elyana hanya diam dan berdiri semula. Dia membersihkan sedikit habuk pada lengan baju dan skirt labuhnya.

"Sabarlah Elyana, kau kena sabar. Tabahkan diri kau," bisik hati Elyana sendiri.

Dia sambung menyapu lantai tanpa mempedulikan kata-kata cacian ibu dan kakak angkatnya.

Dia sudah kena caci setiap pagi.

                         *****

Dato Munir sedang meneliti setiap dokumen yang diberikan oleh setiausahanya, Lisa. Dia amat fokus dan teliti orangnya. Sudah genap 10 tahun dia menerajui syarikat Salwa Holdings. Syarikat itu tidak pernah bankrap mahupun mengalami kerugian.

Telefon bimbitnya berdering.

"Siapalah yang call ni?" tanya Dato Munir sendirian.

Dia melihat nama pada skrin telefon pintarnya..

"Abang? Abang mana pulak dah ni?" fikir Dato Munir sendirian.

Selepas hampir 30 saat berfikir,

"Oh Abang! Anak aku, Idham!" kata Dato Munir lagi. Dia dengan pantasnya mengangkat panggilan anak lelakinya itu.

"Assalamualaikum, Papa!"

Hatinya lega.

"Waalaikumussalam, Idham! Lama dah kita tak berborak," balas ayahnya itu.

"Itulah, papa. Idham banyak task yang lecturer bagi, tu yang sampai lupa nak tanya khabar papa, mama ngan Aishah. Idham memang teringin nak balik Malaysia," ujar anak lelakinya.

"Oh. Sekali-sekala, baliklah sini. Dah lama tak jumpa Idham secara berdepan. Mak dengan Aishah tu pun dah rindukan kamu. Baliklah, ya?" tanya Dato Munir lagi.

Lelaki itu diam sekejap.

"Idham? Idham?" tanya ayahnya.

"Ya? Ya, papa?" soal balik Idham.

"Kamu balik tau?"

Berat bagi Idham untuk menjawab pertanyaan ayahnya itu. Dato Munir masih menunggu jawapan anak lelakinya itu.

"Kalau ada masa, Idham janji akan balik Malaysia," ujar anaknya. Lega sedikit hati Dato Munir.

"Ada satu lagi yang papa nak tanya kamu," ujar Dato Munir.

"Apa dia, papa?"

"Kamu dah girlfriend ke kat sana?" tanya Dato Munir.

"Ada. Nama dia.. Raziah."

Raziah?

"Baik ke orangnya? Orang sana jugak ke?" tanya ayahnya lagi.

"Papa, Raziah tu baik, cantik, kaya macam keluarga kita. Dia tu orang Malaysia," jawab anaknya.
Ayahnya lega lagi.

"Hmm nanti kalau Idham nak balik Malaysia ni, bawalah dia sekali, papa dan mama pun nak jumpa dia. Manalah tahu, dialah bakal menantu kita orang," kata Dato Munir lalu ketawa kecil.

"Baiklah papa. Sampaikan salam Idham pada mama dan Aishah. Assalamualaikum."

Panggilan dimatikan.

"Waalaikumussalam.." Dato Munir menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluarnya. Dia menatap wajah Idham dalam potret gambar keluarga mereka.

Satu keluarga itu senyum riang. Menggambarkan keluarga bahagia.

Namun kini tidak.

"Bilalah kamu nak balik, Idham? Masanya untuk kamu warisi syarikat papa."

                         *****

Datin Sakinah sedang membaca majalah fesyen manakala anak perempuannya, Aishah sedang menonton sebuah drama di kaca televisyen. Kelihatan Elyana sedang sibuk menyapu di bahagian tangga.

Datin Sakinah memandang Elyana yang sedang menyapu tangga itu.

"Hoi!" jerit Datin Sakinah. Elyana memandang wanita itu.

"Ya.. Ya Datin?" soal Elyana.

"Kau tahu tak, kau sapu setertib manapun kat tangga tu, masih kotor tau. Sebab kaki kau yang pijak tangga tu kotor. Yelah, kaki anak orang miskin ni manalah pernah basuh ngan sabun atau disapu dengan losen. Diorang cuma tahu celup kaki dalam air lepastu lap dengan kain buruk. Jadi daripada kau penat-penat sapu kat tangga tu, baik kau pergi siram pokok bunga aku. Tapi kalau kau pergi kat taman bunga aku pun, mesti tak nampak macam taman. Lebih kepada tempat pembuangan sampah sebab ada muka kau sekali. Rupa bunga tu lagi cantik dari muka kaulah. Dah, gi siram pokok bunga tu!" arah Datin Sakinah selepas memakinya secara bertubi-tubi.

Elyana turun daripada tangga dan meletakkan penyapu di dalam stor. Dia berjalan ke taman bunga di belakang rumah dan mengambil alat penyiram. Dia isikan dengan air paip dan menyiram bunga-bungaan di taman yang bersaiz sederhana itu. Ada pelbagai jenis bunga seperti bunga kertas, bunga melur, bunga orkid dan lain-lain.

"Kenapa dia kena cakap macam tu dekat aku? Hina sangat ke aku ni? Sebab mak aku pembantu rumah dan ayah aku kaki botol, dia boleh hina akulah? Aku tak minta pun untuk jadi anak diorang. Ya Tuhan, Kau bantulah aku menempuhi segala dugaan ini. Jadikanlah aku kuat dan tabah," doa Elyana sambil menadah tangan. Dia tidak ingin menangis kerana baginya air matanya sudah kering, penat untuk dia mengalirkan air mata.

Dato Munir ada atau tidak, dirinya tetap akan dihina. Kalau bukan Datin Sakinah, Aishah pula yang akan memakinya.

"Tak boleh ke aku dapat hidup yang bahagia?" fikir Elyana sendiri.

                        *****

Mak Nab yang sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki dapur telah mendengar cacian Datin Sakinah kepada Elyana yang sedang menyapu di atas tangga.

Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu memandang kerana dia sudah tua dan dia mungkin akan dipecat sekiranya dia melaporkan hal itu kepada Dato Munir. Memang Dato Munir ialah ketua keluarga, malangnya orang yang mengambilnya bekerja di rumah itu ialah Datin Sakinah. Jadi, dia tidak berani untuk membela Elyana.

"Kesian Elyana tu. Siang malam kena hina. Kenapalah Datin tak ada sikit pun rasa belas kasihan pada dia?" tanya Mak Nab. Haraplah Datin tidak dengar celotehnya di dapur itu.

Dendam Seorang CinderellaWhere stories live. Discover now