Enam Puluh Empat

6.4K 312 20
                                    

Kelihatan Nasha yang masih terbaring di atas katil, berada dalam keadaan koma. Doktor sendiri tidak dapat menjangkakan bilakah waktu untuk dia sedarkan diri. Dia mengalami kehilangan darah yang banyak dan perlu menjalani transfusi darah. Mujurlah darah Elyana adalah sama jenis dengan jenis darah yang mengalir dalam tubuh rakan baiknya itu. Jikalau tidak, mereka terpaksa mencari penderma lain yang barangkali akan memakan masa yang amat lama.

Elyana merenung ke arah rakannya yang masih terlantar sambil memegang tangannya. Tangan kiri gadis itu diusap lembut dan kedua-dua mata Elyana memang terarah kepada Nasha sahaja. Bahkan, matanya itu seperti tidak berkelip lagi seumpama dia sedang mengelamun dan memikirkan mengenai sesuatu. Nasha pula lagi diam dan kaku di atas katil tanpa menggerakkan seinci otot pun.

Datin Hasliza melangkah masuk ke dalam bilik dan mendapati Elyana yang masih duduk, merenung ke arah rakannya. Bilik itu terasa sungguh sunyi dan sepi, bunyi-bunyi yang halus dan perlahan juga mampu didengari. Elyana tidak menunjukkan sebarang reaksi, tidak menoleh mahupun berganjak dari tempat duduknya, seolah-olah memang tidak menyedari langsung kehadiran Datin Hasliza di belakangnya.

"El.. belum makan lagi kan? Apa kata El pergi makan dulu kat bawah? Cepat, Suraya dah tunggu tu. Dah lewat dah ni," pujuk Datin Hasliza sambil memegang bahu Elyana. Elyana tersentak seketika, sedar daripada lamunannya. Dia memandang wanita yang dianggap seperti ibunya sendiri dengan sebuah senyuman paksa. Wajahnya entah mengapa kelihatan sugul dan pucat seolah-olah dia berada dalam kesakitan yang memeritkan.

"Jangan risau, I will stay here. El pergilah dulu," kata Datin Hasliza. Elyana hanya mampu mengangguk.
Dia terus melangkah keluar dari bilik, meninggalkan Datin Hasliza dan jasad Nasha yang kaku di situ.

*****

"El.."

Suraya memandang Elyana yang hanya bermain dengan makanannya. Hidangan spageti di atas pinggan hanya ditenung dan dikacau menggunakan garpu. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran Elyana dan perkara itu sememangnya sangat jelas. Suraya faham bahawa Elyana berasa sangat sedih dan hiba kerana hanya mampu melihat rakan baiknya berada dalam keadaan sebegitu dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk memulihkannya tetapi Elyana harus juga fokus terhadap kesihatannya dan kehidupan dirinya. Pasti Nasha juga akan menjadi risau sekiranya Elyana terus berkelakuan sebegitu.

"Elyana.. makanlah spageti tu, dah sejuk dah pun," ujar Suraya.

"Ha? Oh, ya.." Elyana tersentak seketika.

"Kau patut balik dulu, El. Duduk sini lama-lama pun tak elok untuk kau."

"Tapi kalau aku balik pun, duduk kat rumah tu bukan aku ada buat apa. Aku nak duduk sini," balas Elyana dengan nada yang agak dingin.

Tidak pernah Suraya melihat rakannya berkelakuan sedemikian rupa. Ini kali pertama bagi gadis itu melihat Elyana menjadi orang yang agak dingin dan kasar. Riak wajahnya juga agak pucat dan serius. Dia sepertinya mempunyai banyak perkara untuk diungkapkan namun dia memilih untuk mendiamkan diri dan menyembunyikan isi hati.

"Elyana, kau nampak macam tak sihatlah. Aku risau," kata Suraya.

"Aku tak apa-apalah."

Suraya terkedu. Namun dia tetap memberanikan diri untuk terus berbicara. Dia masih sedar Elyana di hadapannya itu masih sama dengan Elyana yang ramah dan mesra dahulu. Situasi pada ketika itu sahaja yang menekan dia untuk berkelakuan sebegitu.

"Elyana kau tahu siapa dalang di sebalik semua ni?" soal Suraya, sekadar mahukan kepastian meskipun dia sendiri sudah tahu siapa insan yang bersalah dalam kejadian itu.

Elyana mengangguk, perlahan.

"Idham.." Elyana membisikkan nama itu, perlahan tetapi nada suaranya agak dingin.

Dendam Seorang CinderellaWhere stories live. Discover now