Lima Puluh Lima

11.4K 449 103
                                    

"Nah ini barang kau," Nasha memberikan sebuah beg bagasi kepada Elyana. Dia memperoleh beg itu daripada Dato Munir sendiri kerana hanya dia mempercayai bahawa Nasha boleh menjaganya dengan baik.

"Mana kau dapat?"

"Dari ayah kesayangan kau."

"Oh, mesti diorang fikir aku dah mati kan?" soal Elyana, tiba-tiba sahaja riak wajahnya berubah.

"Dah kenapa ni?"

"Aku.. terfikirlah. Apa akan jadi dengan keluarga Dato Munir tu nanti?"

"Lantaklah apa nak jadi dengan diorang semua, sekarang apa yang penting ialah diri kau," kata Nasha yang tidak gemar mendengar apa sahaja hal berkaitan keluarga yang telah menyakiti Elyana selama ini.

"Aku rasa bersalahlah, lagi-lagi dengan Dato Munir. Aku sayang dia macam ayah aku sendiri. Aku rasa kita kena beritahu diorang yang aku hidup lagi," kata Elyana dengan nekad.

"Lepas kau bagitau, kau nak buat apa? Tinggal serumah dengan diorang? Kau tak faham-faham lagi ke, Elyana? Datin Sakinah tu selalu dera kau dan panggil kau macam-macam, Idham pulak tak suka kau kat situ dan Raziahlah yang sebabkan kau hampir mati dalam kebakaran. Aku buat semua ni demi kebaikan kau," ujar Nasha.

Elyana berdiam seketika. Kata-kata Nasha itu memang benar, tidak mampu dinafikan olehnya. Namun begitu, dia masih berasa tidak sedap hati.

"Lagipun, kalau kau bagitau yang kau masih hidup, kau fikir diorang akan percaya? Kau dah tukar rupa, Elyana. Inilah peluang kau untuk hidup tanpa diorang. Untuk rasa macam mana hidup dengan keluarga sebenar."

"Entahlah.." kegusaran masih lagi bersarang di hatinya.

"Eh korang? Dah kemas semua barang ke? Kita nak gerak dah ni," panggil Suraya kepada mereka berdua.

"Haa kejap!" jerit Nasha.

"Marilah Elyana, lupakan ajelah diorang semua tu. Tak ada apa pasal diorang yang kau patut kenang pun. Marilah gerak sekarang."

*****

Raziah baring di sebelah suaminya dengan rasa puas hati. Dia memeluk Idham dengan erat dan hanya memandang wajah lelaki itu.

"Handsome betul sayang kita ni," kata Raziah sambil menatap wajah suaminya.

"Aku pulak hampir kehilangan kau sebab perempuan tu."

Dia bangun lalu berjalan keluar daripada bilik tidur mereka berdua. Raziah menuruni tangga dan berjalan perlahan-lahan ke arah dapur. Pada masa yang sama, dia terserempak dengan Wan.

"Eh, belum tidur lagi, Wan?" soal Raziah yang pada masa yang sama, mencapai cawan yang berada pada rak.

"Belum, puan.."

"Bagi tepung susu tu, Wan."

Wan segera menghulurkan sebalang tepung susu kepada Raziah tanpa ragu. Kelihatan seperti Wan hanya menuang air kosong ke dalam gelasnya.

"Minum air je?"

Wan hanya mengangguk sambil melemparkan senyuman.

"Puan ada nak apa-apa lagi ke?"

"Tak adalah. Nak tidur dah ke?" soal Raziah.

"Hah ya, nak letak gelas dulu."

"Okey.."

Apabila Wan cuba meletakkan gelasnya pada bahagian atas rak, tiba-tiba ada bunyi seperti tingkap di dapur itu diketuk oleh seseorang.

"Hah?"

Dendam Seorang CinderellaWhere stories live. Discover now